webnovel

Dalam dunia sebenar, langit perlahan-lahan bertukar gelap sewaktu matahari terbenam ke kaki bukit. Pada masa yang sama, pemain dalam Kawasan Tuhan sedang menikmati matahari pagi yang sedang terbit.

Bandar Daun Merah ketika ini sedang cerah seperti waktu pagi. Di kawasan Perdagangan, pemain berada di mana-mana dan berjalan menerusi jalan raya. Berbanding semalam, terdapat lebih ramai pemain di Bandar Daun Merah, dan ramai antara mereka merupakan pemain baru yang berada di tahap 0.

Selepas diaktifkan secara rasmi selama dua hari, ramai orang mula perasan perbezaan antara Kawasan Tuhan dengan permainan maya yang lain. Perlawanannya sahaja sangat menarik, ditambah pula dengan sumber hiburan yang menarik. Raksasa di Kawasan Tuhan semakin bertambah tahap semakin kuat, menyebabkan pertarungan semakin realistik. Pertarungan ini bukan lagi pertarungan yang biasa di mana pemain dan raksasa masing-masing ambil giliran untuk menyerang. Pertarungan di Kawasan Tuhan hampir sama dengan pertarungan di dunia sebenar.

Ini merupakan era di mana seluruh populasi dunia giat bersenam. Di dunia sebenar, orang lain sudah mencapai satu tahap di mana mereka mula dihantui dengan pertandingan tempur, dan membuatkan pertandingan seperti itu menjadi terkenal.

Semua orang mengharapkan satu pertarungan yang mampu memuaskan hati mereka, dan perkara menjadi lebih menarik apabila dapat bersua muka dengan orang yang pakar. Mereka mahu mengejar perasaan seronok yang mampu membuatkan darah seseorang menggelegak. Perasaan itu ialah perasaan ketagih dan sukar untuk berhenti. Sementara itu, Kawasan Tuhan memenuhi semua kriteria tersebut, dan tidak membahayakan nyawa seseorang.

Tambahan pula, Kawasan Tuhan dipenuhi dengan pengembaraan yang menarik dan mengujakan. Terdapat juga banyak tempat rahsia yang belum terbongkar dan diterokai. Masa dalam permainan juga dua kali ganda lebih panjang berbanding dunia sebenar. Ramai pemain berharap mereka boleh hidup di dalam Kawasan Tuhan seluruh kehidupan mereka, seperti ada kehidupan kedua dalam permainan.

Disebabkan alasan inilah ramai pemain tertarik kepada Kawasan Tuhan. Banyak syarikat permainan maya, selepas melihat situasi yang tidak dapat dielakkan itu, mengisytiharkan muflis, satu demi satu, lalu mereka bersedia untuk melabur dalam Kawasan Tuhan. Situasi seperti ini menyebabkan beberapa pemain lama dengan berat hati berpindah ke permainan Kawasan Tuhan, menambahkan jumlah pemain dengan banyak sekali.

Baru sahaja tiba di Bandar Daun Merah, Shi Feng menerima banyak Pemberitahuan Sistem.

Hampir semua sekali merupakan pemberitahuan berkenaan jualan di Rumah Lelong. Dalam masa yang singkat, duit yang dimiliki Shi Feng bertambah melebihi 500 Syiling Perak atau 5 Syiling Emas.

Shi Feng masih ingat dia telah meletakkan 3 Syiling Emas di Pusat Perdagangan Maya. Selepas berusaha seharian, dia telah mendapat tambahan 5 Syiling Emas. Persatuan itu mendapatkan semua duit ini selepas mengharungi kepayahan, namun, semua duit mereka masuk ke dalam poket Shi Feng akhirnya.

Kini, mungkin tiada pemain lain sekaya dia di Bandaraya Sungai Putih. Ketua-ketua Persatuan kelas-pertama juga tidak terkecuali.

Namun, semua ini hanyalah sebahagian kecil daripada yang sebenarnya. Usaha mendapatkan duit yang sebenar masih belum dimulakan lagi.

Shi Feng menyimpan semua barang yang berada dalam begnya ke dalam gudang. Dia tidak merancang untuk menjualnya tetapi ingin menyimpannya untuk kegunaan masa hadapan. Lagipun, barang seperti Permata dan buku kemahiran merupakan mata wang[a] kekal; harga mereka tidak akan jatuh. Sebaliknya peralatan yang akan turun nilainya seiring dengan kenaikan tahap pemain.

