webnovel

"Ao! Ao! Ao!"

Raja Kobold itu melepaskan satu ngauman yang garang. Bertalu-talu gelombang kejutan dilihat beralun dan menghentam kumpulan mereka, menyebabkan 60 ke 70 kemusnahan kepada semua orang untuk setiap satu gelombang. Tambahan pula, ahli sihir dalam kumpulan berterusan dilayangkan ke belakang untuk setiap gelombang kejutan, menyebabkan mereka terpaksa bersandar pada dinding.

"Semut tidak berguna! Kau berani mencemarkan tanah suci ini dengan kehadiran kau?! Terimalah hukuman mati!" Kaki Raja Kobold yang besar itu dihentakkan ke lantai, mengakibatkan lantai batu dalam jarak radius 5-ela untuk mula merekah dan serpihan tanah kecil berterbangan di udara.

Selepas melihat kuasa kemusnahan ini, MT terus berpeluh di belakang badan. Nasib baik, mereka sudah pun mengambil satu langkah ke belakang tadi. Jika tidak, kesan daripada hentakan tadi tidak dapat dibayangkan.

Sewaktu mereka berdua sedang berasa lega, Raja Kobold itu memegang erat pedang agungnya dengan kedua-dua belah tangan. Tanpa sebarang amaran, ia membelah dengan laju pedang agung itu pada kedua-dua dua MT itu dari jauh. Satu garisan aura pedang berwarna hitam membelah menerusi udara, menghentam dada mereka berdua dan menyebabkan lebih 600 kemusnahan untuk setiap seorang.

"Serangan aura pedang?

Salji Lembut menaikkan keningnya. Dia tidak menjangkakan yang selepas HP Raja Kobold berkurang ke takat 30% ia akan menukarkan corak serangannya kepada serangan jarak jauh. Lagipun, kemusnahan yang dihasilkan sangat tinggi sehinggakan kedua-dua MT terpaksa menggunakan kemahiran menyelamatkan nyawa, untuk mengurangkan kemusnahan yang diterima sebanyak 50%. Kesukaran mengalahkan Raja Kobold telah meningkat sebanyak beberapa kali ganda. Jika Raja Kobold berpangkat Penguasa sudah mampu membuat kemusnahan yang sama, oleh itu tepat anggarannya sebelum ini yang dianggarkan sepuluh peratus kadar kejayaan.

"Semua penyembuh sembuhkan kedua-dua MT itu. Pemain jarak jauh yang lain, jauhkan diri daripada MT tersebut. MT, ambil perhatian terhadap posisi kamu. Jangan sesekali biarkan diri kamu berada berdekatan dengan Bos itu. Pahlawan yang lain, bersedia untuk menggunakan Rempuhan untuk mengekang pergerakan Bos," Shi Feng dengan segera memerintahkan.

Sebelum Shi Feng sempat menghabiskan kata-katanya, Raja Kobold itu terus mengambil tindakan.

Ia keluar daripada debu-debu dan terus bergegas ke arah Sateria Penjaga, Cola, yang sudah lama menahan serangan ganasnya sebelum ini.

Raja Kobold tiba dekat dengan Cola sekelip mata. Raja Kobold itu mengayunkan pedangnya, sambil diiringi dengan satu angin kencang sewaktu ia dijatuhkan ke bawah. Sementara itu, Cola, yang sudah menanggung 600 kemusnahan daripada serangan yang sebelum ini, tidak memiliki separuh pun daripada jumlah penuh HPnya. Jika dia menerima serangan ini, dia akan mati serta-merta.

Berikutan dengan belahan pedang agung itu ke bawah, satu bunyi yang kuat terhasil dan angin kencang meliputi seluruh kawasan dewan.

"Eh? Aku masih hidup?" Cola membuka matanya dan menemui yang sekelilingnya belum lagi bertukar menjadi hitam pekat. Sebaliknya, dia terlihat satu susuk yang biasa dilihatnya berdiri di hadapannya. Dia segera berteriak dalam rasa terkejut, "Abang Feng!"

"Lari, cepat!" Walaupun Shi Feng sudah Menangkis serangan tadi dengan kedua-dua pedangnya, Raja Kobold itu bersedia melibas pedangnya buat kali kedua. Dalam keadaan tidak dapat menggunakan Tangkis lagi, Shi Feng hanya mampu menggunakan Kemahiran penyelamat nyawa, Bilah Pertahanan.

