webnovel

Teruskan, Jika Kamu Mampu

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Semua orang, perhatikan sekeliling kamu! Penyembuh, berdiri di tengah-tengah! Pasukan Perlindungan, lindungi penyembuh! MT, bersedia untuk mengaktifkan kemahiran menyelamatkan nyawa kamu pada bila-bila masa! Pasukan Pisau Belati, bersedia untuk bertarung!" Salji Lembut tidak gentar akan situasi itu. Dia segera memberi arahan, bersedia untuk bertarung.

Sombong mengundang bencana, rendah diri mendapat manfaat.

Ayat ini hanya terpakai bagi ahli-ahli Ouroboros. Terutamanya bagi si sombong Zhao Yueru.

Masalah seperti ini akan timbul apabila seseorang lupa diri.

Cuma, kali ini, masalah timbul dengan begitu pantas.

Zhao Yueru, yang masih tenang, tiba-tiba memegang erat pada Staf Kristal. Dia tidak lagi berasa riang atau lucu. Ekspresinya kini menjadi serius. Dia memerhatikan persekitarannya dengan begitu teliti, menyerlahkan kualitinya yang handal.

Ahli-ahli Ouroboros yang lain juga tidak lagi berani untuk leka. Walaupun mereka yakin dengan kelengkapan mereka, dan juga yakin untuk menghabiskan misi Kubur Bulan Gelap, keyakinan ini berkurangan selepas 2 pemain dibunuh dengan cepat. Mereka tidak mampu berbuat apa-apa selain mampu untuk lebih berhati-hati.

Untuk Pasukan Shi Feng, mereka lagi bertambah cuak. Di dalam hati mereka, mereka masih menganggap diri mereka sebagai sekumpulan orang yang baru dan tidak berpengalaman. Sementara itu, pasukan elit Ouroboros di depan mereka ialah pasukan yang pakar. Teknik kumpulan Ouroboros jauh melebihi mereka.

Walau bagaimanapun, pakar-pakar itu yang memakai kelengkapan Set Kelengkapan kelas tinggi masih mati tanpa diketahui puncanya.

Kubur Bulan Gelap ini sangat menakutkan!

Melihat semua orang berada dalam keadaan panik, Shi Feng kekal tenang. Apa-apa yang sedang berlaku, tidak ada seorang pun yang lebih mengerti darinya, atau mungkin, dia telah lama meramalkan keadaan seperti itu akan berlaku.

Oleh sebab Kubur Bulan Gelap mempunyai darjah kesukaran yang rendah, berdasarkan kelengkapan dan pakar-pakar yang ada, ia sangat mudah untuk ditewaskan. Walau bagaimanapun, dalam kehidupan Shi Feng yang lampau, banyak kesatuan yang telah kalah dengan dungeon, terlampau banyak sehinggakan tidak masuk akal. Berdasarkan kekuatan pasukan Salji Lembut, mereka masih mampu untuk membersihkan Dungeon, walaupun setelah kalah berpuluh-puluh kali. Hanya, nilai yang perlu dibayar untuk mereka berjaya sangat tinggi.

"Ada sesuatu akan datang. MT, tumpukan perhatian," Shi Feng memberi amaran. Dia mengecilkan matanya memandang kepada kabus yang terapung berdekatan.

Semua orang secara tiba-tiba tertekan, memerhatikan benda itu.

"Apakah itu?" Pahlawan Berperisai ternampak kelibat yang kabur di dalam kabus itu.

Kelibat itu terlindung dalam kabus yang keruh, menghalang sesiapa pun untuk dapat melihatnya dengan jelas. Pasukan hanya mengetahui benda itu berjalan terhuyung-hayang semakin dekat dengan mereka, selangkah demi selangkah, merangkak perlahan-lahan seperti siput. Apabila jarak antara mereka semakin dekat, teriakan tangisan semakin kuat, menyebabkan semua yang ada di situ meremang bulu roma.

Apabila benda itu mahu meninggalkan kabus…

"MT aktifkan kemahiran penyelamat nyawa kamu!" Shi Feng berteriak.

Walau bagaimanapun, Pahlawan Berperisai tidak menumpukan perhatian terhadap kata-kata Shi Feng.

