Cola telah lama bersedia untuk saat ini. Sebaik sahaja Shi Feng memberi arahan, bibirnya mula terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci. Coretan emas ayat-ayat suci meluru ke arah Shi Feng.

Rahmat Perlindungan!

Tiba-tiba, Shi Feng dikelilingi ayat-ayat suci keemasan yang jumlahnya tak terkira, memancarkan sinaran emas yang menyilaukan.

Pada masa yang sama, Sloth Mengantuk, di belakang garisan perlawanan, menyalurkan Pemulihan dan Doa Nyawa secara berterusan, yang mengisi semula HP Shi Feng hingga penuh dan mengembalikan badannya ke keadaan terbaik.

"Sedia untuk serangan memukul. Jangan sesekali tinggalkan belakang saya." Melihat pandangan Serigala Jadian Felt beralih ke arah mereka, Shi Feng mengangkat Bilah Neraka ke dadanya sambil mengarah.

Kata-kata Shi Feng menyebabkan semua orang menjadi tegang.

Pertama sekali, hati mereka tidak berani. Sekarang, hati mereka mula berdenyut dengan laju. Peluh sejuk membasahi kulit mereka sejak dari sebelum Serigala Jadian Felt mengeluarkan kemahirannya.

Tiba-tiba, Serigala Jadian Felt bergerak. Dadanya yang kembang mula memuncak, melepasi tengkuknya sehingga ke mulutnya.

Hou! Dalam sekelip mata, semua orang kecuali Shi Feng merasa hati mereka telah berhenti berdenyut, seolah-olah seluruh dunia telah menjadi serba-kelabu dan senyap. Burung-burung yang terapung di langit juga tiba-tiba terhenti pergerakan mereka.

Pelbagai ombak-ombak berwarna kelabu yang kini memancar daripada dada Serigala Jadian Felt jelas kelihatan. Garisan demi garisan, ia terus berkembang.

Riak-riak kelabu tersebut tiba di hadapan semua orang dengan pantas. Namun, mereka tidak mampu berganjak walau sedikit. Bukan kerana tidak mahu, tetapi kerana badan mereka tidak dapat mengikuti kelajuan fikiran mereka.

Kesemua mereka dapat merasa seolah-olah masa bergerak dengan begitu lambat. Namun, mereka semua memahami walaupun peredaran masa nampak seperti lambat, ia sebenarnya bergerak pada kelajuan maksima. Umpama pakar mutlak yang berlaga pedang; sebaik sahaja mereka bertembung, masa seolah-olah diperlambatkan.

Pada ketika ini, hanya Shi Feng bergerak.

Pembunuhan Berhantu!

Sebaik sahaja riak-riak kelabu tua tersebut tiba di hadapan Shi Feng, doppelganger-nya telah membuat halangan di hadapannya. Pada masa yang sama, doppelganger tersebut menggunakan Tangkis.

Kemudian, gelombang-gelombang kelabu tersebut menyentuh badan doppelganger-nya, menurunkan HP-nya serta-merta sebanyak 300 mata. Di baliknya, Shi Feng juga menerima kemusnahan -30, manakala yang lain di belakang Shi Feng pula menerima -20 kemusnahan.

Akan tetapi, gelombang tersebut tidak berhenti setelah hanya satu pusingan. Apabila gelombang ketiga menembusi doppelganger, badannya hancur dengan serta-merta. Kemusnahan -100 mata juga muncul di atas kepala Shi Feng. Selepas itu, gelombang demi gelombang kelabu tua dilepaskan. -100, -100, -100, -100…

HP Shi Feng jatuh dan terus jatuh sehingga hanya 90 mata tertinggal. Sebaik sahaja gelombang terakhir riak hampir menghapuskan Shi Feng, dia menggunakan Tangkis.

