23 Beruang Zalim

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Puluhan pemain Tahap 1 datang berlari. Kawasan di hadapan kumpulan Shi Feng mula menjadi riuh rendah.

00"Orang ini memang pelik. Dia sangat terdesak untuk memasuki Dungeon sampaikan sanggup memilih amatur Tahap 1. Tidakkah dia tahu sudah ada satu kumpulan pemain Elit Tahap 2 pulang disebabkan mati?"

"Siapa kisah pasal dia. Seorang mentah tetap mentah. Kita tidak faham apa yang mereka fikirkan."

Sebaris panjang pemain Tahap 2 mula mentertawakan perbuatan Shi Feng. Mereka mahu melihat Shi Feng diejek.

"Mereka itu sangat mengujakan. Sedangkan aku tidak begitu yakin untuk melepasi Hutan Maut, inikan pula mereka yang mahu lepasi dengan sekumpulan pemain Tahap 1." Bibir Zhao Yueru digulungkan ke atas sedikit, memperlihatkan satu senyuman yang bersemangat ketika melihat arah laluan yang dipilih Shi Feng. Suaranya terselit nada memperlekeh dan penuh penghinaan.

Salji Lembut juga menjeling Shi Feng dari jauh. Pembawaan Shi Feng sangat tenang dan yakin. Dia tidak marah dijadikan bahan jenaka. Setiap gerak-geri perbuatannya sangat matang, tidak jauh beza dari seorang pakar di Kawasan Tuhan yang dia nampak sebelum ini. Akan tetapi, dia tidak faham dari mana datangnya keyakinan Shi Feng. Hutan Maut merupakan Dungeon pertama Bandar Daun Merah, dan juga tempat pertama para pemain jumpa dalam Kawasan Tuhan; tahap kepayahan masih menjadi tanda tanya. Sedangkan sekumpulan Elit dari suatu Persatuan akan mengambil langkah berjaga-jaga dalam memilih ahli-ahli sebelum memasuki Dungeon. Dalam pada itu, Shi Feng tidak peduli langsung, seolah-olah mengumpulkan 6 pemain sudah cukup.

"Mungkin aku fikir lebih-lebih. Dia baru pemain Tahap 1, jadi bagaimana dia boleh lepasi Hutan Maut." Salji Lembut membelai rambutnya yang cantik, hatinya tidak lagi memikirkan perbuatan pelik Shi Feng. Dia melihat tangannya, pada maklumat pemain yang terpapar di situ, "Tahap 2 Penyeru, Serangan Magis 28, HP 150, Pertahanan 8, Kelajuan Pergerakan 4. Gagal. Seterusnya."

Selepas itu, seorang lagi Cursemancer melangkah ke hadapan. Orang itu dengan tegang memberi Atributnya kepada Dewi Salji, Salji Lembut.

Dalam masa yang sama, Shi Feng juga melihat kepada data pemain.

Walaupun dia tiada garis bawah, dia ada garis dasar.

Kelengkapan dan tahap-tahap pemain Tahap 1 sangat teruk berbanding pemain Tahap 2 yang sedang direkrut kumpulan Salji Lembut. Akan tetapi, mereka tetap pemain. Selagi mereka tidak menambah 8 Mata Atribut Percuma membabi buta pada awalnya, peluang melepasi Hutan Maut dengan 6-orang sekumpulan adalah agak tinggi.

Untuk Pahlawan Berperisai dan Sateria Penjaga pula yang bertekad menambah Kekuatan atau Senjata Kerja tetapi tidak pada Ketangkasan, mereka semua dibuang.

"Abang, tolong terima saya. Walaupun saya cuma Sateria Penjaga Tahap 1, saya mempunyai satu Peralatan Biasa Tahap 0. Dan juga, kesemua 8 Mata Atribut masih lagi tidak digunakan. Saya boleh meletakkan semua itu mengikut keperluan kamu. "Seorang pemuda bernama Cola merayu, matanya dipenuhi dengan penuh harapan.

