webnovel

Penunggang Berhantu

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Baru sahaja Roh-roh Jahat Ganas ingin bergegas ke dalam rumah tersebut...

Shi Feng mengeluarkan satu Bom Pembeku Pertengahan dari dalam begnya, lalu mencampakkannya.

Roh-Roh Jahat Ganas sudah mempunyai serba sedikit pengetahuan mengenai kehebatan kuasa Bom Pembeku dan mereka menampakkan reaksi yang kejam apabila melihat bom itu dikeluarkan oleh Shi Feng. Tanpa reaksi untuk mengelak Bom Pembeku itu, kuku mereka yang hitam legam segera dipanjangkan dan membelah jantung Shi Feng.

Walau bagaimanapun, selepas Bom Pembeku itu meletup, angin sejuk merebak beberapa kali ganda lebih sejuk daripada yang sebelum ini. Pada waktu ini, Roh-Roh Jahat Ganas terus menyedari ada sesuatu yang tidak kena. Raut wajah yang mencurigakan menampakkan sedikit rasa takut. Dalam sekelip mata, angin sejuk meresap ke bentuk Roh-Roh Jahat Ganas, menukarkan mereka menjadi arca ais.

Bom Pembeku Pertengahan merupakan muslihat yang telah disediakan Shi Feng. Setiap satu bom ini berharga 10 Syiling Perak, yang mana menyamai gaji beberapa hari bagi pemain profesional. Bom Pembeku Pertengahan turut mengakibatkan -1,320 kemusnahan kepada setiap Roh-Roh jahat Ganas. Dengan Gelaran Pemburu Iblis yang digunakan Shi Feng, Roh-Roh Jahat Ganas hanya mempunyai HP maksimum sebanyak 4,500 dan serangan ini dengan segera memusnahkan sepertiga daripada HP mereka.

Disebabkan penggunaan Bom Pembeku Pertengahan digunakan untuk kali pertama, ia mencapai kesan yang maksimum. Apabila menggunakannya lagi, Roh-Roh Jahat Ganas ini akan menjana ketahanan terhadap unsur ais, mengurangkan kemusnahan Bom Pembeku Pertengahan yang bakal mereka terima.

"Mati!"

Shi Feng membuka sarung pedangnya, dia mengorak langkah sebelum menggunakan Panahan Kilat. Tiga percikan elektrik berwarna hijau menyelubungi Roh-Roh Jahat Ganas.

Panahan Kilat merupakan kemusnahan jenis kilat; oleh itu, kemusnahannya meningkat sebanyak 50% apabila digunakan terhadap Roh-Roh Jahat Ganas.

Lagipun, Shi Feng telah mencapai Tahap 9, manakala Bilah Neraka boleh mengurangkan tahap raksasa tersebut sebanyak 5 Tahap. Sebetulnya, Roh-Roh Jahat Ganas hanya satu tahap lebih tinggi daripada Shi Feng membuatkan kekangan tahap yang Shi Feng hadapi hampir tidak wujud.

Panahan Kilat Tahap 5 memberikan kemusnahan -176, -230 dan -297 kepada raksasa yang sedang beku itu. Kemahiran itu turut mengakibatkan kesan gandaan tambahan pada raksasa, meningkatkan kemusnahan yang mereka terima sebanyak 30% untuk 20 saat kemudian.

Dalam keadaan Roh-Roh Jahat Ganas tidak dapat bergerak selama 5 saat sepenuhnya, Shi Feng boleh melancarkan serangan sesuka hati kepada mereka.

Tetakan!

Tetakan Berganda!

Pemisah Bumi!

Kemusnahan jenis fizikal seolah hanya mencalarkan Roh-Roh Jahat Ganas dan kekuatan Pemisah Bumi yang maksimum hanya mampu mengakibatkan kemusnahan tidak melebihi 100 mata.

Masa berlalu pergi, ais yang meliputi keseluruhan badan Roh-Roh Jahat Ganas mula menunjukkan kesan retakan. Beberapa saat sahaja lagi sebelum mereka berjaya melepaskan diri mereka daripada pembekuan tersebut.

Shi Feng melompat sedikit, Bilah Neraka dinaikkan tinggi sambil bilah itu diselaputi dengan kuasa kilat dan api di sekelilingnya. Sewaktu Shi Feng mendarat di tengah-tengah kumpulan Roh-Roh Jahat Ganas, satu letupan yang kuat berlaku. Kilat dan api terus menelan raksasa yang berada di sekelilingnya, meliputi semua Roh-Roh Jahat Ganas dan memberikan kemusnahan lebih -500 mata. Dalam masa yang singkat, Roh-Roh Jahat Ganas itu kehilangan dua perlima daripada HP mereka dan memaksa mereka masuk ke dalam keadaan Pengsan.