Hong! Shi Feng berundur selangkah yang besar ke belakang. Namun, dia tidak menerima apa-apa kemusnahan. Yang berdiri di belakangnya juga terselamat. Namun, HP mereka setelah menahan beberapa gelombang serangan tidak melebihi 50%. Pada ketika ini, Pemulihan Sloth Mengantuk hanya terkena badan Shi Feng, dan menaikkan HP-nya kembali ke 140. Setelah itu, dia menggunakan Pembayaran Nyawa, yang memulihkan 130 HP kepada Shi Feng. Dalam sekelip mata, HP Shi Feng telah kembali ke lebih 50%.

"Ngaumannya betul-betul kuatlah. Ingat kita sudah nahas tadi," Si Hitam menyapu peluh sejuk daripada dahinya. Jika Shi Feng tidak berada di depan mereka sebagai penghalang, mereka semua tentu sudah mati sekarang. Memikirkan semula bagaimana Shi Feng hampir terkorban, jantung Si Hitam mula berdenyut dengan kencang, sampai 180 denyutan seminit.

Jika Shi Feng mati, mereka pasti mati juga; siapa lagi yang mampu menyekat Serigala Jadian Felt lama-lama kalau bukan Shi Feng?

Pada ketika ini, semua orang melihat Shi Feng seperti melihat seekor raksasa. Tiada sesiapa yang menyangka Shi Feng boleh menggunakan doppelganger-nya dengan begitu bijak untuk menghalang dua serangan tadi. Dia juga telah menggunakan Tangkis pada serangan terakhir. Cara Shi Feng menghitung kedua-dua kemusnahan dan HP amat menakjubkan. Teknik sebegini pasti asalnya dari alam tuhan. "Awak semua jangan bermimpi! Cepat-cepat serang Bos; ia sekarang dalam keadaan lemah!" Shi Feng hanya mengangkat bahu melihat reaksi kumpulannya. Teknik sebegini boleh dicapai oleh pakar dalam masa beberapa tahun.

Namun, Shi Feng belum boleh duduk santai. Sekarang Bos merupakan sasaran mustahak. Shi Feng sahaja yang tahu betapa sukarnya untuk menangani Serigala Jadian Felt.

Bilah Angin!

Dengan pengaktifan Pembebasan Graviti, Shi Feng terus sampai di hadapan Felt. Dia mencengkam Bilah Neraka dengan kuat, dan menghantar serangan demi serangan ke dada Felt.

Panahan Kilat!

Tetakan Berganda!

Tetak!

Kemusnahan yang melebihi -100 muncul di atas kepala Serigala Jadian Felt, satu demi satu. Ahli-ahli kumpulannya yang lain juga dapat mengenakan kemusnahan lebih -20 setiap serangan. Dengan pantas, mereka telah menurunkan HP Serigala Jadian Felt ke 15%.

Apabila mereka melihat Felt menghampiri mati, semua orang tersenyum keseronokan.

"Jangan lalai. Si Hitam, guna Cemeti Kejahatan. Salji Sunyi, bersedia untuk ganggu dia dengan Merempuh." arah Shi Feng sambil mengelak serangan Serigala Jadian Felt.

Arahan tersebut menyebabkan hati-hati mereka merasa sempit.

Renungan Maut dan Ngauman Neraka pun sudah cukup menakutkan. Jika terdapat kumpulan lain di sini, mereka pasti sudah hidup semula di kubur.

Apakah Serigala Jadian Felt memiliki lagi satu kemahiran yang kuat? Begitu seramkah Mod Neraka ini?!

Shi Feng sentiasa memerhati HP Serigala Jadian Felt. Sebaik sahaja HP Felt jatuh ke 10%, akhirnya langkah ketiganya dikeluarkan.

Amukan Maut!

Langkah ini akan meningkatkan Kepantasan Serangan Serigala Jadian Felt sebanyak 100%, Kepantasan Bergerak sebanyak 40%, dan Kekuatan Serangan sebanyak 100% sehingga ia mati. Langkah ini telah menyebabkan terlalu ramai kumpulan Elit sebelum ini mencarut kemarahan.