Shi Feng sedikit terkejut. Seorang Sateria Penjaga yang tidak menambah apa-apa Mata Atribut boleh mencapai Tahap 1. Ia satu seni. Semua orang tahu Sateria Penjaga mempunyai Serangan yang lemah, menyebabkan proses membunuh raksasa sangat lambat. Kebiasaannya, mereka akan berkumpulan melawan raksasa. Bagi meningkatkan kecekapan memburu, mereka akan menambah beberapa mata dalam Kekuatan. Jika tidak, menaikkan tahap agak perlahan.

Cola si Sateria Penjaga?

"Cola..... Cola." Apabila Shi Feng melihat wajah Cola, dan juga ketinggian dan tubuhnya yang sasa, dia merasakan satu perasaan yang dikenali. Tiba-tiba, dia termasuk jauh ke dalam benak fikirannya. Memorinya seperti kenal akan orang itu.

Ya betul juga! Dia ini Beruang Zalim!

Shi Feng berjaya mengingatinya; Beruang Zalim ialah nama samaran Cola. Beruang Zalim merupakan teras kepada MT daripada Persatuan Kelas-atasan, [Bintang Gemilang]. Semasa peringkat awal Kawasan Tuhan, Beruang Zalim tidak berjaya berterusan. Dia juga ditendang daripada Persatuan Kelas-ketiga, [Mahkota Syurga]. Selepas memasuki Bintang Gemilang, Cola mula menyinar. Dia berubah daripada seorang MT kumpulan yang biasa kepada MT Elit teras dalam Persatuan. Dia berada di pangkat kelima belas dalam papan pendahulu Kesateria Penjaga di Kerajaan Bintang-Bulan. Cola dikenali sebagai seseorang yang mampu menyerang sambil bertahan. Shi Feng tidak pernah terfikir yang Beruang Zalim boleh bersemuka dengannya depan-depan. Cola seorang yang pendiam, juga. Sangat berbeza dengan Beruang Zalim sepuluh tahun dahulu.

Kini, Beruang Zalim itu belum lagi menyertai Mahkota Syurga, apatah lagi Bintang Gemilang. Sekiranya Shi Feng boleh mencuri Cola dan jadikan dia MT kumpulannya, bukankah terjun ke dalam Dungeon pada masa depan menjadi lebih mudah?

"Abang, saya jamin yang saya akan dengar arahan abang apabila masuk ke dalam Dungeon nanti. Tolonglah pertimbangkan permintaan saya ini.," Nada suara Cola terselit satu rayuan.

Shi Feng hampir ketawakannya. Beruang Zalim yang hebat akan merayu-rayu seperti itu hanya untuk memasuki sebuah Dungeon. Akan tetapi, Shi Feng masih menahan gelaknya itu.

Pemain Tahap 1 yang datang ke sini semuanya ingin mencuba nasib. Kumpulan lain yang telah masuk ke dalam Hutan Maut yang dianggotai pemain Tahap 2 sudah tiada peluang, apatah lagi pemain Tahap 1 seperti mereka. Jika mereka dapat masuk sekali ke dalam Hutan Maut dan berpeluang mendapatkan satu atau dua peralatan, pasti akan membantu dalam perkembangan masa hadapan mereka. Pada masa itu, menganggotai Persatuan yang besar menjadi lebih mudah.

"Baiklah, aku akan tambah kau sekali." Muka Shi Feng bertukar serius sambil berkata, "Tetapi, kau patut tahu yang membawa amatur Tahap 1 seperti kau masuk ke dalam Hutan Maut bukan perkara yang mudah. Aku tidak boleh senang-senang bawa kau ke dalam Hutan Maut, dan selepas kau dapat peralatan kau, kau akan sertai kumpulan Elit yang lain. Bukankah aku akan merana dengan sia-sia?"

Selepas Shi Feng habiskan kata-katanya, beberapa pemain Tahap 1 yang lain mula menampakkan wajah yang terhina. Bukankah kau juga amatur Tahap 1?

