22 Ribut Rebutan Rekrut

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Semakin ramai pemain mengisi kekosongan di tempat tersebut, suasana kawasan Shi Feng menjadi santai.

"Abang Feng, aku tengah ilusi ke? Ni bukan mimpi kan?" Si Hitam menggosok matanya sambil bertanya dengan nada kurang pasti.

Shi Feng diam seribu bahasa. Dengan senyuman yang pahit, dia mengalihkan pandangannya ke arah kumpulan 3-orang yang telah menyebabkan keriuhan tersebut.

Pendatang ini bukanlah sembarangan orang; dia merupakan idola Si Hitam, Dewi Salji Lembut. Badan Salji Lembut dilindungi Perisai Plat cantik, yang menunjukkan bentuk badannya yang ramping dan sihat. Tambahan pula kecantikannya yang bagaikan bidadari dan perangainya yang dingin seperti salji. Jangankan lelaki, hati perempuan pun boleh ditawan olehnya.

Shi Feng pun terpaksa mengakui Salji Lembut merupakan wanita yang paling sempurna yang pernah dilihatnya, biar rupa, badan, atau perangai. Tiada sesiapapun dalam kalangan selebriti wanita yang boleh menandinginya.

Manakala, dua orang pengiringnya juga amat dikenali Shi Feng. Dia pernah ternampak mereka di saluran berita utama. Mereka semua merupakan pakar yang terkenal di Kawasan Tuhan.

Salah seorang daripada mereka merupakan seorang jelitawan yang bernama Zhao Yueru. Jika Salji Lembut dikatakan mempunyai bentuk badan dan paras rupa yang sempurna, Zhao Yueru boleh dikatakan memiliki bentuk badan dan paras rupa yang mempunyai daya tarik yang sangat kuat. Setiap pergerakannya seperti godaan yang boleh mempengaruhi hati seseorang. Ditambahkan pula jubah merah api yang dipakainya, badannya bersinar seperti tangkal azimat yang liar.

Daya tarikan sebegitu telah mendorong ramai lelaki untuk berniat menyerangnya.

Akan tetapi, jika anda berniat begitu maka tahniahlah. Anda baru sahaja menempah tiket sehala ke neraka.

Sebabnya, perkataan 'payudara besar, otak kecil' dan 'cantik seperti bunga' tidak dapat digunakan untuk Zhao Yueru. Di Kawasan Tuhan, dia mempunyai lagi satu gelaran: Dukun Api. Gelaran ini lahir daripada bukit-bukit mayat yang dibinanya daripada pemain-pemain lelaki tersebut.

Pernah ada seorang Ketua sesebuah Kesatuan yang amat besar yang telah cuba menyerang Zhao Yueru. Hasilnya, Kesatuan yang melebihi seratus ribu pemain kini sudah tiada; Zhao Yueru memburu hingga Ketua mereka. Peristiwa tersebut hanya tamat apabila Ketua Kesatuan tersebut dibunuh hingga jatuh kembali ke Tahap 0. Maka lekatlah gelaran Dukun Api sejak detik itu.

Berbanding Dewi Salji dan Dukun Api, Paderi Perempuan di sisi mereka hanya boleh dikira sebagai biasa-biasa sahaja. Dia tidaklah sangat cantik, tekniknya tidaklah teruk mana, dan dia juga terletak dalam kalangan pemain-pemain tangga seratus teratas pada Papan Pendahulu Paderi Kerajaan Bintang-Bulan.

Dua jelitawan yang sempurna serta seorang jelitawan yang hebat, kombinasi tersebut telah mencipta pemandangan yang amat indah di Hutan Maut. Beratus pemain mengelilingi mereka, masing-masing mencuba nasib untuk mendekati mereka. Malangnya, tiga wanita tersebut tidak memandang mereka langsung.

"Kanda Yueru, seramlah mereka ni. Apa kata kita balik dan naik tahap?" bisik Xiao Yue'er yang pemalu.

"Hehe, Yue'er, usah takut. Salji Lembut kan ada. Mereka ini kalau bagi sepuluh kali ganda keberanian pun diorang tak berani datang sini." kata Zhao Yue'ru sambil tersenyum dan menonjolkan dadanya dengan sombong.

Salji Lembut hanya membalas dengan mengangguk. Mereka ini yang hina dan murahan ini, satu pandangan pun tidak layak bagi mereka.

"Memanglah barangan yang tercicir daripada makhluk-makhluk Elit biasa-biasa sahaja, kadar penciciran untuk buku kemahiran lebih tinggi di sini. Kalau kita tak berusaha untuk mendapatkan beberapa buku kemahiran, kita akan lambat naik tahap kelak," kata Salji Lembut dengan perlahan.

Zhao Yueru menggangguk setuju. Walaupun mereka bertiga telah berjaya membunuh ramai makhluk Elit, bilangan buku kemahiran yang dicicir sangat sedikit. Sehingga kini, mereka bertiga belum sempat mempelajari walau tiga kemahiran. Hal ini amat menyukarkan penggunaan kekuatan dan keberkesanan latihan mereka.

"Kumpulan efektif untuk Hutan Maut, mencari perawat dan MT, 3 menunggu 3." Shi Feng terus melaung walaupun dijeling beberapa pemerhati.

Walaupun Salji Lembut dan Zhao Yueru memang mempunyai fizikal yang menarik, Shi Feng bukanlah budak lagi. Dia telah melihat ramai jelitawan, lebih-lebih lagi selepas dia dilantik Kapten Bayang-Bayang; ramai jelitawan sanggup menjual diri demi Shi Feng. Manakala bagi Salji Lembut dan Zhao Yueru, cukuplah hanya memandang untuk mencuci mata. Shi Feng tidak mempunyai masa untuk memikirkan wanita. Tujuan utamanya sekarang untuk meneruskan usahanya.

