webnovel

Persekutuan Cakerawala

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Melihat Shi Feng seperti mahu pergi….

Ahli-ahli dari Ouroboros berasa terkejut. Masih ada seorang lelaki yang akan melayan Salji Lembut sebegitu rupa. Dia juga melepaskan peluang untuk bekerja bersama Ouroboros tanpa ragu-ragu.

Zhao Yueru berasa cemas, kata-katanya memakan diri. Dia hampir mahu menahan Shi Feng dan mahu menjadi pengantara di antara mereka. Malahan Salju Lembut yang cerdik itu juga belum berkata-kata. Jika Zhao Yueru mengambil tindakan sendirian, ia mungkin mengakibatkan situasi bertambah kritikal. Jadi, tanpa keputusan yang bijak, dia hanya menarik tangan Salju Lembut, senyap-senyap mengingatkannya.

Walau bagaimanapun, apa yang Zhao Yueru tidak tahu adalah Salji Lembut juga tersentuh.

Dia tidak menyangka tujuan Shi Feng dari mula adalah untuk tidak menyertai Ouroboros tetapi untuk bekerjasama dengan mereka dengan kedudukan yang sama. Walau bagaimanapun, adakah Shi Feng mempunyai kelayakan untuk berbuat demikian?

Ouroboros tidaklah semudah yang disangka. Ia merupakan orang yang penting di dalam dunia permainan maya ini. Sumber yang dimilikinya merupakan sesuatu yang tidak boleh dibayangkan oleh pemain pertengahan. Untuk bekerjasama dengan Ouroboros dengan kedudukan yang sama, paling sedikit, mereka perlu menjadi Persatuan Kelas Pertama dan setaraf terlebih dahulu.

Dalam pada itu, lelaki yang sebelum Salji Lembut mahu bekerjasama dengan Ouroboros dengan pada kedudukan yang setaraf itu merupakan perkara yang menjadi persoalan.

Baginya yang sangat yakin, adakah lelaki ini benar-benar mempunyai kuasa tersembunyi berdiri di belakangnya?

Ini juga tidaklah mustahil. Berupaya untuk membawa perkara ini, tambahan mempunyai set kelengkapan sebegitu rupa, merupakan sesuatu yang tidak mampu seseorang lakukan dalam tempoh yang sangat singkat. Api Hitam sudah semestinya mendapat sokongan kuasa besar. Itu sahaja cara untuk dia mampu mencetuskan pertembungan dahsyat yang sedang berlaku ketika ini. Menurut statistik persatuan mereka, pendapatan yang Api Hitam peroleh merupakan hasil dari jualan Rekaan Penempa yang melebihi 60 syiling emas. Sementara itu, dana cecair Persatuan Kelas Pertama ketika ini tidak melebihi 3 syiling emas. Jika wang ini digunakan sebaik-baiknya, ia akan mampu untuuk membenarkan Persatuan Kelas Pertama untuk melepasi Persatuan Kelas Pertama dengan cepat. Menjadikan mereka Persatuan yang sangat bagus bukanlah satu masalah.

Tiba-tiba, Salji Lembut berasa kesejukan yang amat. Sebagai Timbalan Ketua Ouroboros, dia sebenarnya gagal untuk mengecam kuasa tersembunyi yang hebat itu.

Walau bagaimanapun, untuk kuasa yang tidak biasa baginya, seseorang hanya mampu membayangkan betapa dalamnya kuasa itu disembunyikan. Nasib baik, dia mampu untuk mengenalinya sekarang. Sama ada mereka berkawan atau bermusuhan masih tidak dapat diketahui.

"Tunggu dulu." Salji Lembut meminta Shi Feng untuk tunggu, lalu berkata, "Kamu juga perlu tahu Ouroboros kami merupakan Persatuan Kelas Pertama. Tidak banyak kuasa diluar sana yang mempunyai kelayakan untuk bekerjasama dengan kami. Jika kamu dapat membuktikan kepada kami yang kamu mempunyai keupayaan dan kewangan dan cadangan kamu akan memberikan Ouroboros keuntungan yang besar, maka kami akan bersetuju."

"Humph! Ouroboros pasti ada keyakinan yang tinggi. Kamu perlu tahu Persatuan Kelas Pertama yang saya boleh pilih tidak hanya terbatas kepada kamu." Shi Feng berpaling dan memandang ke arah Salji Lembut, berlagak seperti dia tidak memandang Ouroboros langsung. Selepas itu, dia mengeluarkan satu daripada Rekaan Penempa Kelengkapan Besi Misteri Tahap 10 yang dibelinya dari Janggut Hitam, melambai-lambaikannya di hadapan muka Salji Lembut. Dia berkata dengan nada mengejek, "Saya berfikir apa yang kamu akan fikirkan selepas melihat ini? Adakah kamu fikir yang saya ada kelayakan yang mencukupi?"

"Takkan lah?!" Salji Lembut tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Hatinya dipenuhi rasa terkejut, "Bagaimana kamu boleh ada Rekaan Penempa Kelengkapan Besi Misteri Tahap 10?"

Kini, walaupun Rekaan Penempa Plat Dada Berkerdip Tahap 3 juga menjadi rebutan. Nilai Rekaan Penempa di tangan Shi Feng sekarang ini tidak dapat dibayangkan.

