3 Salji Kesepian

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Shi Feng berjalan menuju ke Dewan Bandar, yang dipenuhi orang.

Kurang sikit berbanding di jalan raya yang besar dipenuhi pemain. Mereka cuba berinteraksi dengan NPC, mencari peluang untuk mencari Misi. Pemandangan seperti ini memberi perasaan seperti tiba di pasar.

Malang sekali, bukan senang untuk mendapatkan Misi di Kawasan Tuhan. Punca utamanya, NPC mempunyai tahap kepintaran yang tinggi, membuatkan mereka mampu berinteraksi dua hala. Satu lagi, pemain perlu jaga-jaga dengan percakapan mereka atau risiko yang besar diberikan oleh NPC. Tidak lupa juga ramai pemain di situ perlu bersaing; mendapatkan Misi Biasa yang senang menjadi satu kesusahan.

Selepas lebih sepuluh minit Kawasan Tuhan bermula, tiada seorang pemain di Bandar Daun Merah berjaya mendapat Misi Biasa.

Jika dibandingkan, kelebihan Shi Feng sebagai seorang yang dijelmakan semula adalah besar. Bukan sahaja dia mendapat satu Misi. Malah Misi Unik lagi; suatu yang menjahanamkan. Tetapi, ganjaran Misi Unik ini tersangat besar. Sedangkan pemain peringkat-atasan yang sudah bermain Kawasan Tuhan selama sebulan pasti terliur melihat ganjaran Misi Unik ini.

Sebagai seorang yang telah dijelmakan semula, Shi Feng dapat pengalaman mengetuai ribuan orang semasa dalam Kesatuan Shadow. Mereka juga telah membina sepuluh Negara Kota. Jumlah maklumat mengenai Kawasan Tuhan yang ada pada dia melebihi apa yang pemain biasa tahu. Perkara ini betul terutamanya cara untuk menaikkan Tahap dan mendapatkan duit. Perkara ini penting untuk Kesatuan yang terdiri daripada ribuan pemain untuk menjadi kuat.

Sekarang dia telah dijelmakan semula dan bermain Kawasan Tuhan semula, Shi Feng akan menggunakan maklumat ini sebagai satu kelebihan yang besar. Semua ini untuk membina asas kepada pembangunan masa depan kelak. Sudah tentunya, dia tidak mengikut kebanyakan pemain, yang membazir masa di jalanan semata-mata untuk satu Misi Biasa. Tambahan pula, dia juga tidak perlu menjadi seperti pemain handalan, menggunakan teknologi yang canggih untuk membunuh raksasa-raksasa di hutan belantara.

Perkara yang Shi Feng akan buat ialah mengelakkan diri daripada kesesakan pemain-pemain lain; sebab itu dia memilih Misi Unik yang tersangat susah.

Namun, melengkapkan Misi memerlukan duit, sesuatu yang Shi Feng tiada sekarang.

Setiap pemain dibekalkan 10 Duit Tembaga di permulaan permainan. Walaupun duit ini tidak mencukupi untuk membeli senjata dan peralatan, tetapi makanan penambah semula HP atau MP tidak menjadi masalah.

Apabila Shi Feng tiba di hadapan Dewan Bandar dua tingkat, dia terlihat pemandangan ratusan pemain, berbaris panjang.

Tidak kira mana-mana permainan pun, lokasi rumah Ketua Kampung ataupun Dewan Bandar ialah lubuk mendapatkan Misi. Sudah tentu, setiap pemain tidak akan lepaskan peluang ini.

"Hei orang baru, beratur kalau tidak mahu orang ramai marah," dari dalam barisan , seorang Pahlawan yang sederhana dan jujur melihat Shi Feng. Pahlawan itu mengangkat tangan, menuding ke arah belakang barisan.

"Saya tidak ke mari untuk mendapatkan Misi," Shi Feng menafikan sambil melihat barisan yang panjang di hadapan Dewan Bandar.

