6 Kemahiran Menakjubkan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Sejurus pengiraan detik tamat...

Badan Shi Feng bersandar ke hadapan dengan kakinya dibengkokkan. Seperti seekor harimau bintang, dia meluru pergi meninggalkan garisan mula dengan tenaga yang meletup.

Xiu!

Ketika senapang telah mula berdering dan ditembak ke arah garisan mula, Shi Feng sudah berada tiga ela di hadapan.

Selepas itu, beberapa das tembakan senapang kedengaran; kesemuanya berjumlah sebanyak enam butir peluru menuju ke arah Shi Feng. Beberapa garisan hijau yang menandakan trajektori peluru tersebut bergerak menuju badan Shi Feng.

Sebelum peluru itu kena, Shi Feng mengelak ke kanan menggunakan langkah sisi. Dia bergegas ke hadapan semula selepas mengelak peluru yang kedua.

Kelongsang peluru jatuh ke tanah secara konsisten ketika ketiga-tiga Jembalang membidik dan menembak. Namun, Shi Feng berjaya mengelak peluru itu dengan pantas sebagai seekor harimau bintang, setiap kali. Cara dia pastikan berada di hadapan peluru membuatkan dia seolah-olah mengawal trajektori peluru.

"Tidak mungkin. Dia sudah berada di tandaan-10-ela." Melihat Shi Feng mengambil masa kurang lima saat untuk sampai ke tandaan-10-ela, Paderi lelaki berasa terkejut; hanya separuh masa Stabbing Heart

Menusuk Jantung terkesima di sisi. Dia melihat dengan senyap kemaraan Shi Feng.

Dia pada mulanya memikir Shi Feng sebagai budak baru yang mentah; seorang yang dia tidak kenal dan seorang yang datang ke Perlumbaan Cabaran untuk keseronokan. Namun, kelajuan dan ketepatan yang dipamerkan Shi Feng sama seperti veteran yang sudah banyak bertahun-tahun memasuki Perlumbaan Cabaran. Setiap pergerakan sangat jelas dan cekap, sesuatu yang rookie tidak boleh buat. Malah Menusuk Jantung sendiri, selepas mengharungi cabaran berulang kali, terasa seperti tidak boleh lakukan dengan lebih baik.

Menusuk Jantung punya harga diri sebagai seorang pakar. Dia tidak terfikir Shi Feng lebih kuat berbanding dirinya. Dia menjelaskan, "Dengan kelincahan itu, mungkin rookie ini seorang olahragawan atau seorang yang berlatih dalam seni pertahankan diri. Tetapi, Jembalang akan mengubah corak serangan mereka selepas dia melepasi 15 ela. Selepas itu, corak mereka akan bertukar seperti sarang lebah ."

"Betul. Selepas 15 ela, bilangan peluru yang ditembak menjadi dua belas. Sasaran juga tidak akan fokus kepada satu pemain, sendiri. Sebaliknya, mereka akan meliputi kawasan yang luas. Mengelak ke sisi bukan satu pilihan."

Ahli-ahli Perikatan Penyerang Hendap menyuarakan pendapat mereka. Mereka, juga, telah saksikan kejadian ini, tujuh hingga lapan kali, pada itu.

Menusuk Jantung telah melepasi 15 ela pada cabaran pertamanya. Selepas cabaran, walaupun dia melepasi jarak 20 ela. Kesukaran selepas 15 ela jelas kelihatan.

"Dia telah melepasi 15 ela," ahli Perikatan Penyerang Hendap memuji.

Menusuk Jantung dan yang lain dengan cepat fokuskan pandangan pada Shi Feng, ingin melihat prestasi Shi Feng.

Di atas padang, tiga Jembalang mengamuk semasa Shi Feng menjejakkan kaki pada garisan-15-ela. Mereka tidak lagi membidik senapang lantak dengan jauh tersasar.

Tiba-tiba, pengesan-trajektori peluru Shi Feng mengesan dengan lebih luas. Tinggal hanya tiga peluru untuk terkena pada Shi Fen. Walaubagaimanapun, permainan akan tamat sekiranya satu peluru terkena tanda.

