Di awal pagi, kabus masih memenuhi ruangan di luar jendela. Langit hitam memenuhi ruang udara di luar, menandakan hujan lebat bakal tiba.
"Hmm… kualiti udara semakin teruk dari hari ke hari… Selepas aku berjaya mengumpulkan cukup wang, aku pasti akan keluar dari daerah yang mundur ini dan berpindah ke rumah di bandar yang lebih baik."
Selepas bangun, Shi Feng melihat ke luar tingkap. Selepas merenggangkan sedikit badannya, dia turun dari katil. Dia melakukan 20 set pergerakan senaman sebelum beransur ke bilik airnya yang sempit itu.
Shi Feng mengambil telefon bimbitnya di atas meja selepas selesai bersiap. Dia memeriksa baki duit di dalam akaun banknya. Makan mi segera secara berterusan tidak baik untuk tubuh badannya. Lebih-lebih lagi, nutrisi-nutrisi yang ada sudah tentu tidak cukup untuk menampung corak latihannya.
Dia memperoleh kad keahlian dan kupon Big Dipper dengan cukup sukar, tetapi baru menyedari dia perlu menunggu 5 hari lagi sebelum boleh menggunakannya. Ini menyebabkan dia berasa sedikit tertekan. Sekarang, harapannya hanya bergantung kepada jualan mata wang permainan Kawasan Tuhan.
Sebelum ini, Shi Feng telah mendaftarkan 3 syiling emas di Pusat Dagangan Maya. Jika ada sesiapa yang membelinya, kredit akan dihantar ke dalam akaun banknya secara automatik. Walau bagaimanapun, Pusat Dagangan ada kelewatan transaksi selama 3 jam. Lebih-lebih lagi, Shi Feng tidak mengaktifkan notifikasi untuk akaun dagangannya itu. Oleh itu, walaupun transaksi telah dilakukan, dia tidak tahu berapakah jumlah yang telah di bayar ke akaunnya. Dia hanya boleh memeriksa akaun banknya dengan menggunakan telefon bimbitnya yang lama.
Sekarang ini, Shi Feng tidak mempunyai wang untuk membeli jam tangan kuantum1 yang terkini. Jika tidak, perkara akan menjadi lebih mudah diselesaikan dengan jam tangan itu. Pembayaran kad kredit juga boleh dilakukan melalui jam tangan kuantum itu. Kali terakhir dia teringat dia menikmati daging ialah ketika dia masih di tahun 3 pengajian universiti. Kini, dia sedang berada di tahun 4 dan akan bergraduasi dalam masa terdekat.
Sebelum ini, dia telah mengeluarkan semua wangnya untuk membeli mi segera. Baki terkini sepatutnya tidak lebih daripada 1 kredit.
Setelah satu malam berniaga, akan ada sesetengah pihak yang akan membeli beberapa matawang permainannya. Ini sepatutnya akan berlaku terutama kepada persatuan di Bandar Sungai Putih. Shi Feng tidak percaya persatuan-persatuan itu akan dapat mengumpulkan dana dengan begitu pantas. Walaupun mereka akan menandatangani kontrak dengan pasukan penanaman wang atau mempunyai pasukan sendiri, ia agak mustahil bagi mereka membeli kelengkapan tersebut dalam masa yang singkat. Lebih atau kurang, mereka mesti mempunyai pembelian beberapa matawang permainan.
"Mereka sebenarnya telah beli dengan agak banyak. aku rasa aku tidak perlu bising soal makanan untuk beberapa hari," Shi Feng tersenyum sedikit apabila dia terlihat ada lebih 1,700 kredit di dalam akaun banknya. Walau bagaimanapun, cukai perdagangan terlalu tinggi. Dia menjual 30 syiling perak dengan harga 1,800 kredit, tetapi 100 darinya dikenakan cukai. Jumlahnya benar-benar tidak munasabah.
Dalam pada itu, Shi Feng sekarang mempunyai wang, dan jumlahnya lebih 2 kali ganda kos sara diri yang ditanggungnya setiap bulan.
