webnovel

Tertinggal dalam Habuk

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Memerhati hantu-hantu meluru ke depan dari pelbagai arah...

Shi Feng terus mengaktifkan Jalan Angin, kepantasannya meningkat dengan mendadak sambil meluru ke arah rumah usang tersebut.

"Aooo!"

Roh-Roh Jahat Ganas Tahap 15 berpangkat Elit mengeluarkan bunyi yang memekakkan telinga. Semakin banyak Roh Jahat yang Disumpah bergegas menghampiri dan mengelilingi rumah peribadi tersebut. Di bawah arahan Roh Jahat Ganas, roh-roh jahat ini menyerbu rumah tersebut dengan cara yang tersusun.

Rumah peribadi tersebut kecil, berselerak dan berhabuk. Pintu utama rumah ini hanya dapat memuatkan dua orang untuk melaluinya pada satu masa.

Saat Roh-Roh Jahat Ganas menghimpit masuk ke dalam pintu tersebut…

Sebiji Bom Pembekuan Asas meletup di dalam rumah tersebut. Udara dingin memasuki dari pintu masuk dan segala yang berada dalam radius 10 ela telah membeku. Dengan serta-merta, lebih lima puluh Roh Jahat yang Disumpah di depan rumah peribadi itu membeku dan kemusnahan sebanyak -440 mata muncul atas setiap satu kepala mereka. HP mereka yang jatuh hingga bawah daripada setengah. Dengan Roh-Roh Jahat yang Disumpah itu di pintu utama membeku, yang lain, walaupun tidak terkesan, dihalang daripada menyerbu rumah tersebut untuk menelan Shi Feng.

Bom Pembekuan mampu menahan Roh-Roh Jahat tersebut selama 5 saat. Shi Feng mengambil peluang ini untuk menggunakan Panahan Kilat. Tiga percikan kilat terus dihalakan ke arah pintu utama. Namun, disebabkan jurang antara tahap mereka terlalu besar, jumlah kemusnahan yang diterima setiap Roh Jahat tidak melebihi -100 mata.

Sistem: Kecekapan Panahan Kilat meningkat sebanyak 3 mata.

Namun, disebabkan Roh-Roh Jahat yang Disumpah ini bertahap tinggi, setiap kali Shi Feng menggunakan suatu kemahiran untuk menyerang mereka, kecekapan kemahiran akan meningkat dengan banyak. Setiap penggunaan akan meningkatkan kecekapan kemahiran tersebut sebanyak 3 mata.

Nampaknya, Shi Feng dapat menggunakan Roh-Roh Jahat untuk memperkukuhkan kemahirannya sementara menunggu masa bertenang Bom Pembekuan untuk tamat.

Pembelah Bumi!

Letupan Api Berkilat!

Kemahiran-kemahiran AOE dikenakan kepada Roh-Roh Jahat tersebut, satu demi satu. Walaupun kemusnahannya tidaklah setinggi mana tetapi kecekapan kemahirannya meningkat dengan banyak.

Setelah menggunakan tiga kemahiran itu, Shi Feng melontar lagi sebutir Bom Pembekuan. Dengan serta-merta, lebih lima puluh Roh Jahat telah mati dan bertukar menjadi sejumlah besar EXP untuk Shi Feng serta mencicirkan sebilangan banyak Syiling Tembaga dan Pati-Pati Roh Kecil.

Apabila gelombang pertama Roh Jahat telah mati, roh-roh jahat yang berada di belakang meluru ke depan.

Shi Feng menunggu sehingga mereka mereka mula menghimpit ke dalam pintu utama sebelum melontar Bom Pembekuan. Lagi sekali, Roh-Roh tersebut berhenti serta-merta. Shi Feng kemudian menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah pulih daripada masa bertenang sebelum menggunakan lagi sebutir Bom Pembekuan untuk membunuh mereka.

Bilangan Roh Jahat yang Disumpah yang tidak terkira mengelilingi Bandar Seratus Hantu. Terdapat juga Roh Jahat Ganas yang memekik berterusan untuk memanggil Roh Jahat yang lain ke mari. Pada masa itu, semua roh-roh menyerbu ke dalam laman rumah peribadi tersebut.

