2 Permintaan Sherlock

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Untuk menempatkan kebanyakan pemain, Kawasan Tuhan boleh dimainkan ketika tidur. Selain itu, peredaran masa dalam permainan berbeza dengan dunia sebenar, iaitu dua jam dalam permainan bersamaan satu jam di dunia sebenar.

Setiap hari permainan ini mengambil masa sebanyak empat puluh lapan jam, dibahagikan kepada tiga puluh jam waktu pagi dan lapan belas jam waktu malam.

Bukan itu sahaja, untuk memastikan orang yang berkerjaya menikmati permainan ini, waktu malam, dalam dunia sebenar, merupakan waktu pagi dalam permainan.

Shi Feng terus melalui sebuah terowong berwarna-warni setelah memasuki Kawasan Tuhan, kemudian tiba di kuil emas.

Seorang bidadari dengan empat pasang sayap terbang ke arah Shi Feng. Saiz bidadari itu hanya sebesar tapak tangan.

"Hello pengembara, selamat datang ke Kawasan Tuhan. Saya Bidadari Panduan, Gabriel. Saya akan memberi pengenalan kepada empat kategori utama dan dua belas kerjaya utama. Sila pilih kerjaya yang kamu suka."

Dengan satu lambaian dari tapak tangan kecil Gabriel, sebuah ilustrasi menunjukkan kesemua dua belas kerjaya utama muncul di hadapan Shi Feng.

Kerjaya-kerjaya ini dibahagikan pula kepada empat kelas utama.

Pahlawan: Pahlawan Berperisai, Sateria Penjaga, Berserker.

Pakar Senjata: Pemain Pedang, Penyerang Hendap, Ranger.

Penyembuh: Paderi, Druid, Ahli Nujum.

Ahli Sihir: Pakar Elemen, Pemanggil, Cursemancer.

Pahlawan pakar dalam pertahanan terhadap raksasa; Pakar Senjata lebih menjurus kepada mengeluarkan kerosakan fizikal; Penyembuh fokus dalam penyembuhan; Ahli Sihir fokus kepada kerosakan magis. Setiap kerjaya ada gaya perlawanan tersendiri, dan disebabkan setiap kerjaya ini memberi Kawasan Tuhan satu kelainan.

Dalam permainan yang lepas, Shi Feng memilih Pemain Pedang dalam kelas Pakar Senjata dan dikenali sebagai Kesatria Pedang.

Shi Feng telah banyak melabur dalam kerjaya Pemain Pedang, jadi, dia tidak mungkin memilih kerjaya yang lain. Oleh itu dia memilih kerjaya Pemain Pedang tanpa sebarang keraguan.

"Pemilihan kerjaya telah selesai. Sila pilih nama untuk kerjaya anda."

"Ye Feng."

 Shi Feng memilih nama yang sama seperti permainan yang lepas.

"Penamaan selesai. Adakah anda ingin melaras penampilan? Kadar pelarasan dihadkan kepada 15%."

Dia berfikir seketika, Shi Feng memilih untuk melaraskan penampilan kepada 15% supaya mukanya tidak terlalu menonjol. Dengan ini, tiada sesiapa mampu kenal Shi Feng kalau mereka melihat penampilan kerjayanya, walaupun tidak begitu kacak seperti asal.

"Sila pilih tempat lahir dalam Kerajaan Star-Moon."

Peta yang memaparkan puluhan bandar milik Kerajaan Bintang-Bulan muncul di hadapan Shi Feng.

Pembukaan Kawasan Tuhan telah diselaraskan sedunia. Untuk menempatkan ratusan jutaan pemain, kawasan Kawasan Tuhan sangat luas, sehingga mencecah dua atau tiga kali ganda saiz bumi, dan kerajaan yang wujud sangat banyak. Namun, kawasan tempat tinggal dan bandar asal pemain di dunia sebenar, akan menentukan negara mereka pada awal permainan, jadi pemain hanya dapat memilih bandar-bandar di dalam negara itu sahaja.

"Bandaraya White River."

Shi Feng tidak merancang untuk memilih bandar yang lain, oleh itu dia memilih Bandaraya White River yang menjadi tempat biasa.

Bandaraya White River merupakan bandar di tangga yang kelima dalam Kerajaan Star-Moon. Merupakan bandar yang penting di kawasan utara Kerajaan Star-Moon. Terdapat beberapa buah Kesatuan yang memilih untuk membina di situ supaya dapat elak daripada bersaing dengan Kesatuan-kesatuan besar yang lain.

"Bandar telah ditetapkan. Pemain akan tiba di Bandar Red Leaf di Bandaraya White River dalam tiga saat lagi. Kami mengucapkan selamat bermain."