"Akhirnya, memperlihat kelakuan yang memalukan, kan?" Shi Feng menunjukkan senyuman yang kurang baik. Membuka sarung Pedang Pelatih, Shi Feng menggunakannya untuk menyambut peluru itu.

Dalam kehidupan yang lepas, Shi Feng selalu sibuk dengan kerja dan menaikkan tahap sebagai seorang kapten Shadow; dia tiada masa untuk bermain Perlumbaan Cabaran. Walau bagaimanapun, dia telah melihatnya beberapa kali, jadi dia faham dengan jelas Perlumbaan Cabaran ini. Dia tahu Jembalang akan menukar corak serangan selepas garisan-15-ela.

Jarak 15-ela Perlumbaan Cabaran Pasar Hitam merupakan satu bar yang menguji kemahiran operasi pemain. Sesiapa yang melepasinya akan dianggap mempunyai tahap-kemasukan kemahiran operasi. Tetapi, majoriti pemain memerlukan dua atau tiga bulan sebelum capai ke tahap ini; minoriti mengambil masa sebulan. Hanya terdapat beberapa pakar yang mampu melepasi dengan satu percubaan. Menusuk Jantung ialah salah seorangnya.

Tiga peluru hampir mengenai kepala, dada dan lengan Shi Feng, tiga tempat.

"Seperti yang disangka, budak ini tidaklah hebat mana. Peluru itu terlalu banyak dan sebarannya terlalu luas. Dia sudah tidak mampu mengelak. Dia juga meluru ke hadapan seperti orang bodoh." Menusuk Jantung tahu ini tindakan yang bodoh sewaktu melihat Shi Feng bergegas ke arah peluru. Adakah dia fikir cabaran ini akan berterusan sekiranya dia ditembak satu atau dua peluru?

Tepat masa itu, kepala Shi Feng berpusing. Dia menghayunkan Pedang Pelatih, membuat satu coretan cahaya putih.

Peng!

Satu percikan terhasil. Shi Feng menghayunkan Pedang Pelatih tepat pada masanya, memukul peluru yang disasarkan ke dadanya dengan senang.

Ancaman ketiga-tiga peluru itu sudah diselesaikan oleh Shi Feng. Dia telah, sekali lagi, mara ke jarak seksyen yang lain.

Namun, tiga Jembalang itu tidak berhenti menembak. Senapang di tangan mereka bagaikan mesingan, menembak peluru seperti hujan. Dengan sekelip mata, Shi Feng berdepan dengan lima butir peluru lagi. Terdapat juga peluru yang menghalangnya untuk mengelak.

Dang! Dang! Dang!

Shi Feng menggerakkan tubuhnya dengan pantas sambil menghayun pedang untuk menangkis peluru yang sukar dielak itu. Semasa peluru melepasi badannya, telinganya terdengar bunyi desing air yang terbelah.

Selepas tiga saat berlalu dan Shi Feng telah melepasi garisan-20-ela. Tinggal lagi 10 ela daripada garisan penamat.

"Merepek. Bos, siapa budak ini? Dia sememangnya menggunakan pedang untuk menangkis peluru-peluru itu." Paderi lelaki meluaskan mata terkejut. Shi Feng telah memberinya satu kejutan yang tidak dapat dihuraikan.

Walaupun trajektori peluru diberi, menangkis secara tepat hanya mudah disebut berbanding buat. Tindakan itu memerlukan ketepatan yang terlalu tinggi dan kemahiran untuk melakukannya. Tidak lupa juga, peratus untuk kesilapan juga sangat besar.

Menusuk Jantung terkesima. Menangkis peluru dengan senjata bagai berjalan atas benang pada tempat yang tinggi; satu salah langkah boleh menghantar ke dalam neraka. Seperti dia terhibur, Shi Feng menahan peluru yang datang lagi dan lagi. Sepertinya, peluru itu ada nyawanya tersendiri, dengan sengaja mengelak badan Shi Feng semasa mereka terbang melepasinya.

