webnovel

Cara Mencapai Kemajuan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Ekspresi Leylin menjadi lembut, ini sangat jarang berlaku. Dia masih ingat gadis malang ini dan kesedihan serta ketabahan yang dilaluinya.

"Saya gembira dapat berjumpa dengan kamu lagi. Bagaimana dengan Guraicha dan Dodoria?"

Leylin senyum.

Mendengar soalan ini, Nyssa yang memakai jubah hitam menggigil, dan suaranya suram sambil dia berkata, "Mereka semua telah mati. Begitu juga dengan Kaliweir, Beirut, serta mereka yang datang bersama kami dari Kepulauan Chernobyls. Hampir separuh daripada mereka sudah tiada…"

"Maafkan saya…"

Leylin tidak tahu apa yang patut dikatakannya. Walaupun dia telah memberikan beberapa maklumat sebelum ini, semuanya tidak begitu jelas. Sama ada Kaliweir dan yang lain dapat memahaminya ialah sesuatu yang tidak pasti.

Lebih-lebih lagi, walaupun mereka sedar ada sesuatu yang tidak kena, mereka hanya pembantu-pembantu paderi gred satu atau dua yang tidak ada banyak kebolehan. Sukar untuk menyatakan sama ada mereka boleh mendapat layanan diskriminasi daripada akademi dan meninggalkan tempat itu.

Seperti yang dijangka, Nyssa menyambung, "Selepas mendapat berita daripada kamu, kamibertemu beberapa kali. Tetapi, pertemuan itu tidak bermanfaat. Tidak lama kemudian, Akademi Abyssal Bone Forest mengumumkan penguncian seluruh akademi. Kalau tidak, hukuman mati akan dikenakan. Selepas itu, perang pun bermula…"

Magi rasmi mewakilkan teras kekuatan peperangan antara kedua-dua belah pihak. Memandangkan Kaliweir dan yang lain bukan pembantu paderi tahap 3, mereka tidak sesuai untuk dijadikan sebagai kambing korban. Jadi angka kematian yang tinggi memang dijangkakan.

Leylin tidak tahu bagaimana untuk menceriakan keadaan. Nyssa juga tidak menyambung perbualan dan keadaan menjadi sunyi.

"Misi dirakam dan disahkan sebagai selesai! Ini ganjaran kamu, sila periksa dan terimanya!"

Pada ketika itu, seorang gadis dari belakang kaunter dengan muka yang berjagat, akhirnya mengangkat kepalanya dan menulis pada sehelai kertas menggunakan pena bulu pelepah. Dia kemudiannya menyerahkan satu karung kulit kecil pada Leylin.

Leylin menimbang karung itu dan bunyi kristal ajaib dapat didengari daripada karung kulit itu.

"Saya masih ada urusan lain, jadi saya pergi dahulu!"

Leylin berkata kepada Nyssa yang kelihatan keliru.

"Misi selesai, tiba masa untuk berjumpa dengan Mentor!"

Leylin berjalan melalui kawasan taman dan tiba di makmal eksperimen Kroft.

* Dong Dong Dong! *

Leylin mengetuk pintu. Kemudian pintu itu dibuka oleh seorang gadis jelita.

Gadis itu lebih pendek daripada Leylin dan mempunyai rambut hijau yang cantik. Bentuk badan dia juga sangat menggoda. Oleh sebab jarak mereka yang rapat, Leylin juga dapat menghidu bau wangian gadis itu.

"Bicky! Lama kita tidak berjumpa!" Leylin berkata dengan lembut.

"Kamu… Leylin!" Gadis berambut hijau itu menghampiri Leylin dengan curiga, sebelum memeluknya dengan gembira.

Merasai buah dada lembut Bicky pada tubuhnya, dan bau wangian yang menusuk ke hidungnya, Leylin terpaksa mengakui gadis kecil ini sudah matang.

"Baik! Saya datang untuk melawat Kroft!"

Leylin menunggu sebentar, dan melihat gadis ini tidak ingin melepaskan pelukannya. Leylin hanya boleh memujuk sambil menepuk-nepuk bahunya.

"Mentor ada di dalam dengan Merlin!" Bicky menggosok-gosok matanya yang merah, dan tersenyum, "Bagusnya dapat mengetahui yang kamu tak apa-apa…"

Leylin menganggukan kepalanya dan berjalan masuk ke makmal eksperimen itu.

"Leylin!" Merlin menyapa dia dahulu. Penampilannya tidak banyak berubah sejak 3 tahun lalu. Hanya sikapnya kelihatan lebih stabil dan matang. Selepas melihat Leylin, dia memaksa senyuman yang hodoh.

