webnovel

Langit masih gelap di kala bulan terlindung di balik awan, tinggi di udara.

Di dalam Perpustakaan yang berada di Kawasan Kotor Bandar Daun Merah...

"Pengembara, jika kamu tidak punya sebarang masalah, berjalanlah ke tengah-tengah bulatan magis. Kamu akan merasa sedikit pedih selepas upacara dimulakan, jadi bertahanlah, dan ia akan habis," Sharlyn menuding ke arah kawasan tengah upacara yang diperbuat daripada batu hitam. Matanya terlihat sedikit teruja kerana akhirnya dia dapat menjalankan eksperimen ini.

Shi Feng langsung tidak syak perkara yang sedang bermain di minda Sharlyn. Dia menganggukkan kepalanya sewaktu berjalan masuk ke dalam bulatan magis.

Tidak kira bagaimana dia meletakkannya, Sharlyn merupakan karakter besar yang memperoleh kerjaya Peringkat 3, oleh itu tidak akan ada masalah langsung. Berkenaan kesakitan yang dia bakal rasai sebentar lagi, dia langsung tidak menghiraukannya.

Semasa pertempuran di dalam Kawasan Tuhan, pemain dapat merasai kesakitan sebenar ketika diserang raksasa. Namun, kebanyakan pemain masih tetap untuk menerima penetapan seperti ini. Matlamat mereka ialah meningkatkan perasaan realistik sewaktu bermain, oleh itu mereka tidak menyelaraskan kadar kesakitan kepada 0%. Perkara yang lebih penting, mereka mahu menajamkan kemahiran mereka sewaktu pertarungan.

Terdapat pepatah orang dulu-dulu berbunyi 'sayangkan anak tangan-tangankan'. Dengan kesakitan sahaja, baru seseorang itu mampu belajar, dan dengan pelajaran yang diterima, barulah seseorang itu mampu memperbaiki diri sendiri. Oleh itu, jika seseorang mahu menjadi kuat di Kawasan Tuhan, belajar menghadapi kesakitan itu merupakan kepastian.

Namun, mempertimbangkan toleransi setiap pemain, Kawasan Tuhan telah menetapkan penghantaran kesakitan kepada 20%. Akan tetapi, sesetengah pakar akan melaraskan penghantaran kepada 60%, membenarkan mereka untuk lebih peka. Sementara itu, Shi Feng sendiri telah melaraskan kepada 50%. Ini merupakan kadar kesakitan yang dia telah lali, dan jumlah ini yang terbaik untuk meningkatkan kekuatannya.

Selepas berdiri dalam posisi, Shi Feng mengangguk kepada Sharlyn, memberi isyarat yang dia boleh memulakan upacara.

Kemunculan Dewi Bulan!

Sharlyn memulakan jampinya; mantera ketuhanan diucapnya sambil jari jemarinya menulis ucapan ketuhanan. Sebaris demi sebaris ucapan ketuhanan terapung-apung di udara dan menerusi kaki langit. Dibandingkan dengan magis Tingkat 3 yang sebelumnya, ucapan ketuhanan yang ditulis pada upacara ini sangat panjang berjela.

Walaupun selepas menulis ratusan baris, Sharlyn tidak kelihatan untuk berhenti menulis. Peluh telah menitik jatuh dari muka Sharlyn, dengan jelas menunjukkan yang dia sedikit kepenatan. Sementara itu, bulatan magis pada tanah mula untuk memancarkan pancaran berwarna perak berkilauan, bulatan magis itu sendiri mula naik ke udara.

Selepas lebih sepuluh minit berlalu, satu pancaran cahaya bulan ditembak ke arah badan Shi Feng.

Tiba-tiba, satu asap hitam muncul dari dalam badan Shi Feng. Asap itu sangat susah untuk dipisahkan daripada badan Shi Feng sewaktu ia diapungkan ke udara. Sementara itu, peluh mula kelihatan di dahi Shi Feng. mukanya bertukar pucat sewaktu dia menanggung kesakitan yang amat sangat.

Shi Feng hampir mencarut pada Sharlyn. Ini bukanlah tahap 'kesakitan yang sedikit', tetapi ia teramat pedih. Dia merasakan seperti anggota badannya dirobek.

Jika dia tidak bermain Kawasan Tuhan selama sepuluh tahun, dia pernah mengalami kesakitan seperti ini, dia mungkin akan meraung macam hantu dan melolong macam serigala ketika ini.

Selepas berterusan dipancarkan cahaya bulan selama beberapa minit, asap hitam itu akhirnya terpisah dari badan Shi Feng. Namun, asap itu tidak hilang begitu sahaja. Sebaliknya, ia membentuk bayang-bayang hitam yang sebiji menyerupai Shi Feng.