Untuk Persatuan Elit, Rekaan Penempa Plat Dada Berkerdip Tahap 3 tidaklah terlalu berguna. Tujuan utama persatuan mendapatkannya adalah untuk menjana wang dan menyuburkan penempa-penempa mereka, meningkatkan kelebihan yang persatuan ada berbanding persatuan yang lain. Walau bagaimanapun, apabila dibandingkan dengan Rekaan Penempa yang berada di tangan Shi Feng sekarang ini, Rekaan Penempa Plat Dada Berkerdip juga tidak bernilai untuk disebut.

"Dagangan rahsia. Jangan fikirkan sangat." Shi Feng menyimpan Rekaan Penempanya, "Jika tiada apa lagi, saya minta diri dulu."

Sangat berat bagi Salji Lembut untuk membenarkan lelaki yang berada di hadapannya, yang memiliki Rekaan Penempa Kelengkapan Besi Misteri Tahap 10, untuk pergi. Lebih-lebih lagi, untuk membenarkan dia bekerjasama dengan satu lagi Persatuan Kelas Pertama. Jika dia membiarkan persatuan kelas pertama yang lain mendapatkannya dan menghasilkan banyak peralatan ini, melengkapi setiap Ahli Elit dengannya, maka pertarungan untuk Dana Kerajaan tidak lagi bermakna.

"Baiklah, saya setuju. Beritahu saya bagaimana kita patut bekerjasama." Salji Lembut senyum lebar, menahan Shi Feng dari pergi.

"Hehe, tetapi saya tidak mahu bekerjasama dengan kamu lagi." Shi Feng berkata dalam nada yang dalam.

"Kamu?!" Reaksi Salji Lembut tiba-tiba bertukar dingin. Walau bagaimanapun, dengan segera, dia kembali bertenang. Dia tidak lagi marah, wajahnya menyerlahkan senyuman yang tenang lalu berkata, "Saya minta maaf di atas keterlanjuran tingkah laku saya tadi. Bolehkah kamu memikirkannya balik? Ouroboros kami sanggup membayar dua kali ganda harga yang persatuan lain mampu."

Shi Feng mengangguk, berkata dengan senyuman, "Baiklah, melihat kamu sangat ikhlas."

Selepas kejadian ini, semua orang berfikir yang mereka tersalah dengar. Bidadari Salji yang sangat berbangga diri ini sebenarnya mengalah. Lebih-lebih lagi, dia malahan meminta maaf di atas perilakunya sebelum itu. Menakutkan sangatkah Api Hitam ini?

Disebabkan ini, mata Zhao Yueru bersinar apabila dia melihat Api Hitam dengan rasa kagum. Dia sedar betapa bangga dan bijaknya Salji Lembut. Sejak bertemu dengan dia, Zhao Yueru tidak pernah bertemu dengan seseorang yang mampu membuatkan Salji Lembut memohon maaf.

"Saya pelik bagaimana kamu boleh bekerjasama?" Salji Lembut memberikan jelingan ke arah Zhao Yueru yang ketawa di belakangnya, dan memandang kembali ke arah Shi Feng dan bertanya.

"Sangat mudah. Saya bercadang untuk mewujudkan organisasi Gaya Hidup Bebas yang dipanggil Persekutuan Cakrawala dan melatih pelbagai jenis Pemain Gaya Hidup Bebas. Kamu hanya perlu tolong saya mengiklankannya dan meluaskan pengaruhnya, dan saya akan beri persatuan kamu harga diskaun. Saya juga akan jual kepada kamu peralatan dan barangan yang tidak boleh didapati di pasaran awam," Shi Feng berkata dengan tenang.

"Kamu benar-benar mahu mewujudkan organisasi seperti itu?" Salji Lembut sedikit terkejut. Walaupun dia tidak berfikiran seperti Shi Feng, terma yang dikenakan sangat menarik.

Mata Zhao Yeuru terbeliak. Dia tidak menyangka benda ini dan memandang Shi Feng, memikirkan dia ini gila.

Selepas semua orang mendengar Shi Feng, mereka semua berfikir Shi Feng mempunyai terlalu banyak wang untuk dibazirkan. Dia sebenarnya cuba untuk mewujudkan organisasi sebegitu.

Pelan Shi Feng sangat keterlaluan. Ia adalah sangat mustahil untuk menyatukan semua pemain-pemain Gaya Hidup Bebas. Sumber kewangan, sumber fizikal, dan kekuatan tenaga manusia diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja tersebut sangatlah hebat. Setiap persatuan telah menjaga pemain-pemain Gaya Hidup Bebas mereka sendiri. Lebih-lebih lagi, mereka hanya melatih Elit-elit antara mereka untuk mengelak dari pembaziran sumber. Ini bermakna pemain-pemain yang tinggal hanyalah watak sampingan, dan mereka tidak akan memberikan impak yang besar jika kesemua mereka bersatu bersama. Sumber-sumber yang diperlukan untuk menjaga pemain-pemain Gaya Hidup Bebas juga lebih. Tidak ada satu pun persatuan di luar sana yang sanggup untuk menanggung kos sebanyak tiu.

Sudah pasti, juga berjaya, keuntungannya akan berlipat kali ganda.

Next chapter