5 Cabaran Pasaran Gelap

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Peti Hiasan Mewah dibuka perlahan-lahan, lalu pelbagai warna-warni yang mempersonakan menyinar keluar dari peti tersebut.

Mujurnya, Shi Feng kini berdiri di satu lorong yang gelap, tiada sesiapa pun yang bakal memasuki kawasan ini. Jika ada, Shi Feng mungkin disamun ataupun dibunuh akibat rasa tamak yang timbul di hati mereka yang melihat kehebatan peti tersebut.

Apabila sinaran cahaya tersebut pudar, segulung rantai perak dan sebentuk cincin ungu-emas dapat dilihat berada di dalam Peti Hiasan Mewah. Perkataan-perkataan yang menyerupai bahasa kuno Bunian terukir pada cincin itu, dan jelasnya mengandungi kuasa sihir yang dahsyat.

"Mujurlah, ini masih Cincin Graviti." Shi Feng menghembuskan nafasnya apabila melihat rupa cincin tersebut. Dengan penuh teliti, dia mengeluarkannya daripada peti itu dan memeriksanya.

[Cincin Graviti] (Pangkat Besi-Misteri)

Tahap Peralatan: 0

Kekuatan +2, Ketangkasan +1, Daya Tahan +1

Kemahiran Tambahan: 'Pembebasan Graviti'. Pengurangan yang besar terhadap graviti yang bertindak ke atas pengguna. Tempoh 30 minit. Cooldown 5 minit.

"Hebat! Bukan pangkat Gangsa sahaja." Setelah membaca kata-kata pembuka alat tersebut, Shi Feng berasa sangat teruja. Situasi terkini jauh lebih baik daripada yang dijangkakan.

Peralatan-peralatan dalam Kawasan Tuhan dikategorikan sebagai Sampah, Biasa, Gangsa, Besi-Misteri, Perak-Rahsia, Emas-Tua, Emas-Gelap, dan Epik.

Pada permulaan permainan, pemain-pemain hanya menerima Peralatan Sampah daripada sistem. Peralatan tersebut tidak berguna sama sekali. Akan tetapi, pada peringkat awal permainan ini, tiada pemain yang memiliki Peralatan Biasa. Peralatan Biasa boleh dibeli dari bandar-bandar besar, tetapi pada harga yang tinggi. Manakala pangkat Gangsa sangat jarang dijumpai dan juga mengandungi sifat-sifat tambahan. Besi-Misteri pula hanya dicicirkan oleh Bos-Bos, dan tentunya lebih tinggi nilainya.

Dalam hidup lampau Shi Feng, Cincin Graviti yang diperolehi pemain hanyalah pangkat Gangsa. Ia hanya menambahkan 1 mata pada Kekuatan. Kemahiran 'Pembebasan Graviti' pula hanya berlangsung selama 15 saat. Shi Feng cukup terkejut apabila mengetahui penyelesaian Pencarian pada Tahap 0 boleh dianugerahi Cincin Graviti Besi-Misteri.

Berbalik pada rantai tadi, ia hanyalah Peralatan Kelabu. Peniaga-peniaga NPC (watak yang bukan dikawal pemain) sangat mengingini peralatan-peralatan tersebut, dan sanggup membayar harga yang tinggi untuk memperolehnya.

Setelah menyarung Cincin Graviti, Shi Feng menggunakan kesemua 4 Mata Kebolehan Bebas untuk menambahkan Ketangkasannya.

Ketangkasan Shi Feng mendadak ke 12 mata, Kepantasan Serangan ke 5 mata, dan Kepantasan Pergerakan ke 6 mata. Dia hampir boleh menandingi Pembunuh Tangkas tulen yang sama tahap dengannya.

"Ketangkasanku akan naik sampai 20 mata lepas aku naik ke Tahap 3. Dah tu, aku boleh mendapatkan Kemahiran Asas Tersembunyi dalam Sistem Ketangkasan." Shi Feng melihat Papan Sifatnya dengan penuh harapan.

