webnovel

Kubur Bulan Gelap

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Ayat tunggal Salji Lembut telah menentukan keputusan akhir, tidak membenarkan sesiapa pun untuk menolaknya.

Selepas bekerjasama dengan Api Hitam, Salji Lembut mempelajari kepentingan Pekerjaan Gaya Hidup Bebas. Walaupun pengaruh mereka terhadap Kawasan Tuhan kini kecil, siapa yang mampu menjamin yang ia akan kekal pada masa hadapan?

Oleh itu, dia tidak akan membiarkan walaupun satu resipi yang jatuh dari Dungeon terlepas dari tangannya.

Dengan kebenaran Salji Lembut, keyakinan ahli-ahli Ouroboros terhadapnya meningkat. Setiap seorang daripada mereka melihat ke arah wajah kebodohan Shi Feng.

"Sekarang ketua kami menolak, mari kita lihat bagaimana kamu akan terus dengan lagak sombong kamu! Jika kamu hebat sangat, kumpulkan pasukan kamu sendiri untuk masuk ke dalam Kubur Bulan Gelap. Urusan kami akan menjadi lebih mudah dengan cara itu."

Shi Feng mengerutkan dahinya. Dia tidak tahu yang Salji Lembut akan menjadi sangat tegas. Dia tertanya-tanya apa yang telah terjadi sehingga membuatkan Salji Lembut begitu marah. Sangat berbeza berbanding kali pertama dia bertemu dengannya. Pada ketika itu, masih ada ruang untuk berbincang.

Walau bagaimanapun, Shi Feng tidak mengetahui orang yang mencetuskan kemarahan Salji Lembut merupakan dirinya sendiri…

"Bagaimana dengan ini? Kita akan mengadakan lelongan kepada kumpulan lain untuk resepi Gaya Hidup Bebas yang jatuh," kata Shi Feng. Walaupun ada pilihan yang lebih baik, dia hanya boleh mengambil satu langkah ke belakang dan berkompromi.

Mendengar kata-kata Shi Feng, Zhao Yueru menutup mulutnya yang celupar itu dan tersenyum halus.

"Ye Feng, berhentilah berangan. Dungeon Pasukan hanya akan dibuka 3 hari sekali. Resepi-resepi yang diperoleh dari dalam sangat penting untuk perkembangan sesetengah Persatuan. Bagaimana kita boleh melelongnya dalam kalangan pasukan yang hadir? Jika kamu tetap ingin berbuat demikian, maka kami akan memanggil beberapa lagi ahli kumpulan elit kami. Dengan cara itu, mereka yang masuk ke dalam Kubur Bulan Gelap merupakan ahli kami sendiri dan kami tidak perlu berkongsi apa-apa dengan kamu," nada Zhao Yeuru bertukar menjadi tenang.

Zhao Yueru telah menjelaskan kata-katanya: Jika kamu ingin kekal, maka lupakan tentang resipi-resipi itu. Jika tidak, kemas barang-barang kamu dan pergi. Kami tidak akan menghalang jalan kamu.

Sementara itu, Salji Lembut tidak menunjukkan tanda-tanda untuk menghalang kata-kata Zhao Yueru. Tindakannya itu menggambarkan dia juga bersetuju dengan pandangan Zhao Yueru.

"Cik Zhao, jangan mudah melatah. Abang Feng tidak tahu betapa pentingnya resipi-resipi itu kepada kamu. Saya minta maaf." Si Hitam tidak mampu bertahan lagi melihat keadaan ini yang tiada kesudahan. Jika perkara ini berterusan, akibat daripadanya pasti berlaku perpisahan. Mereka berjaya mendapatkan kepercayaan dewa Salji selepas mengharungi pelbagai kesusahan. Oleh itu, mereka tidak boleh sewenang-wenangnya melepaskan peluang ini untuk terus memajukan Kesatuan mereka.

Si Hitam berterusan mengingatkan Shi Feng untuk tidak bertindak terburu-buru dan mengambil peluang ini sebaik-baiknya.

Shi Feng boleh merasakan sikap tegas Salji Lembut. Sikap sebegitu memberikan tekanan kepadanya. Walau bagaimanapun, bukan mudah baginya untuk mencari pasukan yang lain untuk memasuki Kubur Bulan Gelap. Ia merupakan Dungeon Pasukan. Ia memerlukan kelengkapan, kepercayaan, dan kerjasama yang tinggi untuk melepasi kriteria asas Dungeon ini. Lebih-lebih lagi, pemain-pemain yang direkrut secara tiba-tiba kadangkalanya membebankan. Mereka mungkin akan memberi kesan buruk kepada pasukan.

