webnovel

Perhatian di Rumah Lelong

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Memandangkan semua orang telah pun beredar, Perdagangan Tukul duduk di kerusinya, kaku. Kedua-dua matanya nampak tidak bernyawa.

Benar-benar ada seseorang yang menjual Reka Bentuk Menempa untuk Peralatan Gangsa di Rumah Lelong? Mana mungkin?

Perdagangan Tukul tidak memahami perangai sebegitu. Tindakan sebegitu sebodoh memberi kunci bilik kebal yang diisi emas kepada orang lain.

Hanya orang yang tiada otak akan membuat sesuatu begini.

"Tidak, mereka mesti nak tipu aku." Perniagaan Tukul berdiri dengan tiba-tiba, dan menaikkan forum rasmi. Dia ingin membuat mereka ini menyesal. Dia mahu menganiaya mereka kerana berani memandang rendah padanya.

Namun, apabila Perniagaan Tukul melihat beberapa thread perbincangan, dia terus menjadi hairan. Betul-betul ada si dungu yang menjual Reka Bentuk Menempa!

Reka Bentuk Menempa Peralatan Gangsa muncul di Rumah Lelong! Gambar bukti pun ada!

Mengeklik pada thread tersebut untuk menelitinya, minda Perdagangan Tukul menjadi buntu.

Reka Bentuk Menempa tersebut sebenarnya untuk Plat Dada Berkerdip. Ia merupakan peralatan yang sebelum ini dijual oleh Penempa Api Hitam. Semua orang sangat menyedari betapa bagusnya Atribut-Atribut pada peralatan ini. Ia betul-betul peralatan tingkat teratas.

Jika sesebuah Kesatuan kelas pertama dapat memperoleh Reka Bentuk Menempa ini, mereka pasti tidak memerlukan Perdagangan Tukul.

Hal ini kerana kemasyhuran kurang bermakna bagi sesebuah Kesatuan kelas pertama. Sebelum ini, dia berani bertindak terlebih dahulu kerana dia telah mempelajari Reka Bentuk Menempa untuk Plat Dada Gasar. Kini memandangkan orang lain mempunyai Reka Bentuk Menempa yang lebih hebat, siapa yang akan memandangnya?

Dalam perbincangan itu, ramai Kesatuan kelas pertama mengisytiharkan Reka Bentuk Menempa sebagai hak milik mereka, dan mereka akan melawan sesiapa yang berani bersaing dengan mereka.

Justeru, semua orang telah mula memberi perhatian kepada isu pemilikan Reka Bentuk Menempa ini. Tiada lagi sesiapa yang mempedulikan Perdagangan Tukul. Malah, setiap seorang daripada mereka bergembira atas nasib malangnya, dan mengejek pihaknya.

Peristiwa ini mendorong semua orang untuk mengagumi pemain misteri yang menjual Reka Bentuk Menempa tersebut. Cara-cara pemain misteri ini sangat hebat, dan orang ramai terpaksa memujinya. Memang tiada setitik darah pun yang dapat dilihat apabila dia membunuh. Dia hanya menggunakan sehelai kertas untuk menyebabkan Perdagangan Tukul, bintang menaik yang menerima iri hati dan pengaguman berpuluh ribu orang, untuk jatuh dari status tingginya, terjerumus ke dalam jurang yang tiada penghujung dan tidak ada lagi yang mampu bangkit semula.

Perdagangan Tukul sudah pun membenci pemain yang menjual Reka Bentuk Menempa tersebut. Baru sahaja kehidupan yang penuh kekayaan berada dalam genggamannya, semuanya dihancurkan. Lebih-lebih lagi dihancurkan oleh seseorang yang tiada otak.

Jangan takut kepada seorang musuh yang umpama dewa, takutlah kepada seorang kawan yang seumpama khinzir. Kini, peribahasa tersebut memerlukan ayat tambahan: dan lebih takutkan kepada seorang bodoh yang lalu-lalang.

Mata Perdagangan Tukul menjadi merah, mukanya pucat lesi. Air mukanya sahaja sudah cukup untuk menelan seseorang.