Dibandingkan dengan tempat lain, di sini masih teratur dan lebih cekap. Walaupun mengambil masa yang lama untuk mendapatkan Misi, namun lebih baik daripada tidak mendapat apa-apa langsung.

Pahlawan lelaki itu melihat Shi Feng dengan curiga. Semua orang sedang bersusah-payah mendapatkan Misi sekarang... tetapi ada seseorang yang berkata dia tidak berminat mendapatkannya? Hantu pun tidak akan percayakan dia!

"Saya jujur bukan ke sini untuk mendapatkan Misi," Shi Feng memandang pahlawan lelaki tersebut. Melihat mata terancam orang itu dan bagaimana dia menganggap Shi Feng mahu memotong barisan, Shi Feng berkata dengan senyuman , "Tetapi, saya nasihatkan cari Misi di tempat lain. Atau kamu akan tunggu di sini sia-sia.

Kenapa pula sia-sia? Sudah beberapa orang yang keluar setelah mendapat Misi." Selepas mendapat tahu Shi Feng tidak ada niat untuk memotong barisan, Pahlawan lelaki itu berasa lega. Dia sudah berbaris lebih sepuluh minit sekarang dan dia sudah pasti tidak mahu sesiapa untuk memotong barisan. Namun, mendengar nada Shi Feng yang tegas itu membuat dia ingin tahu kenapa pula sia-sia dia menunggu.

Shi Feng tersenyum tetapi tidak mahu menjelaskannya. Akan tetapi, dia mula mengubah tajuk berkata, "Memandangkan kamu bukan orang jahat, saya akan beritahu jalan yang lebih terang. Bunuh perusuh di ladang. Kamu ada masa depan yang lebih cerah berbanding kekal di sini."

"Saya tidak mahu pergi. Terlalu banyak raksasa di hutan dan saya tidak boleh bersaing dengan orang lain. Tempat ini lebih baik" Pahlawan lelaki menggeleng kepala. Dia tidak bodoh. Ketika ini, semestinya ramai pemain di Kawasan Ladang. Dengan kemahiran yang ada, dia langsung tidak mampu merebut raksasa, jadi lebih baik menunggu di sini.

"Itu sebab kamu pergi ke tempat yang salah. Kalau pergi ke tempat yang sedikit raksasa, sememangnya, tiada sesiapa perlu bersaing dengan kamu. Jika dibandingkan kedua-dua tempat yang dipenuhi pemain dan raksasa, kecekapan untuk naik Tahap beberapa kali ganda lebih baik. Bukan itu sahaja, kadar hidup semula raksasa-raksasa di situ juga lambat, jadi seorang pemain boleh tangani sendiri," Shi Feng berkata sambil senyum.

"adakah tempat seperti itu?"

Pahlawan lelaki itu berasa teruja selepas mendengar penjelasan Shi Feng. Dia sangat berminat dengan tempat seperti itu. Dia masih perlu menunggu lebih sejam untuk mendapat Misi dan ganjarannya pula hanya EXP dan duit yang terlampau sedikit. Jika dia memburu raksasa untuk satu jam tanpa henti, EXP yang diterima jauh lebih banyak berbanding Misi.

"Sudah tentu ada. Saya akan buka harga 20 Tembaga sekiranya mahu tahu lokasi tempat berharga itu. Bukan sahaja EXP; selepas sehari memburu, bahan-bahan yang kamu dapat boleh memberi keuntungan sebanyak 40 Tembaga. Kalau bernasib baik, kamu boleh mendapat lebih sekiranya ada barangan yang terjatuh," Shi Feng berjalan mendekati Pahlawan lelaki, membisik di telinganya.

"Kamu tidak cuba untuk menipu saya, kan?" Pahlawan lelaki itu memandang Shi Feng dengan keraguan di matanya. Jikalau ada tempat berharga seperti itu, dia mampu melepasi pemain lain dengan banyak; tetapi 20 Tembaga bukan nilai yang sedikit. Raksasa di Kawasan Tuhan jarang menjatuhkan duit atau barang, jadi Duit Tembaga sangat bernilai.