Cola tidak berani untuk tinggal lebih lama, dia segera berlari dari situ. Sementara itu, jampi penyembuhan daripada empat penyembuh kini ditumpukan pada Cola, memulihkan sepenuhnya HP yang hilang.

Selepas melarikan diri sejauh dua ela, Cola berpaling ke arah bunyi yang seperti batu-bata meletup dalam telinganya dan terlihat awan debu berterbangan di udara.

Berikutan itu, Shi Feng berlari keluar daripada awan debu tersebut, tidak berani untuk tinggal lebih setengah minit sekali pun. Tambahan pula, Raja Kobold yang sedang mengamuk itu memiliki kebolehan untuk terus membunuh dia.

Selepas Shi Feng berlari keluar, Raja Kobold sudah pun bersiap sedia untuk bertindak. Namun, sasarannya bukanlah Shi Feng, tetapi Cola yang sedang melarikan diri itu.

"Gunakan Rempuhan untuk menahannya!" Shi Feng tidak mahu membenarkan Raja Kobold melakukan sesuka hati.

Sejurus daripada arahan Shi Feng itu, tiga Berserker yang sedang memerhati dari jauh itu mula menggunakan Rempuh secara berperingkat. Rempuh yang pertama hanya menyebabkan Raja Kobold itu berhenti seketika. Selepas itu, Rempuh yang kedua membuatkannya berundur satu langkah ke belakang, manakala Rempuhan yang ketiga membuatkannya berundur ke belakang sebanyak dua langkah. Walaupun Raja Kobold itu tidak masuk ke dalam keadaan pengsan, ia sudah cukup memadai dengan hanya kesan Rempuh itu.

Selepas mereka selesai menggunakan Rempuh, semua Berserker segera beredar dari situ. Namun, salah seorang bergerak agak perlahan dan aura pedang yang datang daripada Belahan Mendatar Raja Kobold terus menembusinya. Dengan sekelip mata, HP Berserker itu jatuh kosong, badannya terlentang atas tanah.

Semakin pendek jarak, semakin kuat kemusnahan serangan Aura Pedang Raja Kobold. Hanya dalam jarak dua ke tiga ela, satu serangan sudah boleh terus membunuh MT yang bernyawa penuh, apatah lagi Berserker yang mempunyai HP lebih sedikit berbanding MT.

Namun, kematian Berserker itu tidak sia-sia. Sekurang-kurangnya, Berserker yang tersungkur itu dapat memberikan pasukan mereka lebih masa, membenarkan kedua-dua MT untuk terus hidup.

Ahli Sihir turut mula menggunakan kemahiran sekatan untuk menyekat Bos itu, membuatkan MT mereka menjadi takut daripada tercedera1. Dalam kalangan kemahiran yang bagus untuk menyekat Raja Kobold ialah teknik Cemeti Kejahatan Si Hitam. Raja Kobold membazirkan banyak masa untuk membebaskan diri daripada duri tersebut. Bintang Beku daripada Ahli Sihir yang lain sudah tidak dapat memberikan kesan beku pada Raja Kobold. Mereka hanya menggunakannya untuk memperlahankan pergerakan Raja Kobold, walaupun kesan yang dihasilkan itu tidak seberapa.

Masa berlalu sedikit demi sedikit. Walaupun Cola dan Tetakan Berhantu sedang dikejar ke seluruh tempat oleh Raja Kobold, nasib baik, mereka berdua masih hidup.

Akhirnya, amukan Raja Kobold sudah berhenti, mengembalikan keadaannya seperti sedia kala. Namun, kelajuan penyembuhan HPnya sudah ditingkatkan sewaktu ia sedang Mengamuk. HPnya sekarang ini sudah dikembalikan sebanyak lebih 50%, iaitu lebih 60,000 HP!

"Serangnya mengikut giliran!" Selepas Raja Kobold habis Mengamuk, Shi Feng semestinya tidak akan memberikan Bos itu sebarang peluang, dengan segera memulakan serangan balas mereka.

Dengan empat orang daripada mereka menyerang bergilir-gilir, Raja Kobold itu sekali lagi berada dalam posisi yang lemah. Lagipun, keempat-empat mereka itu sudah pun terbiasa untuk melakukan serangan bersama. Selepas beberapa minit, HP Raja Kobold itu jatuh kepada 20%.