"Pengembara, kamu perlu membunuh pendua Iblis ini untuk menghapuskan sumpahan. Saya perlu menjalankan upacara, jadi saya tidak dapat membantu kamu. Semuanya bergantung kepada diri kamu sekarang," Sharlyn mengingatkan.

Dalam kepenatan, Shi Feng menggunakan Mata Pemerhati kepada bayang-bayang gelap itu.

[Ye Feng (Pendua Iblis)] (Pangkat Elit)

Tahap 4

HP 2,000/2,000

"Elit?" wajah Shi Feng berubah menjadi serius.

Pendua Iblis itu tidak mempunyai banyak HP, dan Tahapnya hampir sama dengan dirinya. Jika pendua ini tidak memiliki sebarang kemahiran yang berkuasa, berhadapan dengannya tidak menjadi masalah yang besar. Namun, kebarangkalian itu sangat rendah.

"Bedebah Titisan Bulan! Manusia keji! Kau ingat dengan menggunakan Titisan Bulan untuk melemahkan aku, kau dapat mengalahkan aku? Aku akan beritahu sebab mengapa manusia lemah seperti kau tidak akan menang jika berlawan dengan kami golongan Iblis yang kuat!" Pendua Iblis itu mempunyai ekspresi yang marah lalu dia menghunus keluar sebilah pedang panjang dan membelah Shi Feng.

Dalam sekelip mata, pendua itu sudah tiba di hadapan Shi Feng. Satu sinaran hitam terhasil semasa dia menghayunkan pedang panjangnya. Dalam masa yang singkat, sinaran hitam itu berpecah kepada empat jalur, keempat-empat jalur itu ditujukan untuk mencincang Shi Feng menjadi daging cincang.

Keadaan yang luar biasa!

Shi Feng sangat terperanjat melihat tindakan itu. Kelajuan seperti itu telah melangkaui Elit biasa. Dengan segera, Shi Feng menggunakan Tangkis.

Dang, Dang, Dang.....

Shi Feng melangkah beberapa langkah ke belakang untuk mengimbangkan dirinya.

Jika bukan kerana Titisan Bulan, pendua Iblis ini pasti tidak akan memberikan Shi Feng peluang. Ia menggunakan Belahan Shi Feng; pedangnya menembusi jantung Shi Feng.

Shi Feng dengan segera menggunakan Langkah Angin, badannya terus mengelak ke sisi sambil menjarakkan dirinya daripada pendua Iblis itu.

Selepas serangannya tidak mengenai, pendua itu berpaling , lalu menggunakan Langkah Angin yang sama seperti kemahiran Shi Feng tadi untuk mengejarnya.

Soal kekuatan, kelajuan dan HP, pendua Iblis itu mempunyai kelebihan yang lebih tinggi. Tambahan pula, pendua itu turut memiliki kemahiran yang sama seperti Shi Feng. Situasi ini telah menjadi buruk buat Shi Feng.

Melihat pendua itu yang sedikit sahaja lagi untuk menangkap Shi Feng, pendua Iblis itu memperlihatkan satu senyuman yang kejam, berkata, "Aku tahu segala apa yang kau ketahui. Lebih-lebih lagi, kekuatan aku jauh lebih hebat berbanding kekuatan kau. Kau tiada peluang untuk mengalahkan aku, jadi duduk diam-diam sementara menunggu maut. Inilah takdir kau."

"Jadi, kamu tahu gerakan ini?" Shi Feng tersenyum. Sembilan bayangan pedang muncul di hadapannya, dan dengan satu bunyi hentakan, kesemua sembilan bayangan pedang itu ditembak ke arah pendua Iblis tersebut.

Walaupun pendua itu dapat menahan majoriti serangan, beberapa bayangan daripada Bilah Neraka masih dapat menembusi badannya. Setiap serangan daripada bayangan itu memberi kemusnahan sebanyak -30.

"Manusia jahanam, kau hanya bergantung kepada kekuatan senjata kau. Aku akan membuatkan semua usaha kau menjadi sia-sia," selepas berkata seperti itu, pendua itu meluru ke arah Shi Feng lalu menggunakan Panahan Kilat.

Pada saat cahaya pedang itu datang menghampiri, Shi Feng dengan tenang tersenyum sambil mengeluarkan dua buah skrol dari dalam begnya; satu daripadanya ialah Skrol Kelajuan, manakala lagi satu merupakan Skrol Ubah Bentuk. Dengan sekelip mata, kelajuan Shi Feng meningkat, lalu mengelak ke sisi untuk melarikan diri daripada Panahan Kilat. Pada masa yang sama, dia menukarkan pendua Iblis itu menjadi kambing.