"Bos, Pemain Pedang itu telah berlari melepasi 25 ela. Dia memang akan lepasi garisan penamat pada waktu ini." Jantung Pendeta lelaki itu berkecamuk sewaktu melihat Shi Feng menari ke hadapan, memercik sinaran di hadapan tubuhnya.

"Aku ada mata. Aku tidak perlu kau untuk beritahu aku." Menusuk Jantung berkata dengan penuh jengkel. Dia memerhati dengan dalam tindakan Shi Feng.

Semasa Shi Feng melepasi 25 ela...

"Mati, pencabar." Salah satu Jembalang pada garisan penamat ketawa. Jembalang itu mengeluarkan selaras senapang automatik, menembak hujan peluru kepada Shi Feng.

Tiba-tiba, bilangan peluru bertambah kepada dua puluh empat. Bukan itu sahaja, jarak mereka dengan Shi Feng hanyalah 5 ela. Itu jarak yang mustahil untuk dielak bagi pemain.

"Jahanam! Ini menipu!" Menusuk Jantung menjerit dengan tidak rela.

Pemain lain menjadi sangat gementar ketika melihat situasi itu dan mereka tidak tahan untuk menyumpah kepada Jembalang yang memalukan itu.

Menghadapi hujan peluru itu, muka Shi Feng bertukar pucat. Walaupun dia tahu mengenai perubahan kedua pada garisan-25-ela, namun dia tetap panik berhadapan dengan peluru yang banyak itu.

Shi Feng membengkokkan lututnya, melangkah ke hadapan seperti harimau bintang. Dia menuju ke arah kawasan yang kurang peluru, mengurangkan bahagian tubuh yang terdedah kepada peluru. Berikutan itu, dia menghayun pedangnya dengan gila, serentak membuat empat coretan cahaya putih.

Peng! Peng! Peng! Peng!

Selepas siri percikan, badan Shi Feng melepasi ribut peluru.

Ketika badannya terjatuh pada tanah, tangan yang tidak digunakan menekan ke bawah. Shi Feng terus berdiri dengan semua kekuatan yang ada, meluru ke garisan penamat bagaikan petir.

Jumlah masa yang digunakan: 14 saat. Anggaran rekod masa selama 18 saat untuk Hadiah Tembaga dipecahkan.

"Ng... Aku tidak biasa dengan badan yang lembut dan lemah ini," Shi Feng meratap seketika selepas melepasi garisan penamat. Jika dia melebihi Tahap 100, dengan keadaan badannya, dia mampu membuat empat tebasan pedang berterusan dengan mudah sekali.

"Tuan-tuan dan puan-puan, beri tepukan yang gemuruh! Pemain Pedang ini telah melepasi cabaran!" Pentadbir Jembalang mengumumkan dengan lantang.

Sistem: Pemain merupakan yang pertama lepas untuk Cabaran Tembaga dan pecahkan rekod. Ganjaran pemain sebanyak 1 duit Perak dan Kemahiran Pedang [Panahan Kilat] .

"Tidak mungkin. Dia memberi kemahiran yang sangat-jarang, Panahan Kilat. Ini adalah kemahiran Pemain Pedang Tahap 100 lebih tidak mampu dapat." Shi Feng memikirkan dia sedang berhalusinasi. Walau bagaimanapun, dia terkejut melihat buku kemahiran Panahan Kilat dalam begnya.

[Panahan Kilat] (jenis-aksi)

Keperluan: Pedang

Mengeluarkan tiga cahaya pedang dengan pantas ke 10 – x 2- ela ke hadapan. Setiap serangan akan menghasilkan kemusnahan sebanyak 130% dan memberi efek Pengganda Kemusnahan, menambah kemusnahan serangan berikutnya sebanyak 20% untuk 15 saat.

Cooldown: 30 saat

Tanpa berfikir kali kedua, Shi Feng klik dan belajar kemahiran itu.