Kali ini, Raja Kobold itu tidak Mengamuk. Sebaliknya, ia membuang pedang agungnya, lalu mengeluarkan dua pedang dwi-tangan berwarna merah darah yang mempunyai ukiran padanya. Selepas itu, Raja Kobold terus melibas pedang itu dengan gila. Dia bertukar menjadi puting beliung yang menelan segala-galanya dan apa-apa bersentuhan dengan pedangnya akan bertukar menjadi abu.

Gerakan ini merupakan salah satu gerakan terkuat Raja Kobold iaitu Ribut Pedang.

"Semua Berserker gunakan Rempuh, dan segera berundur! Ahli Sihir, gunakan teknik sekatan kamu dan berhati-hati untuk mengelak daripada terkena puting beliung itu! Jaga jarak sekurang-kurangnya 10 ela daripadanya!" Shi Feng segera berteriak.

Selepas berlawan sehingga ke tahap ini, semua orang dalam pasukan sudah semakin percaya dengan Shi Feng. Tanpa sebarang keraguan, Berserker terus menggunakan Rempuh.

Semua Pahlawan termasuklah Salji Lembut, bergegas ke arah Raja Kobold, merempuh Raja Kobold dengan badannya. Semua ahli sihir menggunakan Sfera Ais, manakala Si Hitam menggunakan Cemeti Kejahatan. Tujuh akar berduri menyekat kedua-dua belah kaki Raja Kobold, terus memperlahankan gerakan Raja Kobold dengan banyak. Kuasa pusingannya turut menjadi lemah.

Walaupun kelajuan Ribut Pedang Raja Kobold sudah mulai perlahan dan kekuatannya sedikit lemah, masih terdapat beberapa pemain yang disedut olehnya, menukarkan mereka menjadi daging cincang kurang daripada dua saat.

Dalam jangka masa Ribut Pedang selama 15 saat itu, daripada sejumlah 20 orang pemain dalam satu pasukan, enam orang telah mati. Antara mereka, terdapat dua Berserker, satu Penyerang Hendap, satu Cleric, satu Renjer dan satu Pemain Pedang. Sementara itu, Raja Kobold masih berbaki 10% daripada jumlah HPnya.

Melihat nyawa kedua-dua MT itu sudah nyawa-nyawa ikan, Raja Kobold sekali lagi membelah menggunakan kedua-dua pedangnya pada bahagian leher mereka. Sewaktu dua MT itu hampir sahaja dijemput ajal, Shi Feng muncul di belakang Raja Kobold itu.

Pengikat Neraka!

Panahan Kilat!

Belahan Berganda!

Sembilan rantai hitam pekat melilit Raja Kobold, menghalangnya daripada bergerak walau selangkah sekali pun. Selepas menyelamatkan dua MT itu, Shi Feng kemudiannya membuat satu siri serangan pada titik lemah Raja Kobold itu. Kelajuan dia menghunuskan pedang sangat pantas.

Salji Lembut hanya mampu terkejut pada kelajuan gerakan pedang dan ketepatannya. Namun, dia tidak membantutkan gerakannya lalu dia meneruskan belahannya pada Raja Kobold dengan menggunakan pedang agung.

Dalam masa tiga saat, semua orang telah meragut sebanyak 4000 HP Raja Kobold, menyebabkan HPnya itu turun ke tahap yang bahaya.

"Ao!"Raja Kobold itu sudah betul-betul marah kali ini.

Berikutan ngaumannya tadi, seluruh dewan mula bergegar.

Inilah gerakan terkuat Raja Kobold yang terakhir, Intimidasi Kematian. Kemahiran ini menyebabkan semua musuh dalam radius 50 ela untuk tumbang kerana takut, tidak mampu melakukan sebarang serangan untuk jangka masa selama 10 saat.

Tiba-tiba, mereka semua telah dibelenggu perasaan takut, berdiri kaku dan tidak dapat bergerak langsung.

Ketika ini, Raja Kobold mengeluarkan satu cemuhan seperti seorang manusia. Ia mengayun-ayunkan pedang berkembarnya untuk memulakan pembunuhan beramai-ramai. Dalam sekelip mata, Raja Kobold telah meragut nyawa seorang Berserker dan Penyerang Hendap.

