webnovel

Beruk Granit

Editor: EndlessFantasy Translation

Pandangan Leylin kelihatan jauh seolah-olah seperti percikan kebijaksanaan terpancar daripada dirinya.

"Bagi Magi echelon atasan, di dalam keadaan di mana mereka tidak dapat memajukan diri mereka lagi, kebimbangan mereka hanyalah pada perlindungan dan kemakmuran keluarga dan puak mereka sendiri!"

"Untuk itu, mereka memonopoli pengetahuan tentang kemajuan Magus, mengasingkan ahli sihir yang mengembara dan menyekat kemajuan mereka. Tambahan pula, walaupun akademi telah melaraskan maklumat yang diberikan untuk setiap pembantu paderi untuk maju ke pembantu paderi tahap 3..."

Leylin, yang berasal dari dunia lain, secara semulajadi mendapati kaedah-kaedah ini menyekat dan menyembunyikan maklumat tersebut.

Walau bagaimanapun, berbanding dengan Magi yang lebih agung dan hebat, Leylin kini hanyalah seperti seekor semut. Walaupun dia memahami keadaan kini, dia tidak boleh menahan diri.

Lagi-lagi, Leylin hanya pembantu paderi tahap 3, dan bukannya seorang Magus rasmi!

"Sudah pasti terdapat maklumat dalam Akademi Abyssal Bone Forest mengenai pengalaman kemajuan ke Magus pangkat 1, tetapi aku takut ia bukan sesuatu yang aku boleh dapat dengan mudah! Sayang sekali, tetapi inilah keadaan yang paling bersesuaian yang aku dapat fikirkan...."

Leylin melihat hujan lebat dari jauh, tenggelam dalam pemikiran yang mendalam.

Selepas pengalaman mengerikan untuk maju ke pembantu paderi tahap 3, Leylin agak trauma. Sebelum membuat persiapan sepenuhnya dan mendapatkan maklumat yang mencukupi, dia pasti tidak akan berani maju menjadi Magus rasmi.

Bagi ahli sihir, langkah untuk menjadi seorang Magus rasmi, daripada seorang pembantu paderi, adalah langkah paling penting, dan tiada kesilapan yang boleh dibenarkan.

Walau bagaimanapun, Leylin tidak dapat menemui apa-apa maklumat yang berkaitan. Selain itu, untuk mendapatkan maklumat ini, dia hanya boleh merancang untuk mendapatkannya daripada seorang Magus rasmi.

Walau bagaimanapun, kekuatan seorang Magi rasmi jauh melebihi pembantu paderi tahap 3. Tidak kira lagi medan daya pertahanan sekitar Magi rasmi yang Cip A.I. telah kesan. Leylin tidak mempunyai sebarang cara sekarang, untuk melepasinya. Kesukaran mendapatkan maklumat mengenai kemajuan daripada seorang Magus rasmi telah lama melampaui batas Leylin. Hanya jika Leylin tidak berakal, dia akan meneruskan dengan rancangan itu.

Mengenai apa yang diketahui Leylin, mendapatkan maklumat mengenai kemajuan itu adalah kaedah yang paling sesuai.

"Berdasarkan berita yang diceritakan oleh Kroft sebelum ini, walaupun mungkin agak berbahaya ketika ini, ini juga merupakan peluang terbaik untuk memperolehi sumber-sumber dan maklumat ini!"

Leylin melihat ribut petir yang berdentam-detnum di luar dan tiba-tiba keraskan hatinya.

Walaupun dia sayangkan nyawanya daripada semua benda di dunia ini, dalam keadaan ini di mana haluannya seolah-olah suram, dia hanya dapat mengumpulkan keberaniannya, dan membuat pertaruhan!

Kini, dia berada di usia yang optimum untuk maju menjadi seorang Magus rasmi. Sekali dia terlepas peluang ini, walaupun dia dapat memperoleh sumber-sumber dan maklumat pada masa akan datang, ada kemungkinan badannya yang berumur tidak cukup kuat untuk menyokongnya maju ke Magus pangkat 1.

Tambahan pula, bukannya dia tidak mempunyai keyakinan. Sekurang-kurangnya, menurut hipotesisnya sendiri dan simulasi Cip A.I., sekurang-kurangnya, 90% kemungkinan Akademi Abyssal Bone Forest memerlukan dia untuk memenuhi beberapa misi yang berbahaya, dan dengan itu, tidak akan mengorbankan dirinya! Ini cukup untuk dia membuat pertaruhan!

"Aku akan membuat pertaruhan sekali ini! Kalau aku tidak dapat menembusi puncak mutlak ini dan memerhatikan sinaran cahaya subuh, maka biarkan aku menjadi lumut dan tenggelam ke bumi, dan reput!"

Matanya berkilauan sambil menatap serius petir yang berdentam-dentum di hadapannya.

...

Tiga hari kemudian, di kawasan luar sekitar Akademi Abyssal Bone Forest.