Disebabkan mereka Elit bertahap tinggi, keadaan Pengsan tidak memberikan kesan yang mendalam kepada mereka, hanya berkekalan, paling lama, 3 saat.

Sementara itu, selepas Atribut Shi Feng dinaikkan dengan mendadak, dia membuat dua belas imej pedang. Seperti ribut yang kencang, Shi Feng menyambar Roh-Roh Jahat Ganas tersebut. Kemusnahan berganda kira-kira -30 mata muncul atas kepala Roh-Roh Jahat Ganas, dengan kadang kalanya muncul kemusnahan -60. Dengan segera, HP Roh-Roh Jahat Ganas berkurangan sekali lagi.

Sewaktu 3 saat sudah berlalu, Shi Feng sekali lagi melemparkan Bom Pembeku Pertengahan, menukarkan Roh-Roh Jahat Ganas itu tadi menjadi arca ais semula.

Kali ini, Bom Pembeku Pertengahan hanya mampu memberikan kemusnahan sebanyak -860 kepada raksasa-raksasa tersebut. namun, kemusnahan itu sudah cukup untuk mengurangkan HP Roh-Roh Jahat Ganas ini ke tahap kritikal.

Roh-Roh Jahat Ganas tidak menyangka pemain yang kelihatan lemah seperti Shi Feng rupa-rupanya sangat kuat. Dalam masa kurang daripada sepuluh saat, dia berjaya membuatkan mereka semua hampir mati. Setiap seekor daripada Roh-Roh Jahat Ganas itu mula menunjukkan reaksi takut. Mereka mula bergelut untuk membebaskan diri mereka daripada ais tersebut sekuat hati mereka.

Malang sekali, usaha mereka hanya sia-sia. Selepas satu saat berlalu, Shi Feng melemparkan lagi satu Bom Pembeku Pertengahan, meragut nyawa lebih sedozen Roh-Roh Jahat Ganas. Selepas kematian mereka, Roh-Roh Jahat Ganas menjatuhkan longgokan harta rampasan.

Sistem: Roh-Roh Jahat Ganas Tahap 15 dibunuh. Perbezaan tahap sebanyak 6. EXP yang diterima bertambah sebanyak 600%. Mendapat 12, 000 EXP.

Sistem: Roh-Roh Jahat Ganas Tahap 15 dibunuh. Perbezaan tahap sebanyak 6. EXP yang diterima bertambah sebanyak 600%. Mendapat 12, 000 EXP.

Sistem: Roh-Roh Jahat Ganas Tahap 15 dibunuh. Perbezaan tahap sebanyak 6. EXP yang diterima bertambah sebanyak 600%. Mendapat 12, 000 EXP.

.....

Satu siri pemberitahuan muncul di hadapan Shi Feng. dengan cepat, garisan pengalaman Shi Feng naik ke peratusan 54% Tahap 9, membuatkannya semakin hampir dengan sempadan Tahap 10.

Tanpa pimpinan daripada Roh-Roh Jahat Ganas, keinginan Roh-Roh Jahat Tersumpah terhadap darah daging dengan segera hilang, mereka semua terus menyerbu untuk masuk ke dalam rumah . Walau bagaimanapun, Shi Feng segera menguruskan mereka dengan menggunakan Bom Pembeku Pertengahan dan kematian Roh-Roh Jahat Tersumpah menambahkan lagi pengalamannya ke 67% Tahap 9.

Dalam masa kurang daripada dua jam, Shi Feng telah naik sebanyak lebih dua tahap. Walaupun kelajuan menaikkan tahapnya sangat laju, duit yang dihabiskannya turut sama banyak. Cara menaikkan tahap seperti itu hanya boleh dilakukan oleh hartawan seperti Shi Feng. Lagipun, setiap Bom Pembeku Asas bernilai 1 Perak, 50 Tembaga. Bukan sahaja Shi Feng telah menggunakan 400 Bom Pembeku Asas, dia turut menggunakan tiga Bom Pembeku Pertengahan, yang mana bernilai 10 Perak sebuah. Keseluruhannya, Shi Feng telah membelanjakan lebih 6 Syiling Emas untuk mencapai kelajuan menaikkan tahap seperti itu. Jika ditukarkan kepada nilai Kredit, semua itu akan bernilai lebih 60,000 Kredit.