"Baiklah jika begitu, mari kita ikut seperti perjanjian kamu." Jelas kelihatan agak kurang bijak untuk bersengketa dengan Salji Lembut ketika ini. Shi Feng tidak mempunyai pilihan selain melepaskan peluang kali ini. Pilihan yang ada hanya dengan membentuk pasukan yang baru dan mendapatkan ahli yang boleh diharapkan selepas dia menyelesaikan Dungeon ini. Dia seterusnya akan membawa mereka meneroka Dungeon Pasukan yang lain.

Melihat Shi Feng bersetuju, Si Hitam berasa lega. Sementara itu, Zhao Yueru sedikit bengang. Dia berasa sedikit kecewa kerana dia tidak berjaya menghalau Shi Feng pergi.

Salji Lembut tidak menghiraukan kejengkelan Zhao Yueru. Masa untuk Pembukaan Dungeon telah tiba. Pasukan Kesatuan yang lain telah memasuki Dungeon, satu demi satu. Selepas itu, Salji Lembut berkata di dalam perbualan pasukan, "Mari masuk."

Sebelum memasuki Dungeon, Salji Lembut telah menetapkan darjah kesukaran Dungeon di tahap Biasa. Dengan cara itu, selepas memasuki Pintu Teleportasi, semua orang akan dihantar ke Mod Biasa Kubur Bulan Gelap.

Dungeon Pasukan sama seperti Dungeon Kumpulan, yang mana terdapat 3 darjah kesukaran yang berbeza: Biasa, Sukar, dan Neraka. Walau bagaimanapun, pasukan-pasukan yang tidak biasa dengan Dungeon kebiasaannya bermula dengan memperoleh dan memahami informasi dari Dungeon Mod Biasa. Mereka akan menggunakan informasi yang diperoleh itu untuk persediaan sebelum meneroka Mod Sukar dan Neraka.

Ketika ini, setiap pasukan bertanding di Tahap Pertama Kubur Bulan Gelap. Mereka mahu menggunakan peluang ini untuk meningkatkan pengaruh mereka terhadap pemain-pemain lain di Bandar Daun Merah. Jadi, mereka tidak akan bermula dengan darjah kesukaran yang tinggi.

Pasukan mula masuk menerusi Pintu Teleportasi, satu demi satu. Mereka semua bertukar menjadi satu coretan cahaya putih sewaktu melangkah masuk ke dalam Kubur Bulan Gelap.

Dungeon Pasukan tidak seperti Dungeon Kumpulan. Peta di dalam Dungeon Pasukan sangatlah besar. Mereka boleh dikatakan sama saiz dengan bandar yang kecil, namun sesetengah Dungeon boleh menyamai saiz bandar yang mempunyai populasi jutaan pemain.

Kubur Bulan Gelap adalah Dungeon Pasukan yang pertama wujud berdekatan Bandar Daun Merah, oleh itu peta Dungeon juga agak kecil.

Tidak seperti Dungeon Pasukan di dalam permainan realiti maya yang lain, tujuan utamanya apabila memasuki sebarang Dungeon Pasukan di Kawasan Tuhan ialah mencari jalan keluar. Selagi pemain-pemain dapat mencari jalan keluar dan meninggalkan Dungeon, maka mereka akan dapat meninggalkan Dungeon. Selepas meninggalkan Dungeon, mereka juga akan menerima ganjaran Dungeon yang setimpal.

Kubur Bulan Gelap berbeza disebabkan oleh alasan ini. Mempertimbangkan yang pemain-pemain Kawasan Tuhan pertama kali bermain dalam Dungeon Pasukan, darjah kesukaran Kubur Bulan Gelap lebih rendah berbanding Dungeon Pasukan yang lain. Pemain-pemain hanya perlu mempertimbangkan satu kata kunci apabila berada di dalam Dungeon.

Bertahan!

Selagi mereka mampu bertahan dan berjaya mencari pintu keluar, mereka dikira berjaya melepasi Dungeon.

Dengan segera setelah semua orang memasuki Kubur Bulan Gelap, angin bayu lembut menyerang mereka, menyebabkan seluruh badan mereka menggigil kesejukan.

Apabila hari sudah malam dan bulan merah tergantung di langit, menyinari bumi. Batu-batuan kubur yang memenuhi tanah terbiar, dan batu-batuan yang sangat besar mencipta satu laluan berselirat yang sangat besar. Suasana yang aneh menyelubungi kawasan, ditambah pula dengan penderitaan yang tak terhitung.