Menghentam, sebilah demi sebilah pedang , kedua-dua MT turut terbunuh. Sementara itu, tidak sampai 4 saat berlalu semenjak Raja Kobold menggunakan Intimidasi Kematian. Sekiranya Raja Kobold itu terus melakukan sesuka hati, semua orang pasti mati tidak lebih daripada 10 saat.

Selepas separuh ahli pasukan sudah mati, Shi Feng pula menjadi sasaran Raja Kobold...

Shi Feng akhirnya mampu bergerak. Sebelum ini, dia telah mengaktifkan fizikal luar biasanya [2], ketahanannya terhadap rasa takut menjadi lebih tinggi berbanding orang lain. Jadi, tempoh masa berkesan ketakutan yang dicetuskan turut dikurangkan dengan banyak.

Namun, pedang Raja Kobold itu sudah pun mula mendarat. Tidak mampu mengelaknya, Shi Feng berteriak sambil mengaktifkan kemahiran Pelindung Nyawa. Pada saat-saat genting, baru sahaja pedang agung Raja Kobold itu hampir mengenai Shi Feng, Bilah Neraka sudah berjaya menahan serangan tersebut. Berikutan itu, seluruh badan Shi Feng dilayangkan, dengan kemunculan kemusnahan sebanyak 640 mata di atas kepalanya.

Nasib baik, Shi Feng mempunyai lebih 1,000 HP sekarang. dengan tambahan Pelindung Nyawa yang menyerap sedikit kemusnahan yang diterimanya, dia selamat daripada serangan Raja Kobold itu. Namun, Pelindung Nyawa telah dimusnahkan oleh serangan tadi.

Melihat Shi Feng yang tidak mati lagi, Raja Kobold berasa kagum. Ia kemudiannya berlari ke arah Shi Feng, mahu memberikan serangan terakhir.

Serangan Bayangan!

Belahan Sembilan Naga!

Diri pendua Shi Feng menggunakan Tangkis untuk menahan serangan Raja Kobold. Dengan serentak, pendua itu menggunakan Bilah Pertahanan dan berjaya melambatkan Raja Kobold untuk jangka masa yang singkat.

Sementara itu, Raja Kobold menerima serangan berterusan daripada sembilan Bilah Neraka. HPnya terus jatuh, meninggalkannya dengan hanya 1% sahaja lagi.

Melihat yang Tempoh Bertenang Bilah Pertahanannya telah tamat, Shi Feng sekali lagi menggunakan kemahiran ini. Dari jarak sepuluh ela, Shi Feng mula menyerang Raja Kobold menggunakan aura pedang. Kemusnahan lebih 100 mata muncul tanpa henti atas kepala Raja Kobold, meragut nyawanya sedikit demi sedikit.

Selepas Raja Kobold berjaya menyingkirkan pendua Shi Feng, HP yang berbaki tidak mencecah 300 mata. Tiba-tiba dia melemparkan kedua-dua bilah pedangnya ke arah Shi Feng. malang sekali, kedua-dua bilah pedang tersebut berjaya ditahan oleh Bilah Pertahanan Shi Feng. namun, Raja Kobold masih tidak putus asa. Dia bertukar menjadi bayang-bayang, lalu muncul secara tiba-tiba di hadapan Shi Feng dan mencakar Shi Feng menggunakan kukunya.

Pada waktu ini, Panahan Kilat Shi Feng sudah boleh digunakan lagi. Sambil menahan kuku tajam dengan Bilah Merah, Shi Feng menetak leher Raja Kobold dengan Bilah Neraka, pedang itu bertukar menjadi sambaran kilat lalu memanah sasarannya.

Peng! Shi Feng terpelanting ke dinding, dengan keadaan nyawa-nyawa ikan. Pada masa yang sama, Raja Kobold telah tersungkur atas lantai, langsung tidak bergerak!

Shi Feng telah naik satu tahap. Mencapai Tahap 7.

Selonggok besar barangan bertaburan.

Di antara barang tersebut, terdapat satu barang yang bersinar secara luar biasa. Barang itu memancarkan sinaran berwarna perak yang berunsur kejahatan, menggerunkan sesiapa sahaja yang melihatnya.

"Bilah Abu!" Shi Feng terkejut melihat barang ini.

Barang ini merupakan barang lagenda Kubur Bulan Gelap. Dalam kehidupan Shi Feng yang lepas, dia hanya terdengar khabar angin tentangnya dan tidak pernah sekali pun melihatnya depan-depan.

Next chapter