Dalam erti kata lain, setiap tahap mengenakan Shi Feng sebanyak 30,000 Kredit. Walau ahli-ahli elit dalam masyarakat sekalipun tidak mampu berbelanja sebanyak itu.

Berikutan itu, Shi Feng mengutip semua jatuhan daripada raksasa-raksasa yang mati tadi.

Dengan seluruh hantu-hantu jalanan dibunuh oleh Shi Feng, dia mengambil masa selama lebih setengah jam untuk mengutip semua barang jatuh.

Membuat anggaran kasar, Shi Feng mendapat tahu yang dia mungkin tidak mengalami sebarang kerugian. Sebaliknya, dia mendapat keuntungan yang banyak dalam pengembaraannya kali ini.

Shi Feng mengumpulkan sejumlah 1 Emas, 32 Perak. Antara harta rampasan tersebut, terdapat lebih 3,000 Pati Roh Kecil, lebih sepuluh buku kemahiran untuk pelbagai kelas, sepuluh keping Tahap 12 dan Tahap 13 Peralatan Biasa, lebih dua puluh keping Tahap 10 Peralatan Gangsa dan dua keping Peralatan Besi-Misteri Tahap 15.

Untuk dua keping Peralatan Besi-Misteri, satu daripadanya merupakan baju kain Tahap 15 untuk ahli sihir dan satu lagi kapak agung dwi-tangan Tahap 15. Antara kedua-dua barang ini, senjata itu yang paling bernilai.

Baju untuk ahli sihir boleh dijual dengan harga lebih 1 Syiling Emas, manakala kapak agung boleh dijual sekurang-kurangnya 2 Syiling Emas. Bagi peralatan Gangsa pula, setiap satu daripadanya boleh dijual sekurang-kurangnya 20 Syiling Perak. Shi Feng telah mendapat keuntungan yang banyak.

Tempat ini sangat menguntungkan. Aku akan bawa Si Hitam dan yang lain menaikkan tahap di sini nanti. Shi Feng merasakan tempat ini sangat optimum. Ditambah lagi dengan fakta yang dia dapat banyak keuntungan walaupun dia telah membuang banyak duit, tahapnya juga meningkat dengan kadar yang cepat, seperti kata pepatah sambil menyelam minum air.

Namun, dia masih memerlukan sedikit masa sebelum boleh membuat sebarang keputusan. Ketika ini, dia perlu membiarkan yang lain menyesuaikan diri mereka dengan cara pertempuran dalam Kawasan Tuhan yang baru dinaik taraf ini. Sekiranya mereka bergantung pada Bom Pembeku semata-mata, teknik mereka tidak dapat bertambah baik.

Selepas membersihkan hantu-hantu di seluruh jalanan, Shi Feng dengan mudah tiba di plaza sentral Bandar Ratusan Hantu.

Walaupun tiada lagi hantu yang berkeliaran di jalanan, plaza sentral masih lagi dipenuhi dengan bilangan hantu yang lebih banyak daripada yang sebelum ini.

Sementara itu, di pusat plaza tersebut, satu api berwarna biru cair terbakar dengan terang di atas air pancut, memberikan sinaran biru yang mendalam. Api ini merupakan Api Iblis Ais-Biru dan ia dikawal ketat oleh Roh-Roh Jahat Ganas. Tambahan pula, terdapat seorang sateria, berperisai hitam berkilat, di antara Roh-Roh Jahat Ganas. Sateria itu memegang sebilah pedang agung berwarna perak di belakang badannya dan kedua-dua biji matanya menyalakan kilauan hijau sambil berdiri di sisi. Semua hantu itu berkerumun di keliling sateria ini dengan hormat, menunggu perintah daripadanya.

Sifat sateria ini berbeza dengan hantu-hantu yang lain. Seluruh badannya hanya tulang dan diselaputi oleh api biru muda. Haba yang dikeluarkan oleh api tersebut menyebabkan lantai di sekelilingnya menjadi kering dan merekah.

[Penunggang Berhantu] (Pangkat Penguasa)

Tahap 15

HP 100,000/100,000

Seperti yang dijangka, ia sangat kuat. Tidak hairanlah Cahaya Gemerlapan boleh hilang beberapa ratus pemain elit mereka selepas bertarung dengan Penunggang Berhantu. Dengan melihatnya sahaja, Shi Feng tahu mustahil untuk bersemuka secara terus dengan Penunggang Berhantu.

Tanpa beberapa ratus pemain elit, ia tugas yang mustahil untuk membunuh Penunggang Berhantu. Lagipun, terdapat ribuan Roh-Roh Jahat Tersumpah dan Roh-Roh Jahat Ganas yang bersamanya.

Next chapter