Lebih separuh daripada hutan sekeliling Akademi Abyssal Bone Forest telah musnah. Tanah itu dipenuhi dengan lubang dan lekukan. Tidak jauh dari situ, beberapa tompok tanah berwarna putih, dan di atasnya terdapat debu dan abu. Daripada ini, seseorang dapat membuat rumusan tentang pertempuran pahit yang Akademi Abyssal Bone Forest telah lalui!

"Nampaknya ia telah menjadikan keadaan seperti ini...." Leylin menunggang kuda besar itu dan menuju ke depan dengan laju, merasa sangat gembira dia telah membuat keputusan yang tidak berbelah bahagi untuk meninggalkan akademi terlebih dahulu.

Ia semestinya pertempuran besar-besaran untuk merosakkan separuh geografi persekitaran Akademi Abyssal Bone Forest. Sekiranya Leylin kekal di sini, dia tidak mempunyai keyakinan untuk menyelamatkan nyawanya.

Mengikuti laluan dan bergerak selama beberapa minit, satu tapak perkuburan besar muncul di hadapan mata Leylin.

Ini adalah pintu masuk bawah tanah ke Akademi Abyssal Bone Forest, satu tapak perkuburan granit yang besar. Walau bagaimanapun, sekarang separuh daripada batu nisannya telah hancur, dan banyak kubur juga telah digali semula, mendedahkan haluan gelap di dalamnya. Dinding batu dan lumpur di sekelilingnya mencerminkan tanda-tanda banyak sihir telah digunakan. Di hadapan mata Leylin, amaran oleh Cip A.I. terus berbunyi, mendedahkan radiasi yang sangat tinggi daripada beberapa tanda-tanda sihir ini.

"Setiap batu nisan kecil di sini sebenarnya merupakan laluan peribadi bagi setiap profesor di Akademi Abyssal Bone Forest ini dan semua kini sudah runtuh..."

Walaupun dia lama mengetahui Akademi Abyssal Bone Forest pasti akan mengalami kerugian yang besar, adegan yang menyedihkan ini menyebabkan Leylin menarik nafas sejuk.

*Bang!*

Leylin dengan bersahaja menendang seketul batu di atas tanah dan berjalan ke tengah-tengah perkuburan itu, di mana satu batu nisan yang besar yang kelihatan seperti sebuah istana telah didirikan.

Ini adalah pintu masuk yang besar ke Akademi Abyssal Bone Forest, dan merupakan laluan biasa bagi semua pembantu paderi.

Permukaan istana dipenuhi dengan retakan, dan sebahagian daripada kawasan bahagian atas telah dipotong dan dihancurkan. Apa yang tinggal, goyah, dan seolah-olah berada di ambang keruntuhan. Melihat pemandangan sebegitu membuat Leylin agak bimbang; dia merasakan jika dia meletakkan jarinya dan cuba untuk menyentuhnya, istana batu nisan itu akan runtuh.

"Berhenti! Orang luar! Jika awak tidak dapat menunjukkan sebarang bukti, saya akan pastikan awak membayar dengan darah!"

Kedua-dua patung batu di pintu masuk besar telah hancur sepenuhnya. Cacing Tanah Bersayap dan Anjing Berkepala Dua daripada sebelum kini telah hilang. Apabila Leylin mahu masuk, satu suara metalik kedengaran.

Mengiringi suara itu, satu bayangan besar daripada puncak debu istana turun dengan laju. Bayang hitam itu lebih tinggi daripada manusia biasa dua kali ganda, dan tangannya sangat panjang, memanjang ke tanah.

Walaupun batu nisan istana dipenuhi dengan keretakan, tidak kira bagaimana bayang hitam itu memanjat, istana itu tidak goyah. Jelasnya, pembinaan Akademi Abyssal Bone Forest tidaklah lemah seperti permukaannya.

*Bang!* Bayangan hitam itu melompat, dan satu bayangan besar dipaparkan di atas tanah, sepenuhnya menyelubungi Leylin.

*Thud!* Bayang hitam itu melompat turun, menyebabkan satu lapisan debu naik.

Leylin mengecilkan matanya dan akhirnya nampak penampilan bayangan hitam itu. Ia seolah-olah seperti satu makhluk beruk yang besar. Seluruh badannya berlapis granit, dan kedua-dua tangannya menyangga di atas tanah.

[Beep! Satu makhluk yang mempunyai tenaga bertahap tinggi telah dikesan. Sekarang sedang membandingkan dengan pangkalan data. Dikenali sebagai Beruk Granit!] Suara Cip A.I. kedengaran.

Beruk Granit adalah satu makhluk di Dunia Magus dengan kekuatan pertempuran setanding dengan seorang Magus rasmi.

"Aku dapat merasakan gelombang tenaga yang timbul daripada barang bukti pada badan kau, keluarkannya!"