Shi Feng menggerakkan badannya, kini lebih rancak dari yang dahulu. Dia pasti tidak akan berada dalam keadaan lemah seperti sebelumnya jika dia perlu menghadapi Datuk Bandar Cross, sekarang. Jika Ketangkasannya mencapai dua puluh mata, keadaan badannya akan menjadi lebih hebat lagi setelah mengaktifkan Kemahiran Asas (Cepat Dan Lincah); Pakar-Pakar Wulin seperti dalam novel-novel Wuxia pun boleh ditandingi.

Setelah itu, Shi Feng menambahkan 15 Mata Kekuasaan pada Kekuasaan Pedang Sebelah Tangan, dan baki 5 mata disimpan untuk kegunaan masa kelak. Dengan Kekuasaan Pedang Sebelah Tangannya kini pada jumlah 20 mata, Shi Feng naik pangkat dari Pembantu ke Pemain Pedang Asas dan daya kerosakan tambahan dari penggunaan pedang sebelah tangan naik ke 10%. Masih 30 Mata Kekuasaan lagi dari tahap Pemain Pedang Menengah.

Serangan-serangan biasa hanya merupakan asas untuk seorang Pemain Pedang. Jika seseorang Pemain Pedang mahu menjadi pakar main pedang, Kemahiran-Kemahiran wajib diperolehi. Lebih banyak, lebih baik, kerana ini membolehkannya lebih fleksibel semasa dalam pertarungan, lalu membolehkannya mengeluarkan lebih banyak Daya Kerosakan.

Shi Feng merupakan pakar pedang dan juga seorang yang telah dibangkitkan semula dari mati. Dengan Cincin Graviti kini dalam tangannya, dia memerlukan Kemahiran Pemain Pedang yang banyak untuk mempamerkan potensi sebenar seorang Pemain Pedang. Barulah boleh naik tahap dengan cepat. Jika tidak, mustahil untuk meningkatkan kecekapan membunuh makhluk dengan terus mengharapkan serangan-serangan asas.

"Seingatku, ada Cabaran Pasaran Gelap di Kawasan Perniagaan Bandar Daun Merah. Pemain-pemain yang melepasi cabaran tersebut buat kali pertama akan dapat memiliki sebuah buku kemahiran untuk Pemain Pedang." Kebanyakan buku kemahiran dicicirkan oleh makhluk-makhluk yang berada di sekitar Tahap 3 hingga 5 dan kebarangkalian buku-buku tersebut dicicirkan sangat rendah. Pada peringkat ini dalam permainan, masih tiada pemain yang mampu menghapuskan makhluk-makhluk tersebut. Cukup buang masa jika Shi Feng hendak mendapatkan buku-buku kemahiran yang lain untuk Pemain Pedang. Bukannya ada masa pun. Jadi, Cabaran Pasaran Gelap satu-satunya cara untuk Shi Feng memperoleh sebuah buku kemahiran di Bandar Daun Merah.

Kawasan Perniagaan Bandar Daun Merah

Kedai-kedai memenuhi kedua-dua belah jalan. Farmasi, tukang besi, bar dan banyak lagi; tempat ini cukup berkembang, sama seperti pasar kecil. Akan tetapi, kawasan perniagaan kini tidaklah ceria seperti yang sepatutnya. Bukan lama sejak Kawasan Tuhan memulakan operasi, jadi kebanyakan pemain hanya sibuk menaik tahap daripada menikmati Kawasan Tuhan. Justeru, hanya sebilangan minoriti pemain Lifestyle tinggal di sini. Mereka ke sini untuk mempelajari Kerja-Kerja Bantuan seperti Penenunan, Peleburan, Ahli Farmasi, Tukang Masak, Jurutera, Ahli Alkimia, dll.

"Ingin membeli herba pada harga yang tinggi, hubungi saya terus jika ada."

"Ingin membeli bijih; barangan palsu tak payah datang."

"Ikhlas ingin membeli peralatan tahap tinggi. Harga boleh dirunding. Sanggup bayar dengan Kredit."

Ramai pekerja logistik Kesatuan-Kesatuan Pemain dan Persatuan-Persatuan telah menubuhkan gerai kecil tepi jalan di Kawasan Perniagaan. Kebanyakannya membeli peralatan dan barangan.