Jika kesemua 3 syiling emas terjual, ia akan bernilai 18,000 kredit. Shi Feng akan mempunyai wang cukup untuk membeli 2 Topi Keledar Permainan Maya. Apa yang merisaukannya sekarang, mampukah kesemua 3 syiling emas ini dijual?
Setelah mempertimbangkan beberapa perkara, Shi Feng telah membuat keputusan dia mesti meyakinkan persatuan-persatuan dan pemain-pemain untuk berbelanja lebih wang pada saat ini. Jika tidak, jika mereka melakukan urusan perniagaan di dalam permainan, mereka pasti mampu menyelesaikan masalah mereka dengan wang. Pada masa itu, mereka mungkin tidak akan membeli matawang permainan daripada Pusat Perdagangan Maya.
Selepas itu, Shi Feng meninggalkan rumah sewanya. Dia pergi ke bank, mengeluarkan kesemua wangnya.
Kini dia mempunyai wang, Shi Feng pergi ke Pusat Nutrisi dan membeli 3 botol Cecair Nutrisi C-Rank. Ini sudah cukup untuk dia bertahan selama 9 hari.
Apabila seorang jurujual wanita yang cantik ternampak Shi Feng membeli 3 botol tanpa ragu-ragu, dia tiba-tiba mendapat idea yang bernas. Mengambil inisiatif, dia kemudian bertanya, "Sibuk ke kamu petang ini, si Kacak? Bagaimana jika kita keluar minum di Dataran Youlan? Aku belanja."
Dataran Youlan tidak lah jauh dari situ dan terkenal sebagai lokasi romantik, dan ramai pemuda, lelaki dan perempuan, suka pergi ke sana.
Melihat kepada jurujual wanita yang cantik dan matanya yang bernafsu, wanita itu lebih cantik daripada gadis yang berpakaian cantik di kelasnya. Walau bagaimanapun, Shi Feng hanya tersenyum tenang. Bagaimana dia tidak tahu apa yang sedang difikirkan wanita itu? Dia menolak ajakan wanita itu dengan baik dan beransur pergi.
Reaksi Shi Feng membuatkan jurujual wanita yang cantik itu berasa sedikit kecewa. Tangkapan besar terlepas begitu sahaja. Adakah kerana dia tidak cukup cantik? Adakah kerana badannya yang tidak mengiurkan?
Cecair Nutrisi ialah produk terhangat di era baru. Bukan sahaja ia dapat memperlahankan penuaan, tetapi ia juga dapat membezakan kecederaan yang tidak dapat dikesan, menghasilkan semula sel badan, membina sel otak, dan banyak lagi impak yang mengagumkan. Item ini telah menjadi barang keperluan bagi atlet-atlet dan pengamal-pengamal seni mempertahankan diri. Bagaimanapun, barangan-barangan ini sangat mahal, oleh itu, hanya sesekali sahaja orang kebanyakan mampu membelinya. Lagipun, gaji sebulan tidaklah terlalu banyak. Mustahil untuk membeli 1 botol setiap 3 hari. Hanya golongan berada sahaja yang mampu menjadikan Cecair Nutrisi ini sebagai minuman, akan mampu mengubah badannya secara berkala.
Ratusan tahun yang lalu, sangat jarang untuk menjumpai kanak-kanak yang hodoh daripada golongan berada. Perempuan biasanya akan kelihatan cantik, manakala lelaki akan kelihatan tampan. Walau bagaimanapun, dengan bantuan Cecair Nutirisi di masa kini, perempuan-perempuan cantik dan lelaki-lelaki tampan ialah perkara biasa yang dapat dilihat di jalanan.
Sebotol Cecair Nutirisi C-Rank berharga 400 kredit.
Sebotol Cecair Nutirisi B-Rank berharga 1,000 kredit.
Sebotol Cecair Nutirisi A-Rank berharga 10,000 kredit.
Untuk Cecair Nutrisi terbaik S-Rank, ia tidak dapat dibeli oleh golongan biasa jika mereka mahukannya. Cecair Nutrisi ini hanya dijual untuk golongan atasan sahaja.