Selepas itu, Shi Feng memulakan perniagaan lamanya. Waktu malam merupakan tempoh masa yang sangat sesuai untuk berniaga. Melihat matahari bakal terbit, Shi Feng menghindari sebarang Misi buat masa ini dan terus mendirikan gerai jalanan, membeli Batu, Intipati Magis, Batu Keras, dan Set Kad.

Disebabkan persamaan kejadian lepas, ramai pemain akan sengaja berada di sini dan menunggu ketibaan Shi Feng. sekarang, satu jeritan yang bersahaja sudah cukup membuatkan pemain berpusu-pusu datang kepadanya.

Dengan cara itu, Shi Feng dapat membeli bahan-bahan sambil dapat mendengar perbualan pemain berdekatan.

"Kesatuan Penyerang Hendap mendapat kejayaan yang hebat kali ini. Mereka telah berjaya melengkapkan Misi Pemberontakan Fishmen Kecil dan mendapatkan banyak Reputasi Persatuan. Tidak lama lagi Kesatuan Penyerang Hendap pasti akan menjadi Persatuan Tahap 2."

"Apa yang hebatnya? Aku dengar satu kejadian besar terjadi di bandar utama. Ketua Persatuan daripada Persatuan kelas -pertama, Persekutuan Sungai Bintang, melengkapkan Misi besar dan berjaya menjadi Rakyat Kelas Pertama. Sedikit lagi dia bakal menjadi salah seorang bangsawan. Apabila dia berjaya mendapat status bangsawan, siapa kisah lagi pasal Reputasi Persatuan? Selepas menjadi seorang bangsawan, dia boleh masuk Kem Tentera dan Dewan Bandaraya untuk bertanyakan berkenaan Misi Persatuan. Persekutuan Sungai Bintang boleh menandingi dan melangkaui Kesatuan Penyerang Hendap bila-bila masa sahaja. Ditambah lagi dengan pelbagai kemudahan yang disediakan kepada golongan bangsawan, kelebihan mereka akan bertambah besar. Sedangkan Persekutuan Sungai Bintang sekarang ini sudah pun melangkaui Ouroboros. Apabila pertarungan untuk ibu negeri bermula nanti, Bandaraya pasti akan jatuh ke tangan Persekutuan Sungai Bintang."

"Semua itu perkara yang kecil. Kini, perkara yang paling penting ialah pertunjukan antara Penempa Api Hitam dengan Perdagangan Tukul."

"Siapa sahaja yang tidak tahu kisah itu? Sekarang ini, tiada seorang pun dalam Bandaraya Sungai Putih yang tidak tahu akan kisah ini. Walau bagaimanapun, aku tidak terbayang yang pemenangnya sangat cepat ditentukan. Lebih-lebih lagi, aku tidak percaya yang pemenang akhirnya menjadi milik Perdagangan Tukul. Hihi, bersyukurlah aku tajam akal dan meminjam sedikit duit untuk membeli Plat Dada Berkerdip. Ramai pemain sedang membelinya pada harga yang tinggi. Aku dengan mudah dapat menjana 3 Syiling Perak selagi aku jual balik Plat Dada Berkerdip yang aku ada."

"Tepat sekali! Tidak kira Atribut ataupun reka bentuk, Plat Dada Berkerdip suatu peralatan yang lebih bagus, jadi kosnya turut menjadi tinggi. Ia hanya dijual dengan harga yang rendah kerana pertarungan dengan Perdagangan Tukul. Api Hitam tentunya kalah kerana berterusan kehilangan duit. Malang sekali, dia tidak lagi menjual walau satu pun peralatan itu sekarang. Jika tidak, saya tentunya akan meminjam duit untuk membelinya. Ketika ini, kemasyhuran Perdagangan Tukul sudah pun meletup. Di dalam forum, dia sudah berkata dengan megahnya dan memarahi penempa misteri itu sebagai tidak cekap, menggelarkan penempa misteri itu dengan gelaran anak haram kerana tidak berani bersemuka dengannya. Bagi meningkatkan lagi kemasyhuran dan pengaruh, Persatuan kelas-pertama pasti akan menjemputnya. Perdagangan Tukul semestinya sudah membincangkan terma kontrak dengan mereka ketika ini."