Jikalau tiada pasukan yang terdiri daripada seratus pemain di sini, ia mustahil untuk membunuh kesemua makhluk ini. Namun, Shi Feng hanya duduk di dalam rumah peribadi tersebut, menggunakan Bom Pembekuan untuk membersihkan kesemua makhluk ini dengan perlahan-lahan. Walaupun keberkesanannya jauh lebih lambat apabila dibandingkan dengan sebuah pasukan dengan beratus-ratus pemain, cara ini lebih selamat. Dia juga boleh berlatih untuk kecekapan kemahiran, lantas sambil berenang minum air.

Kematian kumpulan demi kematian roh-roh ini telah meningkatkan pengalaman dan kecekapan kemahiran Shi Feng tanpa henti.

Belum sampai lima minit berlalu, Shi Feng sudah pun mencapai Tahap 8.

Walaupun dia telah membunuh sebilangan yang banyak Roh-Roh Jahat yang Disumpah di Bandar Seratus Hantu, sebilangan ini masih kecil kalau nak dibandingkan dengan populasi seluruh roh-roh jahat ini.

Setelah mencapai Tahap 8, EXP yang diperoleh daripada membunuh Roh-Roh Jahat berkurangan dengan banyak. Namun, kematian setiap Roh Jahat masih memberi Shi Feng 4,200 EXP dan kepantasan menaik tahap masih meningkat dengan mendadak umpama roket. Dengan setiap gelombang makhluk yang dibunuh, garisan pengalamannya terisi dengan banyak. Jika yang lain menyaksikannya, semesti mata akan terbeliak melihat situasi ini.

Mereka hanya mampu meningkatkan garisan pengalaman mereka dengan sedikit setelah bertungkus-lumus selama sejam dua. Akan tetapi, garisan pengalaman Shi Feng meningkat dengan banyak dengan setiap saat yang berlalu.

Apabila Bom Pembekuan tinggal sedikit, bilangan Roh Jahat juga makin sedikit. Situasi ini telah mengundang kemarahan Roh Jahat Ganas lantas menyebabkan mereka lebih bertungkus-lumus memanggil rakan-rakan mereka.

Dua puluh minit kemudian, sinaran emas mengelilingi badan Shi Feng. Dia menaik tahap sekali lagi, mencapai Tahap 9. Sementara itu, Letupan Api Berkilat telah naik ke Tahap 2 dan Pembelah Bumi naik ke Tahap 3.

Jika termasuk bonus tahap kemahiran daripada Bilah Neraka, Letupan Api Berkilat akan menjadi Tahap 4, manakala Pembelah Bumi akan menjadi Tahap 5.

[Letupan Api Berkilat] (Jenis Aksi)

Tahap 4

Memerlukan: Senjata Jarak Dekat

Menyebabkan 300 kemusnahan pusat serta kemusnahan tambahan api dan kilat ke musuh-musuh yang berada dalam radius 5 ela. Musuh-musuh yang terkena akan memasuki keadaan Pengsan selama 4.5 saat.

Masa bertenang: 36 saat

[Pembelah Bumi]

Tahap 5

Memerlukan: Pedang

Menghasilkan kemusnahan pusat 190 berdasarkan tempoh kuasa pengecasan antara 0.2 saat sehingga 3 saat, dengan kemusnahan senjata maksimum 360%. Jarak serangan 10 ela.

Masa bertenang: 40 saat

Masa bertenang kedua-dua kemahiran ini berkurang dengan banyak, manakala kuasanya meningkat. Jika kedua-dua kemahiran digunakan serentak, Makhluk-Makhluk Biasa pada tahap yang sama akan mati serta-merta.

Namun, yang paling menakutkan adalah Shi Feng telah mencapai Tahap 9. Dalam seluruh Bandar Sungai Putih, tiada sesiapa yang boleh menemui seorang pemain Tahap 9. Jika hendak mengukur tahap, Shi Feng sudah pasti terletak pada tempat pertama, manakala pemain di tempat kedua masih jauh daripada Tahap 8. Boleh dikatakan Shi Feng telah meninggalkan mereka yang lain jauh di belakang dan tidak dapat dikejar walaupun mereka cuba.

Setelah mencapai Tahap 9, Shi Feng meletakkan kesemua Mata Atributnya ke dalam Ketangkasan. Dengan ini, Ketangkasan Shi Feng mendadak sekali lagi, terus menaik ke 80 mata. Apabila ia mencapai 100 mata, Shi Feng akan dapat membuka kunci kepada Kemahiran Tersembunyi Istimewa Ketangkasan, lantas meningkatkan kecekapan pertempurannya.

