29 Keadaan Luar Biasa

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Di hadapan Dungeon Hutan Maut, bilangan pemain Tahap 2 yang berkumpul di situ bertambah. Bilangan pemain yang masuk ke dalam hutan itu juga tersangat ramai.

Disebabkan ramai pemain Tahap 2 di situ, ada juga pemain yang membuka gerai, berjual beli di tepi.

"Peralatan Biasa yang tinggi kualitinya, jangan ketinggalan semasa anda lalu. Kau hanya boleh masuk ke dalam Dungeon dengan senjata yang baik. Kelengkapan adalah terhad, lekas datang dan beli."

"Ramuan kecil untuk HP dengan segera menyembuhkan 90 HP sekali. Barang yang wajib ada ketika dalam pertarungan yang sangat bernilai untuk anda."

Kawasan Tuhan telah dibuka untuk lebih sepuluh jam sekarang. Para pemain di sini rata-rata Tahap 2. Selepas lebih sepuluh jam bertempur, mereka telah mengumpulkan beberapa barang. Ramai pemain Tahap 2 ingin menjual barang yang mereka tidak akan guna, menukarkannya dengan sesuatu yang mereka boleh guna. Situasi ini telah mewujudkan sistem perniagaan yang berkembang di Hutan Maut.

Walaupun bilangan pemain di hadapan Hutan Maut terus bertambah, bilangan kumpulan yang masuk ke dalam Dungeon makin lama makin berkurangan. Hanya kumpulan yang tidak berpengalaman akan masuk ke dalam Hutan Maut.

Akan tetapi, selepas pemain tersebut telah dipupuk dengan betul oleh Hutan Maut, mereka dengan tiba-tiba mendapat tahu yang kepercayaan mereka sebelum ini sangat tidak matang. Oleh itu, mereka dengan taat berdiri di hadapan Dungeon. Mereka akan bercerita tentang kehidupan dengan kumpulan yang lain sambil melihat kumpulan baru masuk ke dalam Dungeon dengan senyuman. Mereka juga menyiasat laporan berkenaan Hutan Maut bersama-sama dengan kumpulan yang lebih berpengalaman, sama-sama menaik taraf strategi mereka menakluk Dungeon itu.

Satu gelombang demi satu gelombang pemain masuk dan mati dalam Dungeon, Hutan Maut akhirnya menjadi pengalaman pahit bagi setiap pemain di Bandar Daun Merah.

Setiap pemain yang masuk ke dalam Hutan Maut hanya ada satu ekspresi sahaja.

Hutan itu sangat menakutkan!

Kini, dalam Kubur Kebangkitan dalam Hutan Maut, enam cahaya putih terpancar ke ruang kewujudan. Diikuti, enam susuk tubuh menjelmakan diri mereka di sebalik cahaya tersebut.

"Sudah tiada cara untuk melepasi Dungeon ini. Snow, aku fikir baik kita memburu raksasa atau melakukan Misi sahaja." Selepas dibangkitkan, Zhao Yueru menghentak kakinya yang cantik, dadanya bergegar ke atas dan ke bawah. Kemarahan yang nampak comel dan penampilan yang menarik terus menarik perhatian ramai pemain lelaki.

Salji Lembut menggelengkan kepalanya, berkata dalam pertimbangan, "Penemuan kita dalam Hutan Maut boleh tahan bagus, oleh itu kita tidak boleh mengaku kalah dengan mudah. Tetapi hutan di dalam Hutan Maut ini terlalu besar. Ditambah lagi dengan bilangan laluan kecil yang banyak, kita akan senang sesat tanpa sebarang peta. Namun, aku yakin antara banyak-banyak laluan itu, pasti ada beberapa laluan yang akan menghala ke lokasi Bos. Laluan yang lain cuma satu perangkap untuk mengelirukan kita. Itulah sebabnya kita selalu diserang hendap oleh Arnab Malam. Lebih banyak kita berlawan, lebih banyak Arnab Malam yang muncul. Buat masa sekarang, mari kita dapatkan maklumat dan lihat jika kita boleh membuat satu peta untuk Hutan Maut."

Semua ahli kumpulannya merasakan spekulasi Salji Lembut itu masuk akal, terutama bahagian di mana mereka sering diserang Arnab Malam. Ada kalanya, satu anak panah ditembak ke arah Cleric, Xiao Yue'er, akan muncul dari dalam hutan belantara. Jika bukan kerana kemahiran Xiao Yuer'er mengelak, mereka pasti sudah lama dihapuskan.

Dan juga, semakin dalam mereka masuk ke dalam hutan, semakin banyak Arnab Malam yang muncul. Akhirnya, Arnab Malam itu terlalu banyak. Mereka tidak mampu menangani semua arnab-arnab itu, menyebabkan mereka pulang disebabkan kematian. Jika mereka boleh mencari laluan yang betul, mereka mungkin sudah dapat membersihkan Dungeon itu sekarang.

Zhao Yueru hanya menganggukkan kepalanya tanda bersetuju. Ketua kumpulan, sememangnya, Salji Lembut, dan spekulasi Salji Lembut sangat tepat. Zhao Yueru tidak mampu berbuat apa-apa selain mempercayakan dia.