"Senior Merlin!" Leylin tunduk hormat. Dia tahu yang sebelum ini, sebahagian muka Merlin mengalami kecederaan yang tidak dapat disembuhkan. Jadi dia tidak kisah dengan ekspresi wajah Merlin yang tidak normal.

Leylin kemudian terus berjalan masuk.

Hanya terdapat sebuah meja eksperimen di sini. Di meja itu, seorang lelaki pertengahan usia yang sudah beruban, meletakkan tabung uji yang ada di tangannya. Sepasang mata berwarna emas bertemu dengan mata Leylin.

"Saya boleh menghidu sedikit bau Bunga Void dalam tubuh kamu. Nampaknya kamu telah memperolehi kelopak Bunga Void itu!"

Kroft merenung Leylin buat seketika, sebelum tersenyum, "Kamu memang seorang yang bernasib baik!"

"Haha…" Leylin menggaru-garu kepalanya keranam malu tetapi dia berasa gembira dalam hatinya.

Selepas menggunakan Bunga Void sebagai satu alasan, dia telah membancuh bahan-bahan gantian untuk Bunga Void.

99.98%

Selepas melakukan sejumlah besar eksperimen, dia telah memperolehi sejenis posyen yang boleh mengeluarkan bau yang mempunyai persamaan dengan bau Bunga Void sebanyak 99.98%. Ini digunakan untuk menipu orang lain sebagai muslihat kemenangan.

Sudah tentulah posyen ini mempunyai haruman yang sama dengan Bunga Void. Namun posyen ini tidak langsung tidak mempunyai kesan yang sama seperti Bunga Void yang sebenar.

Sebelum sampai ke akademi, Leylin telah menyembur posyen itu pada badannya. Nampaknya Kroft juga telah terpedaya.

Selepas itu, Leylin hanya perlu menegaskan yang kesan Bunga Void telah diserap sepenuhnya. Oleh itu tiada sesiapa yang akan sedar dengan penipuannya.

"Tidak kira apa sekalipun, mencapai kemajuan menjadi pembantu paderi tahap 3 sebelum berumur 20 tahun, kamu sudah boleh dianggap sebagai salah seorang pembantu paderi teras di dalam akademi ini. Kamu hanya perlu mendaftarkan diri di Kawasan Pentadbiran, dan kemudian pelbagai kebajikan dan status kamu akan meningkat…"

Kroft memberitahu Leylin tentang beberapa kebaikan dan kuasa yang diberikan kepada pembantu paderi tahap 3. Semuanya akan dianugerahkan pada Leylin.

Akhirnya, Leylin tidak boleh menunggu lagi lalu berkata, "Guru, kali ini, saya ingin bertanya tentang hal Magus rasmi yang kamu bincangkan sebelum ini…"

"Saya sudah agak!" Kroft mengangguk. "Sejak saya nampak kamu selepas meditasi pertama kamu, saya tahu kamu berazam untuk menjadi seorang Magus…"

Lelaki pertengahan umur dengan rambut beruban itu menuding ke arah beberapa kerusi, "Hal ini mungkin akan mengambil masa yang agak lama, jadi baik kita duduk dahulu."

Selepas berkata demikian, Kroft berjalan ke arah kerusi itu dan duduk. Leylin mengikutnya dari belakang.

Kerusi hitam itu diperbuat daripada kulit suatu makhluk dan menggosok-gosok kerusi ini dengan tangan memberikan rasa selesa. Sebuah meja bulat kecil diletakkan di antara kedua-dua buah kerusi itu.

Bicky menghidangkan dua cawan minuman hijau panas. Kelakuannya menngikut standard rasmi seolah-olah dia telah berlatih menghidang sebanyak beberapa kali. Selepas itu, dia cepat-cepat berlalu pergi.

"Jus Buah Akar Hijau! Saya tidak sangka Guru masih mempunyai tabiat ini!" Leylin menghidu haruman jus itu dan mengimbau kembali kenangannya.

"Haha… Saya selalu suka minum minuman seperti ini. Tidak kira sama ada saya sedang berehat ataupun sedang membuat eksperimen, saya akan minum sedikit. Lagipun, bagi seorang Magus rasmi, 3 tahun itu hanya sejumlah kecil daripada hayat mereka."

Kroft menghirup minumannya dan bertanya, "Leylin, kamu tahu bagaimana mahu mencapai tahap Magus rasmi?"

"Sila tunjukkan saya caranya, Mentor!" Leylin mengungkap dengan tegas.

