webnovel

Bilah Abu(1)

Editor: EndlessFantasy Translation

Walaupun ahli-ahli Ouroboros mengagumi Shi Feng, mereka masih merasakan amat mustahil bagi mereka untuk menyingkirkan bos ini. Apa yang akan berlaku jika mereka disingkirkan?

Walau bagaimanapun, Salji Lembut telah menganggukkan kepalanya sebagai tanda persetujuan. Ini bermakna dia juga akan turut sedia menghadapi risiko ini. Walaupun semua orang akan kehilangan 10% pengalaman dan Kecekapan Kemahiran, kalah kepada persatuan lain dari segi tahap, dia akan memikul semua tanggungjawab ini.

Walaupun 10% pengalaman nampak seperti sedikit apabila seorang pemain mencecah Tahap 6, mengumpulkan pengalaman sebanyak 10% memerlukan sekurang-kurangnya 2 ke 3 jam usaha yang berterusan. Jika pasukan disingkirkan hasil daripada keputusan Salji Lembut, kekalahan yang dialami pasukan bukanlah suatu perkara yang kecil. Jelas sekali kepercayaan yang dia letakkan pada Shi Feng sangat besar.

Ahli-ahli Ouroboros memandang antara satu sama lain, berperasaan yang mereka sangat kerdil.

Selepas lama bermain permainan realiti maya, mereka sudah menjadi semakin stabil. Mereka fikir, bagi meningkatkan kedudukan di dalam persatuan, semakin sedikit kematian yang mereka alami, semakin baik. Akan tetapi, tanpa mengetahuinya, mereka terlupa akan satu perkara yang paling penting apabila bermain permainan realiti maya ini…

Keseronokan mengembara! Ia merupakan sebab mengapa ramai orang bermain permainan realiti maya.

Mereka telah pun mendapat habuan mewah dari Dungeon. Seperti apa yang Shi Feng katakan, semua ini tidak penting, walaupun mereka telah mati.

"Ketua, kami akan lakukan seperti apa yang kamu katakan. Apa-apa sahaja yang kamu mahu saya lakukan, saya pasti akan lakukan," Pahlawan Berperisai, Tetakan Berhantu, melihat ke arah Shi Feng, menepuk-nepuk dadanya sambil dia berkata.

"Ketua, katakanlah."

"Ya, katakan."

Ahli-ahli Ouroboros semuanya memandang ke arah Shi Feng. Mereka telah berfikir masak-masak. Jika mereka rugi sekali pun, lantaklah. Walau bagaimana pun, jika mereka berjaya, kemasyhuran yang tidak terperi menanti mereka.

"Disebabkan semua orang sudah bersetuju, saya akan memberitahu kamu semua strategi saya. Selepas kita mula menyerbu, hanya saya, Cik Salji, dan 2 MT akan bertarung dengan Raja Kobold. Semua yang lain kekalkan jarak. Berserker, dengar arahan daripada saya untuk menggunakan Rempuh. Penyerang Hendap, selepas berikan Bos kesan pendarahan, segera jarakkan diri dan gunakan busur untuk menyerang. Pemain jarak jauh yang lain perlu mengeluarkan sebanyak mana kemusnahan yang boleh. Walau bagaimanapun, tumpukan perhatian untuk mengekalkan jarak 25 ela atau lebih dari Bos. 2 Cleric dan Druid perlu fokus dalam menyembuhkan MT, sementara Oracle akan menyembuhkan Cik Salji dan saya," Shi Feng mula menjelaskan strateginya, memberikan Salji Lembut dan yang lain penerangan yang terperinci tentang kaedah pertarungan putaran.

Kaedah pertarungan putaran ialah teknik yang bagus untuk membenarkan yang lemah untuk menang menentang yang kuat. Ia merupakan teknik khas untuk menentang bos-bos.