Dia sentiasa memandang rendah terhadap Shi Feng di dalam hatinya. Kali terakhir mereka bersua, Shi Feng hanyalah orang baharu yang bernasib baik. Shi Feng hanya mampu menarik perhatian ketua mereka kerana dia sudah biasa dengan Kawasan Tuhan. Walaupun Shi Feng kini telah berada di Tahap 6, ini mesti sebab dia sudah biasa dengan Misi dan raksasa-raksasa yang membuatkan dia dapat menaik tahap dengan cepat. Dia sebenarnya tidak mempunyai kekuatan.

Walaupun kemahiran Shi Feng bagus, jumlah pakar yang telah dilatih oleh Ouroboros untuk bertahun-tahun dari permainan realiti maya yang lain sudah melebihi 5 ribu. Mereka bukan kekurangan orang seperti Shi Feng. Dalam erti kata yang lain, dalam Ouroboros, terdapat banyak pemain-pemain yang lebih handal dari Shi Feng.

Walaupun Pahlawan Berperisai tidak menumpukan perhatian terhadap kata-kata Shi Feng, Kesatria Penjaga, Cola, sentiasa mempercayai Shi Feng. Dia telah pada mulanya, mengaktifkan Rahmat Perlindungan dengan sendirinya.

Apabila benda itu seakan-akan ingin menonjolkan dirinya, 2 sinar cahaya hitam menembak dari dalam kabus, terkena barisan hadapan MT dengan sekelip mata.

2 sinar cahaya itu bergerak laju seperti peluru. MT yang penuh dengan kelengkapan itu pun tidak mampu menahannya.

Pada ketika itu, Salji Lembut berteriak, "MT, gunakan kemahiran penyelamat nyawa kamu!"

Malangnya, kata-kata Salji Lembut sudah terlambat.

Salah satu dari sinar cahaya itu dengan segera menusuk tubuh badan Pahlawan Berperisai, kemusnahan -1,600 muncul di atas kepalanya. Dia terbunuh begitu sahaja.

Mata Pahlawan Berperisai memandang ke dadanya yang dipanah sinaran hitam, seakan-akan tidak rela untuk mati.

Sementara itu, selepas mengaktifkan Rahmat Perlindungan, kerosakan pada Cola berkurangan kepada 50%. Tambahan kepada Perak-Rahsia yang bertahap Perisai Langit yang diterimanya dari Shi Feng, Cola hanya menerima sedikit lebih dari -500 kerosakan, menyebabkan dia kehilangan lebih separuh dari HPnya.

Semua orang terpaku apabila melihat perkara ini. MT Tahap 5 yang memakai Set Kelengkapan Gangsa mati begitu sahaja.

Sementara itu, lebih banyak kelibat keluar dari kabus.

Apabila Salji Lembut teringat akan sinaran hitam yang menakutkan tadi, dia dengan segera mengarahkan, "Penyembuh, pergi sembuh! Semua orang berundur. Kesatria Penjaga, lindungi semua yang berundur. Sesiapa dengan Kemahiran Bertahan, tumpukan perhatian dengan melindungi Kesatria Penjaga."

Mendengar arahan Salji Lembut, Cola sedikit teragak-agak. Dia melihat kepada Shi Feng, menunggu arahan darinya.

"Berundur. Tumpukan perhatian kepada posisi kamu dan kekalkan garisan tegak di belakang orang," Shi Feng menganggukkan kepalanya.

Selepas menerima arahan Shi Feng, Cola segera mengambil tindakan.

Melihat perkara itu, Salji Lembut sedikit terasa. Walau bagaimanapun, dia tidak berkata apa-apa.

Dalam pada itu, Zhao Yueru tidak berpuas hati. "Orang baru seperti kamu, tidak mendengar arahan Salji Lembut, tetapi mendengar arahan dari tahi anjing yang bernasib baik itu? Adakah dia cuba untuk memberitahu yang kekuatan Dewi Salji dan arahannya tidak bagus seperti arahan Shi Feng?"

Walau bagaimanapun, hanya ketika Zhao Yueru ingin membuka mulutnya, dia segera menutupnya.