"Teruk. Aku memang kena beli tak kira harga. Janji aku beli, aku boleh dapatkan semua kelebihannya. Ketika itu, bukan sahaja aku akan memiliki Plat Dada Gasar, aku juga akan memiliki Plat Dada Berkerdip. Sampai masanya, Kesatuan-Kesatuan kelas pertama itu harus bersujud dan merayu kepadaku." Air muka Perdagangan Tukul seperti seorang penjudi yang telah kalah teruk. Dia menaruh segala harapannya untuk membeli Reka Bentuk Menempa Plat Dada Berkerdip.

Berfikir sehingga kini, Perdagangan Tukul tidak lagi mampu menahan diri daripada bergegas ke Rumah Lelong.

Namun, bukan Perdagangan Tukul sahaja yang bergegas ke sana. Terdapat juga golongan atasan pelbagai Kesatuan dari pelbagai Bandar bawah naungan Bandar Sungai Putih. Kesemua mereka ingin membeli Reka Bentuk Menempa itu. Manakan tidak, semua orang mengetahui betapa berkuasanya Plat Dada Berkerdip. Memiliki Reka Bentuk Menempanya bersamaan memiliki segunung emas.

Peristiwa ini menyebabkan kekecohan di Rumah-Rumah Lelong pelbagai Bandar di Bandar Sungai Putih. Rumah-Rumah Lelong menjadi riuh-rendah sementara para pemain menolak antara satu sama lain di dalam bangunan tersebut. Rumah-Rumah Lelong diisi penuh sehingga pintu depan, menyukarkan para pemain untuk masuk.

Sementara itu persaingan untuk Plat Dada Berkerdip semakin merancak. Setiap satu Kesatuan tersebut telah membida harga yang tinggi. Dalam masa sepuluh minit yang singkat, harga peralatan tersebut telah mencapai 1 Syiling Emas.

Benar; 1 Syiling Emas. Harga tersebut boleh dikatakan seluruh dana sebuah Kesatuan besar.

Dengan cara sebegini, harga Reka Bentuk Menempa terus naik mendadak tanpa menunjukkan tanda-tanda berhenti.

"Ketua Kesatuan, saya dah tak cukup duit. Sekarang nak buat apa?"

"Sial, mana mungkin? Aku bagi kau 1 Emas dan 20 Perak; mana boleh tak cukup?"

"Tapi… harga sekarang 1 Emas 56 Perak…"

"Sial, mereka ni gila. Reka Bentuk Menempa sahaja pun. Tunggu sekejap, saya akan segera minta wang dari pasukan pengumpulan wang. Saya tak percaya kita tak mampu mendapatkannya."

Sambil harga Reka Bentuk Menempa Plat Dada Berkerdip terus naik, sedikit demi sedikit, setiap satu Kesatuan terus mengumpul dana. Sampaikan mereka menghubungi pasukan-pasukan pengumpulan dana, ahli-ahli Kesatuan mereka, dan akhirnya, membeli daripada Pusat Perdagangan Maya.

Sementara itu, Shi Feng, pencetus segala kegilaan di Bandar Sungai Putih, baru sahaja sampai di Perpustakaan.

"Yang Berhormat Cik Sharlyn, saya telah membawa alat-alat yang awak minta. Bolehkah awak membuang sumpahan saya sekarang?" Shi Feng menghulurkan dengan ikhlas 2 syiling emas, 30 butir Batu Bulan, dan Bebola Teleportasi Ajaib.

Setelah melihat Syiling-Syiling Emas yang bergemerlapan, Sharlyn mengangguk kepuasan. Namun, hampir sama dengan Ibu Suci, Sharlyn menggeleng kepalanya berkata dengan nada yang kasihan, "Perantau, awak telah betul-betul menghairankan saya. Awak berjaya mengumpul segala bahan yang saya perlukan dalam masa yang begitu singkat. Jika saya tahu awal-awal, saya akan memberitahu awak upacara Titisan Bulan mempunyai peringkat-peringkat."