"Kalau kamu tidak percaya saya, kamu boleh bayar 10 Tembaga sebagai duit pendahuluan. Kamu tahu kelak bila sudah tiba di kawasan itu. Sekiranya betul, kamu boleh bayar 10 Tembaga lagi kepada saya. Saya beritahu sebab saya lihat kamu seorang yang baik. Lupakan sahaja, kalau tidak percayakan saya." Shi Feng berpaling dan beredar selepas habis berkata.

Shi Feng tidak bertindak seperti ini kalau dia tidak kesuntukan duit. Kalau tidak, dia perlu melakukan cara lain untuk mendapatkan duit.

Selepas berjalan beberapa langkah, Shi Feng diberhentikan pahlawan Lelaki itu.

"Sang Pakar. Tunggu sebentar. Mari berbincang, boleh? Bukankah hanya pendahuluan sebanyak 10 Tembaga? Nah, ambil ini. Saya percaya seorang pakar seperti kamu tidak akan mempermainkan saya." Pahlawan lelaki itu melemparkan senyuman yang ikhlas, selepas membayar 10 Tembaga kepada Shi Feng.

"Melihat prestasi kamu, saya akan bagi lokasi yang baik. Walaupun tempat ini jauh sedikit, ada peluang hanya seekor Jembalang Hijau jenis Ahli Sihir di situ. Dia mempunyai pertahanan yang lemah dan kadar hidup semula yang cepat. Peluang untuk menjatuhkan duit juga tinggi. Pengamuk pasti berkesan untuk membunuh dia di situ. " Shi Feng memberi lokasi memburu selepas gembira mendapat sepuluh Tembaga.

Pahlawan lelaki lega selepas tahu Shi Feng sangat mahir dengan raksasa liar, sehingga tahu berapa banyak jumlah duit yang jatuh. Dia tidak sangka bernasib baik bertemu dengan Pakar Kawasan Tuhan dan bukan calang-calang orang; Shi Feng mungkin seorang Penguji Beta. Pahlawan lelaki itu berasa lebih teruja apabila memikirkan kemungkinan tersebut.

"Abang Pakar, tahu tidak lokasi yang boleh memberi buku-buku kemahiran untuk Pengamuk? Sangat susah untuk berlawan perusuh dengan satu kemahiran sahaja." Pahlawan lelaki itu lebih mengagumi Shi Feng sekarang, melayan Shi Feng sebagai orang atasannya.

"Boleh sekiranya mahu tahu, tetapi harganya sebanyak 2 Perak," Shi Feng senyum. Siapa yang akan beri maklumat yang berharga selepas satu perbualan ringkas? Shi Feng tentunya tidak beri kecuali melibatkan duit, tentunya.

Pahlawan lelaki pucat selepas mendengar harga itu. Dua Perak bersamaan 200 Tembaga. Bukan setakat persatuan yang biasa mempunyai duit sebanyak itu.

"Pakar, mari berkawan, saya Salji Kesepian. Saya akan berhubung dengan kamu semula selepas mengumpul duit yang cukup." Pahlawan lelaki itu menghantar permintaan menjadi kawan.

"Baiklah." Shi Feng terima permintaan Salji Kesepian.

"Jadi saya minta diri untuk berlawan perusuh, Abang Pakar. Saya akan hantar kamu 10 Tembaga selepas cukup." Salji Kesepian berpisah dengan Shi Feng dengan gembira, meninggalkan barisan yang panjang itu dan meluru ke lokasi memburu.

Sekarang Shi Feng sudah ada duit, dia berjalan ke arah gerai buah di sebelah Dewan Bandar.

Kedua-dua Buah dan Sayuran membantu dalam penyembuhan HP dan MP pemain. Rasanya juga sedap. Cuma kekurangannya ialah lambat alam kadar penyembuhan. Kebiasaannya, pemain tidak akan membelinya langsung, lebih-lebih lagi ketika duit menjadi masalah besar. Membelanjakan duit untuk buah dan sayuran adalah membazir.