"Seorang Magus rasmi telah mengatasai batasan had seorang manusia. Mereka boleh mengawal tenaga semula jadi dan memperolehi jangka jayat yang lebih lama. Magus rasmi yang paling teruk juga jauh melebihi kebolehan seorang pembantu paderi tahap 3! Mereka sangat luar biasa!"

Suara Kroft lembut, seolah-olah dia sedang menyanyi.

"Ini disebabkan oleh tenaga dan kekuatan ngeri yang dikawal oleh seorang Magus rasmi. Dahulu, lebih kurang seribu tahun yang lalu di Istana Luxe kawasan pantai selatan, semua pusat sihir di sana telah mencapai persetujuan untuk mengawal maklumat mengenai Magi rasmi. Keputusan ini juga disahkan oleh mereka."

Kroft menceritakan sejarah lampau Dunia Magus.

"Nampaknya ini serupa dengan perjanjian pengawalan senjata nuklear di dunia saya yang terdahulu!" fikir Leylin.

"Sejak itu, sebelum seorang pembantu paderi tahap 3 boleh menjadi seorang Magus rasmi, mereka perlu menandatangani perjanjian dengan orang atau organisasi yang akan menyampaikan pengetahuan itu pada mereka. Ini untuk memastikan langkah-langkah konkrit untuk menjadi seorang Magus rasmi, tidak disebarkan. Sesiapa yang melanggar peraturan ini akan menerima penghakiman Mata Percubaan, dan rohnya akan dibakar selama seribu tahun…"

Kroft memandang Leylin, "Saya juga telah menandatangani perjanjian ini sebelum ini, oleh itu saya dapat memperolehi sumber-sumber dan maklumat yang diperlukan untuk mencapai kemajuan. Disebabkan oleh pembatasan perjanjian ini, saya tidak boleh kongsikan maklumat itu dengan kamu!"

"Tetapi, saya boleh beritahu kamu mengenai beberapa pengetahuan asasnya!" Kroft menyambung selepas melihat muka Leylin yang kecewa.

"Untuk menjadi seorang Magus rasmi, seorang pembantu paderi perlu mencapai kekuatan rohani tertentu sebagai syarat yang pertama. Daripada apa yang saya lihat, kamu hampir mempunyai kekuatan begitu. Sebenarnya, ini bukan sebarang masalah untuk kebanyakan pembantu paderi tahap 3."

"Yang paling penting, seseorang itu perlu mempunyai model sihir pertahanan pangkat 1. Model ini akan menjadi sihir pertahanan dalaman kamu pada masa depan. Kamu juga perlukan sejumlah Air Grine untuk melengkapkan kemajuan kamu!"

Leylin mendengar dengan teliti, dan pelbagai emosi dapat dilihat di matanya, "Jadi, ini tiga syarat-syarat kemajuan. Kekuatan rohani yang tertentu, sihir pertahanan pangkat 1 dan Air Grine! Betul?"

"Betul!" Kroft menganggukkan kepalanya, "Model sihir Magus pangkat 1 dan Air Grine dikawal oleh pihak yang besar. Kamu tidak akan dapat mencarinya di kaunter Akademi Abyssal Bone Forest sekalipun."

Leylin tersenyum pahit. Dia sudahpun meninjau kebanyakan pasar di Kerajaan Poolfield. Tidak ada satu tempat yang mempunyai Air Grine atau sihir pertahanan pangkat 1.

Dari pembantu paderi tahap 1 ke tahap 2, Leylin hanya mempelajari sihir pangkat 0. Jelas sekali, Magi telah mengasingkan pangkat-pangkat sihir. Lebih-lebih lagi, mereka tandakan sihir pangkat 0 sebagai sihir pembantu paderi untuk membezakannya dengan sihir Magi rasmi.

Tentang Air Grine pula, Leylin pernah ternampak beberapa maklumat mengenainya pada kertas sisa posyen. Air Grine ialah sejenis posyen yang agak sukar untuk Leylin bancuh berdasarkan kemahirannya pada ketika ini. Lagipun, kebanyakan bahan-bahan dimonopoli oleh pihak yang besar, dan tidak ada sebarang petunjuk tentang formula itu dapat dikesan.

"Jadi, kamu arahkan saya pulang maksudnya saya boleh mendapatkan Air Grine dan sihir pertahanan pangkat 1?" Leylin bertanya dengan tiba-tiba.

"Saya hanya boleh katakan ini satu kemungkinan."

Kroft menghirup minuman hijau itu lagi. "Mencapai kemajuan menjadi seorang pembantu paderi tahap 3 sebelum berumur 20 dianggap sebagai mempunyai potensi untuk menjadi Magus. Oleh itu, kamu layak menandatangani perjanjian dengan akademi!"