Setelah mengaktifkan Amukan Maut, bulu Serigala Jadian Felt mula bertukar menjadi kemerah-merahan; dalam sekelip mata, ia sudah menjadi merah seperti berdarah. Tambahan pula matanya yang merah serta taringnya yang tajam, rupa Felt sangat hampir dengan Hantu Darah. Rupanya yang ngeri telah menyebabkan semua orang berundur selangkah. Aura bahaya yang dikeluarkan oleh Felt jelas terasa.

Shi Feng mengeluarkan lagi satu Tetakan Berganda, dan menimbun kesan Pendarahan ke lima lapis. Kemudian, dia berpusing dan berlari. Setelah mengaktifkan Amukan Maut, tiada sesiapa bawah Tahap 5 yang mampu menghalang Felt. Ini termasuk Shi Feng juga, walaupun dia memiliki Senjata Sakti. Satu-satu caranya adalah untuk 'melayang' (menyerang secara berterusan dari luar jarak efektif musuh) dan mengalahkannya dengan perlahan-lahan sampai mati.

Saat Shi Feng keluar dari jarak 10-ela, paha-paha tebal Felt tiba-tiba mempertebal lagi sebanyak dua kali ganda. Salah satu kakinya menghentak lantai, dan ia meluru ke arah Shi Feng seperti anak panah.

Shi Feng baru hendak tiba ke lokasi batu besar itu, tetapi di belakangnya, Felt terlalu pantas. Dia pasti tidak mampu. Shi Feng berpusing 90 darjah secara tiba-tiba.

Hong!

Tanpa berpaling, Serigala Jadian Felt terhempas tepat pada batu besar yang menghalang laluannya, dan ia hancur-lebur menjadi serpihan-serpihan. Serpihan-serpihan sebesar kepala manusia melayang lebih 10-ela. Melihat kekuatan yang menyeramkan sebegitu, lelaki yang ganas seperti Cola pun menjadi kecut.

Jika dia dicakar oleh kuku-kuku Felt, dia pasti menjadi daging cincang…

Pada ketika ini, Shi Feng sudahpun menjarakkan dirinya sebanyak 20-ela dari Felt. Sementara itu serangan-serangan daripada para Ahli Sihir tidak henti-henti. Mereka menghakis HP Felt secara berterusan.

Rancangan Shi Feng untuk 'melayang' Felt berjaya. Setiap kali Serigala Jadian Felt menghampirinya, Salji Sunyi akan Merempuh ke arahnya. Ini disusuli Penghancur Tulang, yang amat melambatkan pergerakan Felt. Kemudian, dia menarik diri dari Felt lagi sekali. Apabila kemahiran-kemahiran Salji Sunyi berada pada cooldown, Si Hitam akan menggunakan Cemeti Kejahatan untuk menjerut Felt semula. Kemahiran-kemahiran mereka mempunyai cooldown yang singkat. Dengan Pengikat Neraka dari Shi Feng yang dicampak sekali-sekala , mereka telah membentuk taktik yang sempurna tanpa henti.

7%… 6%… 5%… 3%…

Akhirnya, apabila Felt hanya tertinggal %1 HP, Shi Feng tiba-tiba berpusing.

Bilah Angin! Panahan Kilat! Tetak! Tetakan Berganda!

Pedang Shi Feng menetak dada Serigala Jadian Felt, meragut 1% HP-nya yang terakhir.

Sistem: Kumpulan anda merupakan kumpulan pertama untuk melepasi Dungeon Mod Neraka. Ganjaran meningkat sebanyak 100%; habuan meningkat sebanyak 100%.

Sistem: Mod Neraka Hutan Maut selesai. Ganjaran 8000EXP.

Pada detik ini, Serigala Jadian Felt meletup, dan mencicirkan lebih 10 peralatan. Antaranya, terdapat satu yang menarik perhatian Shi Feng.

Bilah Merah!

Ia merupakan pedang yang berwarna darah segar. Ia bersinar dengan kabur, dan titik-titik darah boleh kelihatan menitik daripada hujung bilahnya. Keseluruhan pedang tersebut mendedahkan aura pembunuhan yang pekat.

Shi Feng tidak pernah menyangka peralatan yang begitu jarang terjumpa boleh muncul di hadapan mereka.

avataravatar
Next chapter