Penglihatan Shi Feng mula kabur apabila dia dihantar pergi.

Bandar Red Leaf, bangunan yang disusun secara kacau-bilau mempunyai gaya yang sama seperti Zaman Pertengahan. NPC telah memenuhi jalanan yang sibuk, membuatkan mereka seolah-olah berada di dunia yang lain.

Shi Feng tiba di hadapan gereja, penampilan barunya seperti seorang Pemain Pedang yang miskin. Dia sedang memakai Perisai Kulit Pelatih berwarna kelabu dan di pinggangnya tergantung sebilah Pedang Pelatih.

"Aku tetap tiba di Bandar Red Leaf, akhirnya." Shi Feng tersenyum sedikit ketika melihat pemandangan pekan kecil yang dikenalinya, keyakinan memuncak dalam dirinya.

Ketika itu, ramai pemain telah berkeliaran di sekeliling pekan, bercakap dengan NPC berharap mendapat petunjuk untuk menjalankan Misi. Terdapat juga beberapa pemain yang keluar dari kawasan kampung, memasuki hutan belantara untuk membunuh raksasa. Setiap dari mereka menjalankan tugas bersungguh-sungguh dan berharap mereka mampu membahagikan masa mereka menjadi dua.

Shi Feng tidak mempedulikan pemain yang lain, Dengan satu ayunan lembut dan sentuhan jarinya, Panel Atribut Pemain muncul di hadapan.

Karakter: Ye Feng (Manusia)

Kerajaan Dipilih: Star-Moon

Gelaran: Tiada

Kerjaya: Pemain Pedang

Tahap: 0

HP: 100/100

Kuasa Serangan Fizikal: 13

Pertahanan: 4

Kelajuan Serangan: 3

Kelajuan Pergerakan: 4

Atribut: Kekuatan 5, Ketangkasan 3, Ketahanan 4, Kepintaran 2, Tenaga 2.

Mata Atribut Percuma: 4

Penguasaan Senjata:

Penguasaan Pedang Satu-tangan +5 (Pangkat Perantis – Menambah Kemusnahan Pedang Satu-pemegang sebanyak 5%)

Penguasaan Pedang Dua-tangan +5 (Pangkat Perantis – Menambah Kemusnahan Pedang Dua-pemegang sebanyak 5%)

Mata Penguasaan Percuma: 0

Bakat Kerjaya:

Bakat Pemain Pedang 1: Penguasaan Pedang +5

Bakat Pemain Pedang 2: Mendapat 8 Mata Penguasaan Percuma setiap 5 Tahap.

Bakat Pemain Pedang 3: Kecekapan Kemahiran Pedang meningkat sebanyak 50%.

Kemahiran:

Chop. Kemahiran Aktif. Keperluan: Pedang. Tambahan 8 Mata kemusnahan

Tempoh: 5 saat. Tahap Kemahiran: 1 (Kecekapan 0/300)

Kelengkapan:

[Baju Kulit Pemain Pedang] ( Gray Trash)

Tahap 0

Pertahanan +2 

Kekukuhan 15/15

[Pedang Pelatih] (Gray Trash, Pedang Satu-pemegang)

Tahap 0

Keperluan Kelengkapan: Kekuatan 3

Kuasa Serangan +3

Kekukuhan 15/15

Di dalam beg, terdapat sepuluh keping Roti dan sepuluh bekas Air. Memakan Roti akan menyembuhkan 10 HP sesaat manakala meminum Air akan menyembuhkan 10 MP sesaat, dan kedua-dua efek bertahan selama sepuluh saat.

Setiap Pemain Pedang akan mempunyai atribut yang sama pada mulanya, perbezaan antara mereka ialah ke mana mereka akan menghabiskan Mata Atribut Percuma.

Setiap pemain boleh mendapat 4 Mata Atribut Percuma pada setiap kenaikan Tahap. Setiap kenaikan Tahap, cara para pemain menggunakan Mata-Mata ini akan menghasilkan corak permainan tersendiri yang unik.

Kekuatan menambah Kuasa Serangan Fizikal dan sebesar mana setiap serangan yang dikeluarkan. Ketangkasan menambah Kelajuan Serangan dan Kelajuan Pergerakan. Ketahanan menambah nilai maksimum HP dan stamina. Kepintaran menambah Kuasa Serangan Magis dan nilai maksimum MP dan Tenaga akan menambah tempoh penyembuhan MP dan HP. Setiap kerjaya memerlukan atribut yang berbeza.