Dengan pantas, Shi Feng bergerak ke arah sebuah bangunan 2-tingkat tanpa henti. Jembalang bertahap tinggi mengawal bangunan tersebut, dan perkataan-perkataan 'Pasaran Gelap' dipamerkan di bahagian atasnya. Tempat ini merupakan bahagian gelap Bandar Daun Merah dan ia sebuah pusat hiburan yang dibina oleh para Jembalang yang tamak.

Rumah Lelong Jembalang dapat dilihat betul-betul selepas memasuki Pasaran Gelap. Di tangga ruangan bawah tanah ada dua buah padang kosong; satu merupakan Arena Pertarungan, manakala yang lagi satu merupakan padang untuk Lumba Cabaran.

Kini, terdapat beberapa pemain yang berdiri di depan padang tersebut. Mereka menyahut cabaran para Jembalang.

"Selamat berjaya! Kali ini mesti menang!"

"Selamat berjaya! Kasi pijak itu Jembalang!"

Beberapa pemain kini menyorak dengan segala kekuatan untuk seorang Penyerang Hendap yang sedang berdiri dalam padang. Dengan mata rabak mereka, tidak jauh beza mereka dengan penjudi-penjudi gila.

Lumba Cabaran boleh dilihat sebagai penilaian keupayaan seseorang pemain. Sebaik sahaja seorang pemain memasuki tapak percubaan, semua Sifat mereka akan ditetapkan pada 10 mata, segala kemahiran dicabut, dan peralatan mereka digugurkan kegunaan sama sekali. Semasa dalam padang 30-ela dan 10-ela, pemain hanya dibenarkan menangkis atau mengelak das-das tembakan daripada senapang para Jembalang. Kemenangan hanya boleh dicapai apabila pemain-pemain tiba di garisan penamat.

Ada 3 tahap cabaran yang diagihkan oleh Jembalang: Hadiah Tembaga, Hadiah Perak, and Hadiah Emas. Setelah sebuah cabaran dilepasi, mereka perlu mengambil masa 3 hari sebagai cooldown. Terdapat hadiah wang 5 biji Tembaga untuk Hadiah Tembaga, 5 biji Perak untuk Hadiah Perak, dan 5 biji Emas untuk Hadiah Emas. Sememangnya, lagi besar pangkat cabaran tersebut, besar lagilah hadiah yang diberi. Ada juga peluang untuk memenangi Peralatan Emas-Gelap.

Walau bagaimanapun, jika seseorang pemain mendapat anugerah Pertama Lepas untuk cabaran di Bandar Daun Merah, anugerah Hadiah Tembaga pun boleh dibandingkan dengan Hadiah Perak.

Dalam hidup lampau Shi Feng, Pertama Lepas ini diperolehi seorang Pemain Pedang bernama Angin Kencang dan beliau telah menerima buku kemahiran luar biasa untuk Pemain Pedang.

Sedetik kemudian, Penyerang Hendap dalam padang tadi ditetak. Jasadnya terlantar di garisan 20-ela, 10-ela dari penamat.

"Sungguh keji. Sikit je lagi. Kamu semua ada wang lagi? Lain kali saya mesti saya lepas." Kata Penyerang Hendap lelaki setelah dibangkitkan dari padang.

Seorang Paderi menggeleng kepala sambil berkata, "Bos Menusuk Jantung, kesemua lima daripada kami sudahpun memberi segala wang yang kami ada. Sekarang sudah habis semua."

Di tepi, Shi Feng menoleh ke arah Penyerang Hendap tersebut. Dia terkejut apabila mendengar perkataan "Menusuk Jantung".

Badannya diselubungi kain hitam. Ia pendek dan kurus, serupa seekor monyet. Tidak percaya Shi Feng 'monyet' di hadapannya sebenarnya merupakan Stabbing Heart, Penyerang Hendap ke-10 terbaik pada Carta Penyerang Hendap Kerajaan Bulan-Bintang.

Pembunuh bernama Stabbing Heart mengalihkan pandangannya ke Shi Feng. Setelah menilai Shi Feng, matanya seperti baru menjumpai mangsa. Sambil tersenyum, dia berjalan ke arah Shi Feng dan berkata, "Gembira berjumpa, kawan. Saya Stabbing Heart, Ketua Skuad Penyerang Hendap [Perikatan Penyerang Hendap]. Pinjam 5 Tembaga boleh? Esok saya pulangkan 20 Tembaga. Macam mana?"