Selain itu, HP Shi Feng juga telah meningkat ke 1,200 mata, Kepantasan Pergerakan ke 24 mata dan Kepantasan Serangan ke 30 mata, membenarkannya mempelajari kemahiran Langkah-Langkah Senyap. Lain kali dia berjumpa dengan Syurga Mutlak, dia tidak akan membenarkannya melarikan diri dengan begitu mudah.

Kini memandangkan Shi Feng sudah mencapai Tahap 9, penyekatan tahap daripada Roh-Roh Jahat tidak seperti yang sebelumnya. Lagipun, Panahan Kilat, Pembelah Bumi dan Letupan Api Berkilat semuanya telah menaik tahap juga, lantas meningkatkan kekuatan kemahiran masing-masing.

Sekarang, Shi Feng hanya perlu menggabungkan sebutir Bom Pembekuan dengan tiga kemahirannya untuk menamatkan Roh-Roh Jahat yang Disumpah tersebut, lantas menjimatkan banyak Bom Pembekuan.

Setelah itu, Shi Feng terus membunuh Roh-Roh Jahat ini selama lebih sedozen minit, garisan pengalamannya menaik ke 36% daripada Tahap 9. Selagi dia berlatih seperti ini secara berterusan selama lebih sejam, dia pasti boleh mencapai Tahap 10. Malangnya, Shi Feng telah membersihkan kesemua Roh Jahat yang Disumpah. Akhirnya, Roh-Roh Jahat Ganas tersebut tidak hanya duduk diam dan melihat sahaja. Mereka mengaum dan berniat untuk mengoyakkan badan Shi Feng dengan menggunakan tangan mereka sendiri.

Keadaan tersebut menakutkan Roh Jahat yang Disumpah yang lain. Mereka berpisah dengan kelam-kabut supaya dapat memberi laluan kepada Roh-Roh Jahat Ganas tersebut.

Tiba-tiba, lebih sedozen makhluk yang kelihatan kejam tidak terhingga menyerbu rumah peribadi tersebut, setiap satu daripada Roh Jahat Ganas tersebut berniat untuk mengoyakkan Shi Feng menjadi cebisan.

[Roh Jahat Ganas] (Pangkat Elit)

Tahap 15

HP 5,000/5,000

Berbanding Roh-Roh Jahat yang Disumpah, bukan sahaja Roh-Roh Jahat Ganas mempunyai badan yang lebih besar, Kekuatan Serangan dan Kepantasan Pergerakan mereka juga lebih mengatasi Roh-Roh Jahat yang Disumpah. Mereka mempunyai banyak kemahiran jarak dekat, tambahan dengan 5,000 HP, ketahanan 70% serta pengelakan 30% daripada serangan fizikal. Lebih-lebih lagi, kemusnahan serangan ajaib ke atas makhluk-makhluk ini hanya meningkat sebanyak 50%, manakala kemusnahan ajaib atribut yang sama akan berkurang sebanyak 50%. Hasilnya, kelas ahli sihir pun tidak berdaya berdepan dengan mereka.

Namun, itu belum lagi merupakan aspek yang paling menakutkan pada makhluk ini.

Setelah Kawasan Tuhan menjalani Evolusi pertamanya, Makhluk-Makhluk Biasa atas Tahap 10 semuanya memiliki kebjiaksanaan yang agak tinggi. Sementara itu, Elit-Elit Tahap 15 tersebut memiliki kebijaksanan yang lebih tinggi, lantas meningkatkan kecekapan pertempuran mereka berlipat kali ganda.

Dalam hayat lampau Shi Feng, Roh-Roh Jahat Ganas tersebut telah membunuh ramai pemain daripada Cahaya Gemilang. Cahaya Gemilang telah mengorbankan beratus-ratus nyawa pemain untuk mengalahkan Roh-Roh Jahat Ganas tersebut.

"Akhirnya sampai, eh?"

Shi Feng kekal bertenang sambil memerhatikan Roh-Roh Jahat Ganas di hadapannya sedang meluru ke arahnya.

Hakikatnya, terdapat sesuatu perkara yang Shi Feng ingin tahu sejak dari dulu. Di Kawasan Tuhan, jika makhluk-makhluk yang memiliki kebijaksanaan tinggi bertembung dengan pemain yang jauh mengatasi makhluk-makhluk ini, apakah yang akan berlaku?

Next chapter