"Saya akan membahagikan tugas dahulu, jadi apabila masanya tiba, pastikan kalian melakukan tugas masing-masing." Salji Lembut tidak sedikit pun terkejut dengan suasana yang aneh di situ. Malahan, sudut bibirnya terangkat ke atas, membentuk senyuman yang penuh dengan keterujaan.

Walaupun mereka menghabiskan beberapa minit, mereka menentukan tugas setiap ahli dengan teliti. Dengan cara itu, apabila sesuatu di luar jangkaan berlaku, semua orang akan bertindak dengan pantas.

Pasukan itu terdiri dari 4 penyembuh, 2 dari Cleric, 1 Oracle dan 1 Druid.

Terdapat 2 MT di dalam Pasukan. Salah seorang daripadanya adalah Pahlawan Berperisai manakala seorang lagi Kesatria Penjaga.

Sementara itu, Shi Feng diletakkan di dalam Kumpulan Pisau Belati. Tujuan utama kumpulan ini ialah bertempur di barisan hadapan. Sementara itu, Salji Sepi diletakkan di dalam kumpulan Perlindungan. Tujuan utama mereka ialah melindungi tulang belakang Pasukan, si penyembuh.

"Baiklah, kumpulan Peninjau, cari jalan. Kami akan mengikuti dari belakang dengan perlahan." Sebaik sahaja Salji Lembut berpuas hati dengan formasi Pasukan, dia mengaturkan 2 Penyerang hendap untuk memimpin di hadapan.

Selepas memasuki laluan berliku tanah terbiar, 2 Penyerang Hendap segera melaporkan situasi yang mereka hadapi. Salji Lembut membalas dengan segera, membenarkan Pasukannya untuk mara menuju ke laluan terbaik dan dengan mudah melepasi perangkap yang telah dipasang oleh Penyerang Hendap Kobold dan Pahlawan Kobold.

[Penyerang Hendap Kobold] (Tahap Biasa)

Tahap 5

HP 1,600/1,600

[Pahlawan Kobold](Tahap Elit)

Tahap 5

HP 3,500/3,500

Jika mereka mencetuskan perangkap di sini, mereka akan bertindak menentang lebih dari 30 Penyerang Hendap Kobold dan 7 atau 8 Pahlawan Elit Kobold. Dengan situasi begini pastinya akan menyebabkan kekalahan yang besar kepada Pasukan.

Terima kasih kepada keputusan pantas Salji Lembut, Pasukan semakin hampir dengan pintu keluar laluan berliku. Semasa dalam perjalanan, mereka hanya membunuh sedikit jumlah Kobold. Shi Feng juga terkejut dengan kepimpinan Salji Lembut. Ia seperti semua perihal di dalam Kubur Gelap berada di dalam genggamannya.

Zhao Yueru berjalan ke arah pihak Shi Feng, dengan bangganya berkata, "Apa pendapat kamu? Kamu terfikir betapa jauhnya kekuatan kamu sekarang, bukan?"

Shi Feng kekal diam. Dia tidak memberikan perhatian terhadap Zhao Yueru, tangannya hanya menggenggam erat pedang khazanah yang tergantung di tangannya.

"Humph! Tidak terkata kamu sekarang?" Zhao Yueru berfikir Shi Feng setuju dengan kata-katanya, hatinya girang keseronokan.

Walau bagaimanapun, tidak lama selepas kegembiraan Zhao Yueru itu, jeritan 2 orang berdarah kedengaran melalui perbualan Pasukan.

"Kumpulan Scout, apa yang telah terjadi?" Salji Lembut segera bertanya.

Sistem: Pemain Tangisan Putih telah mati.

Sistem: Pemain Angin Bayangan telah mati.

"Apa yang telah terjadi?" Apabila Zhao Yueru melihat 2 pemain yang mati daripada kumpulan Scout, hatinya dipenuhi dengan tanda tanya.

Walau bagaimanapun, tidak ada sesiapa menjawab pertanyaan Zhao Yueru.

Disebabkan tetapan Kawasan Tuhan, pemain-pemain tidak dapat menghidupkan komunikasi selepas kematian.

Semua orang tiba-tiba berasa tegang. Mereka melihat ke sekeliling dengan berhati-hati.

Misteri kematian 2 pemain telah mengingatkan ahli-ahli Ouroboros tentang satu perkara.

Kedua-dua pemain yang mati mempunyai teknik yang sangat baik. Jika tidak, mereka tidak akan menjadi pemain-pemain elit Ouroboros. Kematian mengejut mereka dan kekurangan informasi hanya bermakna satu perkara sahaja… tempat ini sangat berbahaya.

Next chapter