Ketika hayatnya yang lalu, Shi Feng beruntung kerana dapat membeli salah satu daripadanya kerana kedudukannya sebagai ahli Bayangan. Cecair Nutrisi S-Rank sangat mahal, bernilai jutaan kredit untuk satu botol. Bagaimanapun, kesannya sangat menakjubkan. Jauh beza jika hendak dibandingkan dengan Cecair Nutrisi A-Rank.
Walaupun Cecair Nutrisi S-Rank sangat mahal, terdapat ramai orang kaya di dalam dunia ini. Mereka yang mampu membelinya tidak akan menjadi masalah kepada mereka untuk harganya yang terlalu mahal. Lagi pun, siapa yang tidak mahu korbankan duit mereka demi masa depannya?
Sukar untuk dibayangkan, impian manusia ratusan tahun lalu kini menjadi realiti.
Tubuh badan ialah aset untuk melakukan perubahan. Jika Shi Feng mahu memperbaiki kemahirannya di dalam Kawasan Tuhan dan berdiri sama tinggi dengan pemain-pemain handalan, badan yang cergas dan minda yang cerdas sangat diperlukan. Oleh itu, Shi Feng tidak akan melakukan kesilapan yang sama seperti semasa hayatnya yang lalu.
Selepas itu, Shi Feng pergi ke restoran gourmet. Shi Feng menggunakan seratus kredit membeli 2 set hidangan nutrisi; satu untuk dia menikmatinya sekarang dan satu lagi untuknya di waktu makan tengah hari.
Selepas makan, Shi Feng pergi ke pusat latihan biasa. Selepas menggunakan 60 kredit, dia berlatih selama 4 jam sebelum pulang ke rumah.
Di sebelah petang pula, kira-kira jam 7 petang, Shi Feng minum sebotol Cecair Nutrisi dan baring di atas katilnya. Dia mengaktifkan topi keledar permainannya dan sambung memasuki ke Kawasan Tuhan.
Setelah melog masuk, Shi Feng mula menyusun barang-barang yang diperolehinya.
Setelah selesai menyusun barang-barang itu, Shi Feng mula berasa emosi. Tidak hairan hutan cahaya bulan ialah tanah khazanah. Pelbagai batu permata peringkat 1 yang diperolehinya sendiri berjumlah lebih 300 keping. Ada juga lebih daripadanya berpuluh-puluh buku kemahiran, kelengkapan gangsa, 5 kepingan Kelengkapan Besi Misteri, lebih 50 Set Kad, lebih 20 resepi Pekerjaan Gaya Hidup, lebih 30 Skrol Magis peringkat 1 dan 4 Skrol Magis peringkat 2.
Skrol Magis dari Dadaan Harta Karun lebih baik daripada yang dijual daripada kedai magis. Hal ini kerana skrol-skrol yang terjual tidak satu pun yang mencapai peringkat 1. Sementara itu, Skrol Magis peringkat 2 lebih berharga. Setiap satunya mempunyai tujuan yang hebat, dan tidak seorang pun mahu menjualnya.
Ada pun perkara yang membuatkan Shi Feng sangat gembira…
Dia berjaya mengumpul Set Kelengkapan Bulan Perak. Tambahan lagi, dia juga berjaya mengumpulkan Set Kelengkapan Darah Hitam yang bermakna sewaktu melawan Pahlawan Berperisai dan Kesatria Penjaga.
Nilai Set Kelengkapan Darah Hitam jauh melebihi nilai Set Kelengkapan Bulan Perak. Ia salah satu Set Kelengkapan Terbaik bagi Pahlawan Berperisai dan Kesatria Penjaga yang berada di bawah Tahap 10. Jika Cola ingin melengkapkan set ini di tahap 6 atau 7, jadi Mod Dungeon Neraka di bawah tahap 10 tidak akan lagi menjadi masalah.
Dengan pelbagai barang yang bagus, Shi Feng telah ada tapak yang kukuh untuk membentuk sebuah pasukan yang terdiri daripada 20 orang. Perkara yang menjadi perihal hanyalah untuk mencari ahli dan melatihnya.
Setelah selesai menyusun bagasinya dan memastikan tiada lagi keuntungan dari hutan cahaya bulan, Shi Feng mengaktifkan Bebola Rentas Jarak Magis, meninggalkan hutan cahaya bulan itu.