Stabbing Heart hanya 10 ela dari garisan penamat kali ini, jadi dia tidak sanggup menerima kekalahan. Dia telah pun mengenal pasti beberapa corak cabaran, dia pasti dapat lepas jika diberi lagi satu peluang. Justeru, dia mendapat idea untuk memetik nama Kesatuannya untuk menakutkan Shi Feng supaya dia meminjamnya 5 Tembaga.

Perikatan Penyerang Hendap merupakan Kesatuan besar yang sangat terkenal dalam dunia permainan maya. Siapa-siapa pemain veteran pasti mengenalinya. Seseorang yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin skuad Penyerang Hendap sudah tentu merupakan pakar yang hebat, seseorang yang disegani ramai pemain. Seseorang pemain yang sederhana pasti akan memberi terus 5 Tembaga tersebut supaya dapat berkawan dengannya.

"5 Tembaga ya?" Setelah berfikir sejenak, Shi Feng menjawab: "Saya boleh bagi pinjam 5 Tembaga, tapi awak kena bayar 50 Tembaga esok."

Stabbing Heart terkejut. Dia merupakan Menusuk Jantung, Pemimpin Skuad Penyerang Hendap yang paling terkenal dalam Perikatan Penyerang Hendap. Walaupun begitu, reaksi Shi Feng yang kurang ajar sangat berbeza daripada apa yang dia bayangkan akan terjadi. Mungkinkah Shi Feng seorang pemain baru?

Melihat Stabbing Heart senyap, Shi Feng bertanya, "Masih nak pinjam ke?"

"Saya pinjam." Stabbinh Heart menahan air mata. Pemain lain pasti menggelarnya 'Pakar, pakar!' apabila berjumpa dengannya, tetapi Shi Feng tidak bertindak balas sebegitu. Akan tetapi, apabila memikirkan habuan yang menantinya, 50 Tembaga pun berbaloi.

"Ini 5 Tembaga. Add saya sebagai kawan. Jangan lupa pulangkan 50 Tembaga kepada saya esok." Shi Feng mengeluarkan 5 Tembaga daripada 60 yang dia kutip daripada jualan rantai, sambil mengingati Stabbing Heart supaya memulangkan 50 Tembaga.

Dengan air mata membasahi pipinya, Stabbing Heart mengambil 5 Tembaga tersebut dan berkata, "Baik. Saya takkan lupa."

Tanpa mengetahui isi hati Stabbing Heart, Shi Feng beredar setelah penukaran tersebut selesai. Dia mendekati Jembalang berkulit hijau yang merupakan pentadbir Lumba Cabaran.

"Tuan, masa itu wang. Kenapa ke mari?" tanya pentadbir Jembalang dengan nada sombong.

"Saya mahu menyertai Cabaran Hadiah Tembaga." Kata Shi Feng sambil menyerahkan 5 Tembaga.

Setelah membalik-balikkan syiling-syiling Tembaga tersebut beberapa kali, Jembalang itu mengangguk setuju. Dia membuka pintu kayu Lumba Cabaran dan membenarkan Shi Feng masuk.

"Tuan-tuan dan puan-puan, kita ada peserta baru dalam padang. Sila mengalu-alukan Pemain Pedang yang berani ini." Ucap Jembalang itu dengan lantang.

"Bos Stabbing Heart, budak yang bagi pinjam duit tadi dah masuk Lumba Cabaran," Paderi lelaki berkata.

Stabbing Heart yang sedang berehat membalas sambil tertawa, "Budak tu budak baru. Ingat senang ke? Memanglah 30 ela je, tapi corak serangan Jembalang akan bertukar lepas 15 ela dan kadar serangan diorang akan mendadak. Jangankan dia, saya pun susah nak lepas."

"Tentulah! Pakar macam Bos Stabbing Heart pun hanya boleh sampai 20 ela. Saya rasa budak tu, paling banyak pun 5 ela je, mesti dah penat." Kata Paderi lelaki sambil tersenyum.

Di padang, 3 Jembalang berdiri di garisan penamat menyediakan senapang mereka, dan mengacu ke arah Shi Feng.

Pemasa di atas padang cabaran mula berdetik.

3..….

2....

1...

Cabaran Mula!

avataravatar
Next chapter