"2 Tembaga satu."

"Beri saya sepuluh."

Shi Feng membayar 20 Tembaga. Dia berjalan ke arah Dewan Bandar selepas mendapatkan 10 biji tomato.

"Hei orang baru, beratur. Tak nampak orang lain pun beratur juga?"

"Pemain Pedang sana, apa kau fikir kau buat? Tahu tak berapa orang sedang beratur di belakang?"

Pemain yang beratur bengang dan mula mengkritik apabila melihat Shi Feng memotong barisan, berjalan menuju Datuk Bandar. Mereka mungkin akan membunuh Shi Feng, kalau tidak disebabkan mereka akan dipenjarakan kerana menyerang pemain lain dalam bandar.

"Maaf, tetapi aku bukan datang untuk mendapatkan Misi. Aku datang sekadar melihat."

[Cross] (Elit, Tidak bahaya)

Tahap 15

HP 2400/2400

MP 1500/1500

Tiada seorang pemain pun dapat mengalahkan dia buat masa ini. Sangat mustahil, walaupun berkumpulan.

Selepas itu, Shi Feng keluarkan sebuah tomato yang ranum dan merah, menggigit sedikit.

"Apa yang orang ini buat?"

"Apakah! Dia sedang makan tomato! Setiap buah harganya 2 Tembaga! Kaya betul!"

Pemain lain tidak memahami tindakan Shi Feng. Dengan datang ke Dewan Bandar makan tomato... adakah dia sedang menunjuk kekayaannya?

Tinggal separuh tomato itu, Shi Feng terus baling ke arah muka Datuk Bandar.

Tomato itu dengan tepat terkena kepada muka Cross, terpercik cecair warna merah nyala ke semua tempat.

Sistem: Kepercayaan Cross terhadap kamu berkurang sebanyak 100 titik.

Tidak puas hati, Shi Feng keluarkan sebuah lagi tomato dari dalam beg, melempar ke arah Cross.

"Berpura-pura! Gemuk! Cekik darah! Kau tidak layak jadi Datuk Bandar!"

Shi Feng berterusan menyumpah sambil melempar tomato, manakala kepercayaan Cross terus berkurangan. Badannya bertukar merah menyala sementara jus tomato meleleh dari atas badannya. Ditambah lagi dengan ekspresi marah, badannya kelihatan sangat kelakar.

Namun, tiada siapa dalam Dewan Bandar ketawa; sangat senyap. Semua pemain ternganga dan tercengang melihat perbuatan Shi Feng.

Selepas beberapa minit pelancaran Kawasan Tuhan, sudah ada seorang pemain yang berani menyerang NPC dan bukan calang-calang NPC; dia menyerang ketua sebuah bandar, Bos bagi kawasan pemula!

Dia sudah gila! Tidak takutkah dia dipenjarakan sampai mati?

Dia tidak mahu lagi menetap di Bandar Daun Merah?

Sedangkan membalas dendam ke atas masyarakat tidak begitu caranya!

Semasa semua pemain menjangkakan Pengawal menangkap Shi Feng atau Datuk Bandar membunuh Shi Feng dengan marah, perkara-perkara itu tidak berlaku.

Tiada pemain yang tahu mengejek NPC tidak dikira serangan. Sebab itu Pengawal atau Cross tidak menyerang Shi Feng. Perbuatannya hanya menyebabkan NPC benci dia sampai ke tulang dan dia boleh lupakan untuk mendapatkan Misi daripada NPC sepanjang hayat.

Ketika tomato yang terakhir kena muka Cross, kepercayaan Cross jatuh kepada bermusuhan. Tahap Cross bertukar tanda tanya dan petanda kuning di atas bertukar menjadi merah.

"Serangga tidak berguna! Aku akan hantar kau ke neraka!"

Cross yang merah menyala itu mengaum sekuat-kuatnya sambil meluru ke arah Shi Feng.

avataravatar
Next chapter