"Ketua Penempa daripada Persatuan kelas-pertama, orang lain pasti terliur apabila hanya terfikir berkenaan jawatan itu. Namun, kita hanya mampu melihat sahaja dengan cemburu kerana kita tidak mempunyai apa-apa Reka Bentuk Menempa untuk Peralatan Gangsa. Jika aku mempunyai barang seperti itu, walaupun aku bakal menjadi muflis, aku tetap akan bersaing dengan Perdagangan Tukul habis-habisan. Apabila aku menjawat jawatan Ketua Penempa dalam Persatuan kelas-pertama, masa depanku akan dipenuhi dengan kemasyhuran dan keuntungan."

Apabila Shi Feng terdengar perbualan mereka, keningnya berkerut. Dia kemudiannya membuka forum rasmi.

Memang sah, Perdagangan Tukul telah mengejeknya dengan berbagai-bagai carutan.

Anak haram, kau hebat sangat ke? Kenapa kau begitu pengecut? Mari teruskan persaingan ini kalau kau berani! Kita lihat macam mana aku menempa hati busuk seperti kau!

Melihat pada kenakalan Perdagangan Tukul itu, Shi Feng tersenyum dengan tenang. Dia tidak tahan lagi untuk mengagumi Perdagangan Tukul. Untuk menjadi terkenal, dia bertukar menjadi seorang yang obses yang sanggup menggunakan apa cara sekali pun. Seperti pada kehidupan lampau Shi Feng, untuk menyertai Penguasa Dunia dan menjadi Ketua Penempa, Perdagangan Tukul sanggup menjual seluruh Persatuannya.

Selepas dia selesai membeli bahan-bahan, Shi Feng terus menuju ke Rumah Lelong.

Selepas semua kekacauan yang Perdagangan Tukul telah wujudkan, Plat Dada Berkerdip telah pun menjadi terkenal. Shi Feng boleh memulakan operasi seterusnya bagi menjana pendapatan.

Pada peringkat permainan sekarang, majoriti pemain biasa sudah pun bertahap 3, manakala ramai pemain lama sudah berada di Tahap 4 dan pakar di Tahap 5. Pemain biasa tidak mampu untuk membeli Plat Dada Berkerdip. Manakala, orang-orang lama mampu meminjamkan sedikit duit untuk membeli satu set untuk diri mereka. Bagi pakar pula, kegunaan Plat Dada Berkerdip bukanlah begitu hebat. Terdapat banyak lagi peralatan di dalam Dungeon Tahap 5 yang jauh lebih bagus berbanding Plat Dada Berkerdip.

Ini bermakna Plat Dada Berkerdip tidak mampu lagi memberikan Shi Feng duit yang banyak. Lagipun, pembeli terbesar peralatan ini banyak datang daripada Persatuan. Mungkin terdapat beberapa orang-orang kaya baru yang mampu membeli satu untuk bermain-main dengannya, tetapi bilangan mereka sangat sedikit dalam kalangan pemain biasa.

Shi Feng berjalan ke arah Rumah Lelong, lalu masuk ke dalam dewan besar yang padat dengan pemain. Tanpa sebarang pilihan yang lebih bijak, Shi Feng melihat di suatu sudut dan mengeluarkan skrin paparan Rumah Lelong dengan senyap. Dia kemudiannya meletakkan dua puluh salinan Reka Bentuk Menempa untuk Plat Dada Berkerdip untuk dilelong. Harga pokok untuk setiap Reka Bentuk Menempa diletakkan dengan harga 30 Syiling Perak, dan mereka akan dijual satu demi satu dengan selang masa setengah jam setiap satu.

Bukannya kerana Shi Feng tidak ingin menjualnya serentak, tetapi dengan berbuat demikian, hasilnya kan membuatkan harga untuk setiap barang kekal rendah. Hanya menerusi pemasaran cara itu dia mampu mengaut keuntungan yang besar. Biarkan Persatuan-persatuan itu bergaduh sesama mereka.

Selepas itu, Shi Feng menyapu bersih semua Batu Keras dan Set Kad daripada Rumah Lelong. Dia kemudiannya beredar dari Rumah Lelong dan berjalan menuju ke Perpustakaan.

Next chapter