Seorang Pemain Pedang tergolong dalam kalangan kerja yang menghasilkan kemusnahan fizikal, mereka pasti menumpukan atribut Kekuatan. Dalam kehidupan yang lepas, Shi Feng membuat keputusan yang sama, menambah 2 Mata pada Kekuatan, satu Mata pada Ketahanan, dan satu Mata pada Ketangkasan untuk setiap Tahap. Satu pilihan yang biasa dan selalu dilakukan.

Namun, Shi Feng tidak bercadang untuk berbuat demikian di kehidupan sekarang.

Tanpa ragu-ragu, Shi Feng klik pada tanda tambah (+) untuk Ketangkasan, meletakkan kesemua 4 Mata Atribut Percuma pada atribut tersebut. Ketangkasan Shi Feng meningkat kepada 7 Mata; Kelajuan Serangannya berubah kepada 4 dan Kelajuan Pergerakan berubah kepada 5.

Cara peruntukan Mata sebegini sesuatu yang bukan sahaja Penyerang Hendap, seorang yang terkenal dengan Ketangkasan yang tinggi, akan buat. Mereka lebih memperuntuk Kekuatan terlebih dahulu, kerana semakin tinggi kemusnahan semakin mudah untuk naik Tahap.

Malang sekali, Shi Feng tidak berfikiran seperti itu.

Untuk kerja serangan dekat, Ketangkasan ialah pilihan yang terbaik pada peringkat awal Kawasan Tuhan. Perkara ini dirahsiakan, hanya dihebohkan selepas beberapa minggu pelancaran Kawasan Tuhan. Apabila semua pemain sudah tahu, ramai pemain serangan dekat hanya mampu menepuk dada kekecewaan. 

Selepas menambah Mata Atribut, Shi Feng memandang sekeliling.

Tidak berapa lama kemudian sekumpulan besar pemain lain mula dihantar ke sini. Simbol rombus hijau yang dimiliki pemain telah memenuhi ruang plaza sentral, menyekat simbol kuning yang dimiliki NPC. Keadaan ini menyukarkan pemain mencari NPC.

Di! Di! Di!

Komunikasi suara Shi Feng berdering, nama pemanggil dikenali sebagai Black Cloud. Blackie menelefon.

"Abang Feng, saya memilih Cursemancer dan dihantar ke Bandar Falling Moon. Abang di mana?" Sekarang dia telah memasuki Kawasan Tuhan, Blackie sangat teruja, tidak sabar mahu memulakan pengembaraannya.

"Aku di Bandar Red Leaf, tak jauh dari Bandar Falling Moon. Aku akan bantu kau naik Tahap, datanglah ke Bandar Red Leaf." Shi Feng berkata.

"Abang Feng, kau mesti gila kan. Kau tahu tidak berapa jauh Bandar Falling Moon dengan Bandar Red Leaf? Peta ini mengatakan aku akan mengambil masa selama tujuh jam untuk ke sana. Aku pasti banyak ketinggalan daripada pemain yang lain jika bertolak ke sana. Kita patut naik Tahap berasingan dan jumpa di Bandaraya White River selepas capai Tahap 10." Blackie hampir muntah darah kemarahan. Mendapatkan 16,000 Kredit dalam massa 10 hari sudah menjadi kegilaan. Bukan sahaja dia tidak tergesa-gesa naik Tahap selepas memasuki Kawasan Tuhan, ini kan pula disuruhnya membazirkan tujuh jam? Dia tidak mahu melakukannya walaupun dibelasah sampai mati.

"Jangan risau. Kau patut datang sini dahulu. Kau akan dapat balik masa yang dah kau habiskan nanti," Shi Feng kata dengan selamba.

Apabila Blackie mendengar nada Shi Feng yang cukup yakin itu, dia tanya dengan teruja," Abang Feng, mungkinkah kau mempunyai informasi Beta Tester?"

Kawasan Tuhan telah menjemput beberapa orang untuk menguji permainan ini sebelum dibuka untuk orang ramai dan orang ini dipanggil Beta Tester. Semua Beta Tester akan dapat informasi kelas-pertama untuk Kawasan Tuhan dan, walaupun perubahan telah dilakukan, para Beta Tester pasti lebih tahu berbanding pemain biasa.

"Apa pandangan kau? Cepat datang sini." Shi Feng menjawab dengan nada yang misteri, ketawa.

Mendengar kat-kata Shi Feng, Blackie tahu Shi Feng mempunyai informasi yang berguna, dan dia tidak tahan berasa teruja, berkata, "Baiklah, tunggu aku Abang Feng; aku datang sekarang juga."

Menamatkan panggilan Blackie, Shi Feng berjalan ke arah lorong yang kecil dan gelap di pekan itu.