Kerja Pemain Pedang yang menjurus kepada memberi kemusnahan pada satu sasaran; tidak banyak kemahiran AOE yang kuat. Panahan Kilat antara salah satu kemahiran AOE yang kuat untuk seorang Pemain Pedang mampu miliki. Kalau dilatih daripada peringkat yang awal, pasti akan memberi jurang yang besar kepada pemain pedang yang lain.

Selepas mempelajari Panahan Kilat, Shi Feng mula merasa dirinya dapat membina seorang Pemain Pedang.

"Kalian teruskan bermain; aku akan pergi dahulu. Jangan lupa 50 Tembaga aku." Shi Feng memandang Menusuk Jantung yang bebal, meninggalkan Pasar Hitam selepas berkata kepada mereka.

Menusuk Jantung menganggukan kepala.

"Bos, dia sudah pergi. Dia ambil ganjaran itu, juga. Perlukah kita kejar dia?" Paderi lelaki bertanya.

Perasaan terkejut Menusuk Jantung mula pudar selepas Shi Feng beredar. Dia merenung kepada Paderi lelaki, dengan marah, "Kau bodoh? Kita bernasib baik kalau sebab mempermainkan seorang Pemain Pedang handalan itu. Menjadi musuh dia? Kau menempah maut ke?"

"Tidak bagus. Aku perlu memberitahu Ketua Persatuan. Nasib baik, aku telah menambah dia sebagai rakan. Nama dia Ye Feng? Aku tidak percaya tidak pernah mendengar nama seorang pakar itu. Mungkinkah dia seorang pakar yang sedang menyamar?" Menusuk Jantung mengakui yang dia tidak melepasi cabaran dengan cara yang begitu. Lebih-lebih lagi serangan terakhir itu selepas garisan-25-ela; yang merupakan satu penipuan. Memang mustahil untuk pemain menangkis atau mengelak. Namun, Shi Feng berjaya melakukannya.

Di tempat berdagang, Shi Feng berjumpa Kevin si Pakar Ramuan. Dia menghabiskan 120 Tembaga membeli 20 [Beri Letupan], dengan cepat menyusut kekayaannya kepada 30 Tembaga.

Walau bagaimanapun, dia tetap membelinya, sehingga tahap kelajuan roket.

Shi Feng mengambil Beri Letupan dan meninggalkan Bandar daun Merah, berlari ke arah barat.

Ketika itu, semua pemain pada Tahap 0, dan semua membunuh raksasa tahap 0 di sekitar Bandar Daun Merah. Terdapat beberapa orang dengan kemahiran yang baik membunuh Tahap 1 Anak Serigala dalam satu kumpulan. Seorang Pahlawan menjadi kebal di hadapan dan seorang pemberi kemusnahan bersama penyembuh di belakang, berlawan bersama dalam kedudukan yang teratur. Walaupun EXP dah dibahagi kepada beberapa orang, kecekapan adalah agak tinggi dan sedikit pesaing.

Walau bagaimanapun, Shi Feng tidak merancang untuk bersaing dengan pemain ini. Melepasi kawasan raksasa Tahap 1, diikuti kawasan raksasa Tahap 3, Shi Feng menuju terus ke arah Hutan Daun Merah, kawasan raksasa Tahap 5. Tiada pemain lain yang berani ke sana.

Masih tiada pemain yang berani mencabar raksasa Tahap 5 pada peringkat permainan ini. Bukan setakat halangan disebabkan jurang tahap tetapi perbezaan HP dan Kekuatan Serangan yang banyak juga. Seekor raksasa Tahap 5 boleh dengan mudah membelasah pemain Tahap 1. Sedangkan kumpulan yang terdiri daripada 6 orang pun tidak mampu melawan raksasa Tahap 5.

Terdapat denda yang berat sekiranya pemain mati. Bukan sahaja kehilangan seluruh EXP dalam tahap tetapi Kecekapan Kemahiran akan berkurangan. Langsung tiada pemain yang akan mengambil risiko itu. Jika tidak, masa yang mereka telah laburkan untuk mengumpul EXP dan Kecekapan akan menjadi sia-sia.

avataravatar
Next chapter