Beruk Granit itu memandang Leylin, dan mengendusnya dengan muncungnya yang besar. Apabila beruk itu menghampiri, bau busuk yang sangat padat dihidu. Leylin terpaksa mengumpulkan kekuatan yang banyak untuk bertahan daripada berkerut.

"Barang bukti?"

Leylin berfikir seketika, sebelum tergesa-gesa mengeluarkan kad merah daripada karung yang diperolehnya sebelum menerima misi itu.

"Inilah barang bukti itu rupanya!"

Beruk Granit itu mengambil kad besi itu dan menelannya, seolah-olah mengunyah beberapa makanan istimewa. Ia juga menutup matanya untuk menikmati rasa itu.

"Ia adalah seorang pembantu paderi Akademi Abyssal Bone Forest yang mengambil misi luar sebelum ini!"

Selepas beberapa saat, Beruk Granit itu membuka mata besarnya dan berkata kepada Leylin, "Budak hingusan, masuk!"

"Sila terima sumbangan saya!" Leylin fikir, dan sujud di hadapan Beruk Granit itu, sebelum mengambil satu kelompok buah seperti pisang dan meletakkannya di atas tanah.

"Pisang Gajah Gemuk! Boleh tahan! Boleh tahan!" Beruk besar itu mengangguk, dan mengambil satu daripada kelompok itu dan mengupasnya, sebelum melambungkannya ke dalam mulut, seolah-olah tidak sabar ingin memakannya.

"Bolehkah saya bertanya apa yang berlaku kepada kedua-dua penjaga sebelum ini?"

Leylin bertanya berhati-hati, selepas melihat Beruk Granit itu menikmati makanan.

"Mereka dah mati!" Beruk besar itu menjawab dengan ringkas, dan Leylin tersenyum dengan senyap.

Ini adalah sesuatu yang telah lama dijangka. Kedua-dua patung tersebut jelas merupakan pertahanan pertama akademi. Setelah diserang, mereka dengan mudah akan menjadi yang pertama binasa.

Selepas tunduk sekali lagi, Leylin masuk melalui pintu masuk Akademi Abyssal Bone Forest.

Tangga yang turun ke bawah yang malap itu adalah sama seperti sebelumnya, ketika Leylin meninggalkan akademi.

Walau bagaimanapun, di atas sebab-sebab yang tidak diketahui - yang mungkin menjadi fakta dia kini adalah pembantu paderi tahap 3 dengan daya rohani yang lebih besar - Leylin mendapati beberapa tanda di dinding dan batu, dengan beberapa kesan darah. Kedengaran juga beberapa raungan roh lemah yang telah musnah.

Leylin, yang telah menjalankan sejumlah besar eksperimen pada badan-badan roh, pasti dengan bunyi-bunyi ini. Ia bukan sesuatu yang lain.

Sepanjang perjalanannya, dia menyedari jumlah pembantu paderi yang ditemui adalah lebih sikit dari biasa. Leylin menganggarkan kekuatan Akademi Abyssal Bone Forest tinggal kurang dari separuh. Malah Kawasan Perdagangan dan Kawasan Misi yang merupakan tempat kegemaran kosong.

Di kaunter meja misi, Leylin menyerahkan rekod-rekod di dalam bola kristal dan sekeping sisik Ular Mankestre Yang Hebat.

"Saya di sini untuk menyelesaikan misi!"

"Baiklah, sila tunggu!" Kakitangan di kaunter juga berubah. Ini adalah seorang gadis berjerawat, yang kelihatan seperti pembantu paderi tahap 2.

Semasa dia sedang menunggu, Leylin sangat bosan, dan melihat sekelilingnya.

Walaupun bilangan orang di Kawasan Misi telah banyak berkurangan, jumlah misi tidak dikurang tetapi ditingkatkan. Lebih-lebih lagi, ramai daripada mereka telah menambah ganjaran berbanding sebelum ini. Menurut tekaan Leylin, memandangkan kesukaran misi-misi ini tetap sama, ganjaran-ganjaran yang ditawarkan telah meningkat dua kali ganda daripada asalnya.

Ini adalah kejadian yang tidak normal, menyebabkan mata Leylin berkedip.

"Ley... Leylin!" Satu suara yang termengah-mengah kedengaran di belakang Leylin.

Leylin pusing ke belakang dan melihat satu tubuh badan bengkak yang dibungkus dengan jubah hitam. Tambahan pula, bau nanah melayang di udara menuju ke arahnya.

"Awak adalah... Nyssa!" Mata Leylin melebar.

Sememangnya dia mengingati gambaran ini dengan jelas, tetapi walaupun dia tidak mengingatinya, Cip A.I. telah merekodkannya.

"Awak masih ingat saya!" Suara Nyssa sangat gembira dan riang. Pada masa yang sama, satu gelombang tenaga bocor daripada tubuhnya. Menurut Cip A.I., dia adalah pembantu paderi tahap 2.