Mendengar cadangan tersebut, Salji Lembut dan Zhao Yueru berteriak tanpa henti beberapa kali, menyatakan mereka ingin menukar maklumat berkenaan Hutan Maut.

Tidak boleh disangkal, kesan tonjolan daripada dua perempuan yang cantik itu membuahkan hasil. Tiba-tiba, suasana di sekitar Hutan Maut menjadi riuh rendah dengan bunyi pemain yang bergegas datang, satu demi satu. Setiap daripada mereka mahukan tempat pertama.

Terlalu ramai pemain lelaki, ini peluang yang baik untuk mereka bersembang dengan seorang Dewi. Siapa tahu, jika Dewi itu berkenan dengan mereka, mereka boleh hidup dalam kehidupan yang 'dirahmati' pada masa hadapan.

Sementara itu, dalam Mod Neraka dalam Hutan Maut. Langit yang memayungi hutan itu mula gelap. Ribuan burung terbang berkicauan di udara, meninggalkan hutan itu sunyi sepi.

Serigala Jadian Felt bukan raksasa yang biasa. Ia satu serigala jadian yang terkenal. Pada masa dahulu, dia telah membunuh ramai orang di Bandar Daun Merah, hampir sahaja menukarkan Bandar Daun Merah menjadi bandar berdarah. Dalam keadaan yang marah, Kerajaan Bintang- Bulan telah menghantarkan bala tenteranya untuk mengepung Felt. Akhirnya, selepas dicederakan dengan teruk sekali oleh Pemain Pedang Terulung, Hilton, Felt telah melarikan diri ke dalam Hutan Maut untuk menyembuhkan lukanya. Ini antara salah satu sebab kenapa Dungeon Hutan Maut ini wujud.

Dalam Mod Neraka, Felt mempunyai tiga kemahiran yang mutlak. Yang pertama ialah [Renungan Maut]. Musuh yang direnung Felt akan menyebabkan Kelajuan Serangan dan Kelajuan Pergerakan mereka menjadi perlahan. Jika seseorang itu lemah semangat, mereka mungkin tidak mampu bergerak langsung.

Sekarang, hanya Shi Feng seorang sahaja yang mempunyai Ketangkasan sebanyak 30 mata. Selepas dia mengaktifkan tiga Kemahiran Asas Tersembunyi yang dimilikinya, dia mendapat beberapa ketahanan terhadap Renungan Maut. Untuk pemain yang lain pula, tindak balas mereka akan menjadi lembab.

Itu sebabnya Shi Feng, satu-satunya yang boleh berhadapan dengan Felt, manakala Sloth Mengantuk berterusan menyembuhkan Shi Feng. Akan tetapi, kelajuan jampian Sloth Mengantuk telah diperlahankan sebanyak separuh. Bagi pemain melee, mereka tidak mampu memberikan sebarang pertolongan apa-apa pun. Namun, jika kerana mereka tidak mahu menolong, tetapi disebabkan mereka tiada cara untuk memberi sebarang bantuan. Kelajuan Serangan Serigala Jadian Felt terlalu pantas. Smpaii di satu tahap di mana mereka tidak mampu mengesan serangannya. Gayanya seperti mereka sedang berhadapan dengan seorang pakar yang keluar dari novel Wuxia; orang biasa tiada peluang untuk masuk campur langsung.

Mereka hanya akan menimbulkan lagi masalah jika mereka meluru masuk pertarungan itu. Oleh itu, lebih baik mereka melihat sahaja dari jauh.

Buat masa ini, hanya ahli sihir jarak jauh sahaja mampu memberi kemusnahan. Akan tetapi, kemusnahan yang dihasilkan sangat sedikit. Sedangkan Panah Gelap Si Hitam hanya mampu memberi -24 kemusnahan setiap satu.

"Sepi, ganggu ngaumannya!" melihat Felt menarik nafas dalam-dalam, Shi Feng dengan segera berteriak.

Salji Sepi telah lama bersedia menghadapai situasi ini. Dengan segera, dia maju ke hadapan dan menggunakan Rempuhan, menyebabkan Felt masuk ke dalam keadaan Pengsan untuk 1 saat. Kemudian, dia cepat-cepat berundur.

Shi Feng ambil peluang ini untuk menggunakan Panahan Kilat, Tetakan Berganda dan Tetakan. Satu demi satu serangan mendarat ke dada Felt. Sebelum Felt mampu mengambil nafas, dia telah memuntahkan darah. Shi Feng menghasilkan kemusnahan yang mengerikan iaitu sebanyak -500 kemusnahan kepadanya.

Sepantas kilat, HP Felt telah jatuh kepada 78%.

Semua disitu tercengang. Berkenaan aksi Shi Feng yang berkuasa, mereka hanya mampu berkata satu ayat sahaja. Mengagumkan! Di mata mereka Shi Feng merupakan seorang yang mengagumkan. Dia telah menemui kelemahan pada badan Felt. Sekarang, mereka telah betul-betul yakin yang Shi Feng bukanlah pemain biasa yang mereka bayangkan.