"Peringkat-peringkat?" Shi Feng memandang air muka menyesal Sharlyn, dan dia tidak dapat menahan rasa peliknya terhadap situasi ini. Ia seolah-olah dia seekor tikus yang diperhati seekor kucing.

"Mmhmm." Sharlyn mengeluh, dan berkata, "Titisan Bulan merupakan upacara yang sangat kuno. Sebenarnya, selain mempunyai kesan penghilangan, terdapat juga kesan yang lain. Namun, demi kesenangan, upacara ini hanya digunakan untuk menghilangkan sumpahan setelah diubah dengan kerap, manakala kesan-kesan yang lain juga akan dilemahkan. Jika awak membayar lagi 3 Syiling Emas, saya boleh mengumpul segala bahan yang diperlukan untuk menjalankan upacara Titisan Bulan yang penuh. Selain membantu awak menghilangkan sumpahan itu, awak juga akan mendapat 'durian runtuh' yang tidak dapat dibayangkan. Fikir semula, ya?"

'Durian runtuh,' apabila Sharlyn mengucapkan dua perkataan ini, suaranya berbunyi kuat semacam, seolah-olah 'durian runtuh' ini sesuatu yang menakjubkan.

Akan tetapi, Shi Feng mengetahui si Sharlyn ini mempunyai sejenis kemahiran deria yang tinggi. Jika tidak, bagaimana dia boleh mengetahui akan kewujudan lagi 3 Syiling Emas dalam begnya? Dia telah pun membazir 3 Syiling Emas untuk membuang sumpahan tersebut, dia tidak ingin tertipu.

Seolah-olah telah melihat pemikiran Shi Feng, Sharlyn menambah lagi," Perantau, tahukah kamu tentang lagenda Santo Pedang Pembunuh Iblis, Celius? Lagendanya menceritakan Celius disumpah Raja Besar Iblis, dan diseksa untuk tempoh yang lama. Namun, setelah mengalami kesusahan yang tidak terkata, dia akhirnya menemui cara untuk menghilangkan sumpahan tersebut, iaitu Titisan Bulan. Setelah menjalani upacara Titisan Bulan, dia telah dilahirkan semula. Dia menerima kekuatan yang tidak tertanding daripada upacara tersebut, lantas membolehkannya menewaskan Raja Besar Iblis dan menjadi seorang Santo Pedang yang tersohor pada benua Kawasan Tuhan. Tidakkah 'Santo Pedang' Celius amat hebat?"

Sambil dia berkata-kata, mata Sharlyn yang seperti anak patung kerap menjeling Shi Feng. Dia kerap mengeluarkan keluhan sedih pada setiap ungkapan 'Santo Pedang'.

"..." Shi Feng terdiam seribu bahasa.

Melihat tindakan-tindakan Sharlyn, jelas dia sedang memberitahunya, "Santo Pedang sedang menyeru. Si Pemuda, apa kata awak cuba?"

Shi Feng menjeling muka Sharlyn, muka penuh dengan senyuman, dan hatinya penuh dengan kelemahan. Sharlyn ni betul-betul seorang jurujual yang hebat!

Walaupun Sharlyn memiliki perangai yang liar dan badan yang cantik sehingga mengundang perkara yang tidak elok berlaku, meminta 6 Syiling Emas jelas menunjukkan penipuan! 6 Syiling Emas! Itu bersamaan 36,000 Kredit!

Baiklah. Dia berfikir. Jika dia boleh menjadi seorang Santo Pedang kelak, semuanya akan berbaloi.

Yang baru tak akan tiba jika yang lama tak pergi.

"Yang Berhormat Cik Sharlyn, saya ingin mencuba upacara Titisan Bulan penuh. Bahayakah?" Shi Feng mengorek keluar lagi 3 Syiling Emas dengan berat hati.

Setelah menerima Syiling-Syiling Emas tersebut, Sharlyn senyum sambil berkata, "Awak boleh bersenang hati, Perantau. Walaupun ini kali pertama saya, kemahiran saya sangat bagus. Guru saya pun memuji saya sebagai genius. Mari kita mula serta-merta."

Next chapter