Hal ini kerana, Cola sedang berundur, dia sebenarnya boleh menggunakan perisainya untuk menghalang sinaran hitam dari memancar ke arah pemain-pemain yang lain. Dia juga mampu menghalang serangan dari sinaran hitam, pada masa yang sama, berundur dalam keadaan yang teratur. Tindakan sedemikian sememangnya mustahil bagi orang yang baru untuk melakukannya. Kemahirannya lebih baik dari Pahlawan Berperisai mereka itu.

Dengan 4 penyembuh menyembuhkan dia, Cola mampu untuk mengekalkan HPnya di atas paras selamat. Ketika saat genting berlaku, Shi Feng akan menggunakan Tangkis untuk membantu Cola menghalang sinaran hitam, supaya Cola dapat mengekalkan nyawanya.

Keadaan itu menyebabkan ahli-ahli Ouroboros, yang sebelum ini tidak berpuas hati dengan Shi Feng, berubah hati. Mereka menyoal diri mereka sama ada mereka mampu melakukan tindakan sedemikian atau tidak. Lebih-lebih lagi, Shi Feng menyelamatkan Cola berkali-kali, membuktikan ia bukan sesuatu yang tidak sengaja, tetapi kemahiran.

Selagi Cola tidak mati, ahli-ahli pasukan yang tinggal akan kekal selamat. Ia boleh dikatakan Shi Feng menyelamatkan nasib seluruh pasukan.

"Ia seperti...saya telah memperlekehkan dia." Salji Lembut mula memandang Shi Feng dari sudut berbeza. Walaupun dia juga membantu Cola menghalang beberapa serangan, tindakannya tidak semula jadi seperti Shi Feng. Dia berupaya menghalang serangan pada masa yang sama tidak menghalang pergerakan Cola.

Selepas semua orang berundur beberapa jarak, mereka akhirnya mampu melihat benda itu di dalam kabus.

Mereka mempunyai badan yang sangat besar dengan ketinggian 2 orang. Kedua-dua lengan mereka dilengkapi dengan kuku hitam yang berkilat. Apabila mereka menyerang, kuku mereka seperti pedang menembak ke hadapan dan menyarung dengan pantas, semuanya berlaku dengan sekelip mata.

[Zombi Kobold] (Elit Khas)

Tahap 6

HP 5,000/5,000

Hanya satu Zombi sahaja sudah memeningkan kepala mereka. Walau bagaimanapun, terdapat sebanyak 6 Zombi Kobold yang muncul dari dalam kabus. Jumlah itu secara praktikalnya menuntut nyawa mereka. Menjadikan perkara lebih teruk, sekumpulan Pahlawan Kobold turut muncul dari arah mereka berundur.

Semua orang mengerti kesukaran Dungeon Pasukan. Kesukaran itu secara praktikalnya 10 kali lebih sukar dari Dungeon Kumpulan..

"Habislah kita," Zhao Yueru berasa putus asa di dalam hatinya apabila dia melihat jumlah Elit dan Elit Khas, "Bagaimana kita dapat menentang Elit dan Elit Khas sebanyak ini? Lebih-lebih lagi, mereka berdua setuju untuk bekerjasama antara satu sama lain."

Pasukan lain turut bersetuju dengan pendapat Zhao Yueru.

"Tiada jalan untuk kita melepasinya?" Salji Lembut mengerutkan dahinya. Dia tidak mahu meninggalkan Dungeon begitu sahaja.

Pada ketika itu, Shi Feng membuka mulutnya, berkata, "Jika kita menggunakan bentuk muka bumi dengan sebaik-baiknya dan bekerjasama dengan baik antara satu sama lain, ia tidaklah mustahil."

Ahli-ahli Ouroboros berasa tidak puas hati apabila mereka mendengar kata-kata Shi Feng. Dia seperti memerli keupayaan arahan Salji Lembut.

"Mudah berkata-kata dari melaksanakan. Siapa tahu bagaimana untuk berurusan dengan Elit dan Elit Khas sebanyak ini? Teruskan, jika kamu mampu," Zhao Yueru mengejek, melihat ke arah Shi Feng sambil berkata dengan tidak puas hati.

Next chapter