Namun, Shi Feng tidak menonjolkan sebarang keterujaan. Walaupun mereka dapat mengganggu Ngauman Neraka dan mengelak daripada satu kumpulan terhapus, perkara ini akan menterbalikkan keadaan.

Selepas memuntahkan darah. Keadaan Serigala Jadian Felt menjadi lebih mudah untuk diuruskan. Dia memusingkan kepalanya ke sana dan ke sini dan secara tiba-tiba membelah kukunya yang tajam ke arah Shi Feng. Kelajuan belahan cakaran Felt menjadi lebih pantas dari sebelum ini, memenuhi langit dengan bayangan cakarannya.

Namun, Shi Feng bukanlah seorang yang lemah. Kekuatan, Ketangkasan, dan Ketahanan, Shi Feng mengaktifkan Kemahiran Asas Tersembunyi daripada ketiga-tiga Atribut ini. Dengan kemahiran itu diaktifkan, ini bermakna resam tubuhnya bukan lagi di tahap pemain biasa, tetapi suatu yang luar biasa. Aset terbesar Shi Feng masuk ke dalam Hutan Maut ini adalah Keadaan Luar Biasanya ini yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Dengannya, dia mampu melakukan suatu perkara yang pemain biasa tidak mampu lakukan.

Di bawah langit yang dipenuhi bayangan cakaran, Shi Feng masih mampu berada dalam keadaan tenang. Sepertinya Shi Feng sedang menari-nari dengan bayangan tersebut. Kadang kala, Shi Feng menggunakan pedangnya untuk menangkis serangan yang dia tidak mampu elak. Inilah kuasa berada di bawah Keadaan Luar Biasa. Kelima-lima derianya menjadi sangat sensitif, dan kebolehan otaknya memproses maklumat menjadi sangat fokus. Shi Feng mampu menggunakan potensi badannya dengan maksimum . Jika pemain yang biasa, mereka pasti tidak mampu melakukan gerakan seperti itu. Ini seakan-akan membolehkan mental dan fizikalnya dipertaruhkan untuk dia berada dalam keadaan luar biasa itu. Jika Shi Feng tidak belajar menyesuaikan dirinya terlebih dahulu sebelum ini, dia hanya mampu kekal dalam keadaan itu untuk beberapa saat sahaja.

Kuku dan pedang saling bertembung, menghasilkan banyak percikan yang berkilauan.

Kedua-dua pihak berkurangan HP secara terus. Nasib baik, Shi Feng mampu bertahan kerana sentiasa disembuhkan oleh Sloth Mengantuk.

Selepas itu, dibawah perintah Shi Feng, Salji Sepi kadang kalanya mengganggu Ngauman Neraka, sementara Cola akan menahan Felt setiap kali Shi Feng dalam bahaya, dan Si Hitam akan menggunakan Cemeti Kejahatan untuk membendung pergerakan Felt. Dengan cara itu, HP Serigala Jadian Felt terus berkurang, 70%... 60%... 30%...

"Semua sekali buat satu barisan memanjang berhadapan Bos! Cepat!" Shi Feng berteriak secepat mungkin semasa dia ternampak HP Serigala Jadian Felt mencecah 30%.

Serigala Jadian Felt akan menjadi sesuatu yang sangat menggerunkan semasa HP-nya kurang daripada 30%. Pada masa ini, hampir mustahil untuk mengganggu Ngauman Neraka. Mereka hanya mampu meredahnya depan-depan.

Tiada siapa ragu-ragu lagi; mereka tahu Bos itu akan mula mengamuk. Mereka dengan segera ambil tindakan, membuat satu barisan panjang berhadapan Serigala Jadian Felt, sambil menjaga jarak 30-ela jauh daripadanya. 

Di saat HP Serigala Jadian Felt mencecah 30%, bulunya mula bertukar warna. Dengan sekelip mata, bulunya menjadi seputih salji, dan kedua-dua matanya meleleh dengan darah. Dadanya mengembang dengan laju, seperti katak yang mengembang.

Shi Feng segera menggunakan Pembebasan Graviti, dengan pantas tiba di hadapan semua orang.

"Cola, gunakan Rahmat Perlindungan kepada aku!" Shi Feng berteriak.

Rahmat Perlindungan dapat mengurangkan kemusnahan yang diterima ahli kumpulan sebanyak 50% untuk tempoh masa selama 6 saat. Ia merupakan kemahiran penyelamat nyawa dengan 5 minit masa bertenang, dan sekarang merupakan masa yang sesuai untuk menggunakannya.

[Rahmat Perlindungan] daripada Sateria Penjaga dan [Dinding Angin] daripada Pahlawan Perisai. Kedua-dua kemahiran ini mempunyai kadar jatuhan yang tinggi dalam Mod Neraka dalam Hutan Maut. Sebelum ini, sebab Shi Feng sanggup membazirkan masa menewaskan beberapa Arnab Malam yang tiada gunanya ialah untuk mendapatkan kemahiran ini, Rahmat Perlindungan.

avataravatar
Next chapter