Terdapat ratusan NPC di Bandar Red Leaf. Tetapi, NPC yang memberi Misi Biasa hanya ada sepuluh sahaja, manakala Misi Rahsia ada lima, dan Misi Unik hanya ada satu. Misi Unik tidak boleh dijumpai lagi setelah dilengkapkan oleh seorang pemain.

Misi Unik di Bandar Red Leaf berjaya dijumpai selepas dua bulan pelancaran Kawasan Tuhan dan telah mencetuskan sensasi di seluruh Bandaraya White River waktu itu. Kerana keunikan Misi itu, pemain bertuah telah mendedahkan cara untuk mendapatkannya, menyebabkan ramai pemain cemburu. Malang sekali, mereka tidak mampu berbuat apa-apa, walau apa cara sekalipun.

Sudah tentu, Shi Feng tidak akan melepaskan Misi Unik ini lagi.

Shi Feng tiba di lorong gelap dipenuhi pengemis berpakaian koyak-rabak. Mereka seperti serigala yang terjumpa daging segar apabila melihat Shi Feng berjalan ke arah mereka, dengan cepat mengerumuni dia meminta makanan.

Dulu ada seorang pemain yang memberi pengemis ini makanan yang banyak. Mereka akan meminta untuk barang-barang selepas kenyang dan terus meminta barang yang mahal lagi dan lagi. Pemain itu bersetuju dengan permintaan mereka, memenuhi lebih daripada sepuluh hajat. Malangnya, pengemis itu tidak memberi apa-apa sebagai ganjaran, menyebabkan pemain itu menanggung malu, menjadi bahan jenaka pemain lain.

"Berambus!"

Shi Feng berteriak sambil menghunuskan Pedang Pelatih, membuatkan pengemis yang lemah itu pergi menyorok.

Shi Feng berjalan ke satu penjuru selepas pengemis itu mula beransur; seorang gelandangan di pertengahan usia terbaring di situ. Dia tidak jauh beza dengan pengemis yang lain melainkan, integriti dalam diri lelaki itu yang tidak goyah, kerana dia seorang sahaja yang tidak mengemis untuk makanan.

"Kamu perlukan bantuan, Tuan?"Shi Feng bertanya dengan formal.

"Boleh berikan saya makanan? Sudah lima hari saya tak makan," Lelaki itu membalas.

Shi Feng tersenyum sedikit, bertanya dengan serius: " Malangnya Tuan, saya tidak boleh memenuhi permintaan kamu."

Seorang manusia normal pasti sudah naik darah jika mendengar jawapan seperti itu. Namun, pengemis ini hanya menghelakan nafas, tidak berkata apa-apa.

"Tetapi, kalau kamu sanggup membayar dengan harga yang sepatutnya, saya boleh memberi kamu makanan yang kamu mahu." Shi Feng berkata.

Pengemis ini mengangkat kepala dan melihat ke arah Shi Feng, matanya menunjukkan sekilas jangkaan sewaktu berkata, "Kalau saya mempunyai duit, saya akan membayarnya, tapi sekarang saya tidak mempunyai apa-apa. Tetapi, kalau kamu sanggup membantu saya, saya akan membayar kamu dengan setimpal. Sudikah kamu menolong saya?"

"Boleh saya tanya apa yang perlu saya lakukan?" Shi Feng menyoal.

Pengemis itu berkata dengan serius, "Tolong saya bunuh Datuk Bandar Red Leaf, Cross."

Walaupun Bandar Red Leaf Cuma bandar yang kecil, Datuk Bandar merupakan seorang Elite Tahap 15. Terdapat juga Pengawal Tahap 25 di sisinya. Selain itu, membunuh NPC akan menyebabkan dia ditangkap. Membunuh seorang Datuk Bandar sudah tentu, tanpa ragu, perbuatan yang gila dan tiada pemain yang percaya ini suatu Misi, kerana sama sahaja dengan menyuruh orang itu membunuh diri. Tiada siapa akan bersetuju dengan permintaan yang karut itu.

"Baiklah, Saya janji." Shi Feng menerima tanpa ragu-ragu dengan senyuman di bibir.

Sistem: Misi Unik "Permintaan Sherlock" diterima.

Perincian Misi: Bunuh Cross, Datuk Bandar Red Leaf dan bawa [Mayor's Insignia] kepada Sherlock. Pemain tidak boleh melebihi Tahap 10.

Shi Feng menoleh dan terus menuju ke Dewan Bandar, tempat di mana Datuk Bandar tinggal, setelah menerima Misi itu.

avataravatar
Next chapter