Selepas bertukar menjadi kambing, Shi Feng dengan pantas menetaknya menggunakan pedang.

Panahan Kilat!

Tidak dapat mengelak, pendua Iblis itu menerima tiga panahan cahaya pedang. Akibatnya, Panahan Kilat Shi Feng yang Bertahap 5 itu memberikan tiga kemusnahan yang besar, -112, -135 dan -163.

Pendua Iblis itu menjadi sangat berang lalu mengaktifkan Bilah Pertahanan. Apabila jarak serangannya bertambah, ia dengan segera menetak Shi Feng. manusia ini terlalu keji. Dia menggunakan muslihat yang licik seperti menukarkanny menjadi seekor kambing.

"Hihi, dan aku sedang tertanya-tanya betapa kuat seekor Iblis. Kau mempunyai badan yang jauh lebih kuat berbanding aku, namun, kau tetap menggunakan kemahiran yang sama seperti aku. Aku rasa kekuatan sebenar kau cuma berada di tahap ini," Shi Feng mula mengejeknya sambil mengelak serangan yang mendatang.

"Kau sememangnya menempah maut!" Satu perkataan daripada Shi Feng hampir sahaja menyebabkan pendua Iblis itu meletup kerana sangat marah. Ia menggunakan Tetakan Berganda ke arah leher Shi Feng.

Shi Feng menyasarkan Bilah Neraka kepada pendua Iblis itu, dan dalam sekelip mata, sembilan rantai hitam pekat muncul dan melilitnya, membuatkan ia tidak mampu bergerak selama tiga saat.

Serangan Bayangan!

Dengan serentak, kedua-dua Shi Feng yang betul dan penduanya menggunakan Bilah Pertahanan, dan mereka berdua membuat satu serangan yang hebat kepada pendua Iblis itu.

Panahan Kilat, Tetakan, Pemisah Bumi, Tetakan Berganda dan banyak lagi kemahiran yang digunakan untuk membelasah pendua Iblis itu. Dengan tambahan serangan bertubi-tubi daripada Belahan Sembilan Naga, HP pendua Iblis itu berkurang dengan banyak sekali, jatuh sehingga ke 10% dalam sekelip mata.

"Siapa kisah kau mempunyai fizikal yang kuat? Siapa kisah kalau kau mempunyai semua kemahiran aku? Siapa kisah kalau kau seekor Iblis?!" Shi Feng berhujah sambil menusuk dada pendua Iblis itu. Sementara itu, pendua Iblis itu hanya mampu mengetapkan giginya, merasai kesakitan; amarahnya membakar dari dalam.

Pada saat kekangan itu terlerai, ia mampu berhadapan dengan Shi Feng. Namun, baru sahaja ia mahu menggunakan kebolehan istimewanya, pendua Iblis itu ternampak satu skrol di tangan Shi Feng. Tiba-tiba, pendua Iblis itu terus berputus asa.

"Selamat tinggal!" Shi Feng melambai-lambai ke arah pendua Iblis itu. Dia tahu pendua Iblis baru sahaja ingin menunjukkan kemahirannya, jadi dia telah mengaktifkan Skrol Magis Peringkat 1 dalam genggamannya itu.

Bedilan Kilat!

Skrol Magis Peringkat 1 ini mampu memberikan kemusnahan sebanyak -500 kepada satu musuh yang berada di bawah Tahap 20. Sudah memadai untuk mengerjakan pendua Iblis ini yang sedang mempunyai 200 HP sahaja lagi.

Tiba-tiba satu panahan kilat berwarna hijau terpancar dari langit. Menyebabkan -500 kemusnahan kepada pendua Iblis, dengan segera menukarkannya kembali kepada asap hitam lalu menghilang dari pandangan. Ia turut menjatuhkan sekeping peralatan berwarna kelabu tua.

Sistem: Misi "Titisan Bulan" telah selesai. Menerima ganjaran sebanyak 10,000 EXP, dan gelaran "Pemburu Iblis" diberikan. Reputasi dalam Kerajaan Bintang-Bulan +5, Reputasi dalam Bandaraya Sungai Putih +20, Reputasi dalam Bandar Daun Merah +100.

Sistem: Reputasi dalam Bandar Daun Merah telah mencecah 50 mata. Menaik taraf kepada Rakyat Kelas-Pertama Bandar Daun Merah.

Sistem: Reputasi dalam Bandar Daun Merah telah mencecah 100 mata. Menaik taraf kepada Golongan Bangsawan Bandar Daun Merah.

Next chapter