Walaubagaimanapun, Shi Feng tidak menghiraukan perasaan mereka. Dia terus berkata, "Aku ingin menubuhkan kumpulan yang stabil. Walaupun kita perlukan kuantiti, namun kestabilan akan diutamakan. Kalau kau ingin memasuki Dungeon, kau perlu bersedia untuk jangka masa yang panjang. Jika aku memanggil kau untuk meredah Dungeon, kau mesti datang. Kau tidak boleh tolak walaupun ada hal lain. Jadi, apakah pilihanmu?"

Setelah pemain lain mendengar kata-kata Shi Feng, mereka mula terdiam.

Niat Shi Feng sangat jelas. Kalau kau ingin masuk dalam kumpulan, kau tidak boleh lagi sertai mana-mana kumpulan lain nanti, bahkan juga menyertai Persatuan.

Semua orang tahu menyertai Persatuan merupakan cara yang terbaik untuk meningkatkan kekuatan mereka dengan cepat.

Pada masa ini, mereka tidak mempunyai kelayakan untuk menyertai mana-mana Persatuan. Oleh itu, mereka ingin mencuba nasib di sini, berharap dapat memperoleh satu atau dua peralatan. Mereka juga mungkin dapat menyertai Persatuan selepas itu. Oleh itu, patutkah mereka menolak peluang untuk menganggotai Persatuan yang baik semata-mata untuk masuk ke dalam Dungeon.?

Cola juga tidak terbayang Shi Feng akan membuat tuntutan tersebut. Akan tetapi, perkara itu sangat berpatutan. Kita tidak boleh sangka yang pemain lain akan membenarkan kita masuk, kemudian tinggalkan mereka setelah menjadi kuat. Namun, Shi Feng kurang meyakinkan apabila berkata perkataan tersebut.

Pada masa ini, Si Hitam mula berdiri dan berkata dengan marah, "Lihatlah kamu semua amatur, tiada siapa yang menginginkan kamu di Dungeon. Dan kau boleh berharap untuk menganggotai Persatuan nanti dan menikmati keuntungan mereka? Kau fikir kau semua pakar, atau kau sangka kami ini bodoh?"

Cola berfikir perkataan Si Hitam, si pakar itu, masuk akal. Sedangkan pakar Tahap 2 dengan tiga Peralatan Gangsa berada dalam kumpulan ini, inikan pula Cola seorang Pelatih yang lemah. Oleh itu, apa hak dia untuk meminta-minta?

"Terima kasih banyak-banyak atas nasihat daripada Abang Pakar. Adik-adik akan berusaha untuk memenuhi peranannya." Cola berterima kasih kepada Si Hitam.

Si Hitam berasa seperti tidak selesa selepas diucapkan terima kasih dan dirujuk sebagai seorang pakar oleh Cola. Si Hitam cuma berlakon sebagai seorang pakar. Tetapi, digelar oleh seseorang membuatkan Si Hitam membuak-buak ingin menjadi seorang pakar dalam Kawasan Tuhan.

"Hitam, bagus sekali!" Shi Feng menunjukkan ibu jarinya, memuji Si Hitam senyap-senyap.

Shi Feng tidak terbayang Si Hitam mampu menjinakkan Beruang Zalim dengan mudah. Beruang Zalim juga menggelarkan Si Hitam Abang Pakar dengan muka penuh hormat.

Si Hitam tiba-tiba hairan. Dia tidak faham apa yang telah dilakukannya sehingga dipuji oleh Shi Feng. Walau bagaimanapun, dia tetap gembira. Sekurang-kurangnya dia telah berjasa kepada Shi Feng; walaupun dia tidak tahu apa yang telah dilakukan sebenarnya.

Selepas sepuluh saat kemudian, Shi Feng mengumpulkan enam pemain. Mereka boleh mula meredah Dungeon sekarang.

avataravatar
Next chapter