Walaupun begitu, jeritan Shi Feng tidak mendapat sambutan. Seorang pun tidak memandangnya. Mereka semua sibuk merenung kumpulan bertiga Salji Lembut dengan air liur meleleh. Si Hitam pun tidak terkecuali; matanya hampir terkeluar dari rongganya.

Shi Feng mengeluh, menggeleng kepalanya dan terus menjerit untuk cuba merekrut orang.

"Sial, si bodoh ni asyik bising kenapa? Kau ingat ada orang yang nak bunuh diri dengan kau dalam Dungeon ke?"

"Berambuslah, amatur Tahap 1! Jangan kacau saya tengok si cantik ni."

Beberapa pemain mula menyuarakan ketidakpuasan hati mereka. Dua jelitawan berkualiti tinggi telah muncul, tetapi Shi Feng hanya membuat bising, bukannya cuba untuk mendekati mereka. Kalau mereka takut sehingga terpaksa beredar macam mana?

"Menarik orang tu. Ramai yang tak suka dia. Dia pernah ada skandal ke?" Xiao Yue'er tersenyum lebar umpama bulan sabit, dan mengekek sambil menunjukkan Shi Feng.

Zhao Yueru mengalihkan pandangannya juga. Dia tidak merasa apa-apa yang luar biasa apabila melihat Shi Feng. Bajunya pun selekeh. Zhao Yueru merasa Shi Feng hanya mahu menarik perhatian orang ramai. Tiba-tiba dia berkata dengan hina, "Mesti dia nak tarik perhatian kita. Usah pedulikannya, cepat-cepat cari 3 orang untuk masuk Dungeon."

Berkenaan bilangan lelaki yang cuba menarik perhatian mereka, memang terlalu ramai di sini. Zhao Yueru pernah menyaksikan pelbagai helah lelaki sebelum ini, dan cara Shi Feng bukanlah baru, malah telah lapuk.

Salji Lembut tidak menyuarakan apa-apa pendapat, tetapi hanya memandang Shi Feng. Dia dapat merasai tenaga yang aneh daripada Shi Feng; ini semangat pedang tersembunyi. Salji Lembut risau tentang penggodek api yang digantung pada pinggang Shi Feng.

"Salju Lembut, awak dah kenapa?" Zhao Yueru memandang Salji Lembut dengan keliru. Dia tidak faham mengapa Salji Lembut begitu tertarik dengan Shi Feng yang biasa-biasa sahaja.

"Tiada apa. Mungkin ilusi je. Cepat, cari orang masuk Dungeon." Salji Lembut menggeleng kepalanya, tidak lagi memerhati penggodek api di pinggang Shi Feng.

Pada asalnya, kumpulan Shi Feng memang menempuhi kesusahan dalam mencari orang baru. Akan tetapi, disebabkan hanya sepotong ayat daripada mulut Zhao Yueru, tiada sesiapa yang menghiraukan kumpulan Shi Feng langsung; biarpun kumpulannya mempunyai pakar sekalipun.

Shi Feng menyuarakan kelemahannya apabila melihat beratus pemain beratur di hadapan Zhao Yueru. Tiga wanita tersebut betul-betul datang pada masa yang tidak sesuai.

"Abang Feng, apa kata kita pergi sana juga?" tanya Si Hitam tanpa segan-silu.

"Berambuslah! Kau ingat aku ni siapa?" Shi Feng mengguli matanya. Budak ini memang tak tahu malu, dapat cinta, terus lupa kawan. Salji Sepi pun lagi baik. Dia betul-betul jujur. Pada awalnya Salji Sepi hanya mencuri beberapa pandangan tetapi telah berhenti setelah memberi pujian. Dia juga telah membantu Shi Feng merekrut orang.

Si Hitam tidak berani bersuara lagi kerana takut dimarahi Shi Feng. Dia hanya boleh memerhati pemain lain dengan iri hati.

Lebih sepuluh minit kemudian Shi Feng masih belum merekrut walau seorang pun. Bagi Shi Feng, tiada yang mahu menyertai kumpulannya. Manakala bagi kumpulan Salji Lembut, tiada yang dilihat layak oleh mereka. Satu kumpulan berada di syurga, lagi satu berada di bumi.

Shi Feng sudah kebuntuan. Dia tidak boleh terus membuang masa; masanya semakin berkurangan ibarat butir-butir pasir yang dibasahi air laut. Dia hanya boleh mewujudkan kekecualian dalam proses merekrut.

"Kumpulan efisien untuk Hutan Maut, kami ada pakar sebagai pemimpin, boleh lepas dengan cubaan pertama, tiada had tahap, mencari perawat dan pemusnah, 3 menunggu 3."

Akan tetapi, ucapan Shi Feng telah menyebabkan ramai pemain memandang mereka dengan hina.

Kalau ya pun awak nak tarik perhatian, rendah sikitlah syarat awak!

Kini, sudah terdapat berpuluh-puluh pemain Tahap 2 yang mati dalam Dungeon. Setiap seorang berkata Hutan Maut mustahil untuk lepas. Sebaliknya, Shi Feng telah berkata kumpulannya tiada had tahap. Jadi apakah dia hanya memerlukan seorang sahaja untuk melepasi Hutan Maut? Mungkinkah?

Akan tetapi, syarat Shi Feng yang telah direndahkan masih berjaya menarik perhatian beberapa orang pemain. Dalam beberapa detik, sekumpulan pemain Tahap 1 telah berlari ke arah mereka untuk menyertai mereka.

avataravatar
Next chapter