Ketika hayat Shi Feng yang lalu, kaedah pertarungan ini dijumpai oleh pakar sebulan selepas Kawasan Tuhan dibuka. Para pakar ini telah mengeluarkan teknik di dalam pertarungan yang sebenar menentang Bos Dungeon. Tidak disangka-sangka, teknik ini membuahkan hasil. Bos-bos yang mereka tidak terdaya melawan, kini dapat disingkirkan dengan mudah. Selepas itu, teknik ini perlahan-lahan tersebar, hampir semua ahli-ahli Pasukan Elit Persatuan telah mempelajari teknik ini.

Ketika ini, jika mereka berhasrat untuk menyingkirkan Pangkat Ketua Raja Kobold, mereka perlu menggunakan kaedah pertarungan ini. Jika tidak, lagi banyak pertarungan, lagi banyak kematian bakal berlaku. Tidak ada lagi pengecualian.

Selepas Shi Feng habis memberi penerangan, semua orang memasuki dewan besar dalam makam. Raja Kobold, dilengkapi dengan perisai berwarna biru, masih berdiri senyap di tengah-tengah dewan.

"Cola, mulakan serbuan. Tumpukan perhatian kepada kedudukan dan biarkan Raja Kobold diserang oleh pemain-pemain jarak jauh. Selepas itu, kamu dan saya akan bekerjasama untuk berhadapan dengan Bos. Apabila mereka tidak mampu bertahan lagi, Tetakan Berhantu akan bertanggungjawab untuk melengahkan Bos dan bekerjasama dengan Cik Salji untuk menahannya. Selepas kita telah menstabilkan kelakuan ganas Bos, semua pemain jarak jauh boleh mula memberikan kemusnahan..." Shi Feng menanggalkan pedang dari sarungnya, memberikan arahan satu persatu dengan cara yang teratur.

"Serahkan kepada saya!" Cola muncul dengan sedikit panik. Walaubagaimana pun, selepas dibimbing oleh Shi Feng untuk jangka masa yang lama, dia mula menunjukkan potensi sebenar sebagai seorang pakar.

Selepas semua orang berada di posisi, Cola segera menyerbu ke arah Raja Kobold dengan tubuh badannya yang sasa seperti beruang. Walau bagaimanapun, sebelum sempat dia melepasi separuh jarak, dan memberi amaran kepada Raja Kobold, dia menggunakan Pukulan Perisai Dewa. Perisai Cola melayang jauh, bertukar menjadi tahi bintang yang menembak ke arah Raja Kobold.

Sebaik sahaja perisai terbang itu hampir sampai ke Raja Kobold, Raja Kobold tiba-tiba membuka matanya, mengeluarkan 2 bola darah merah. Mulutnya terbuka luas, mendedahkan kejahatannya dan senyuman yang dingin. Dengan menghunuskan pedang agungnya, Raja Kobold menghantar perisai terbang itu pergi. Perisai terbang tidak menyebabkan apa-apa kesan kemusnahan pada Raja Kobold.

Sebelum seorang pun terkejut dengan kemahiran Raja Kobold, Raja Kobold telah melangkah besar ke hadapan. Ia telah sampai ke Cola dengan sekelip mata, pedang agungnya dihayun ke bawah.

Dengan tangannya memegang perisai, Cola menghadang serangan dari pedang agung, menerima lebih dari 400 kemusnahan. Sementara itu, sebelah lagi tangan Cola tiba-tiba mengeratkan genggamannya pada pisau, dan dengan teriakan, dia memotong, menghayun ditepi pedang agung yang hitam itu.

"Peng!" Pedang dihayunkan dari Raja Kobold, disebabkan oleh serangan yang dihasilkan dari pisau Cola, menghasilkan kesan pad perisainya dan tercampak ke tanah, menyebabkan rentak pertarungan Raja Kobold terhenti.

"Sangat baik!" Shi Feng muncul di belakang Cola pada ketika ini. Shi Feng menghayun Bilah Merah, memukul pedang agung Raja Kobold sekali lagi, menyebabkan pedang agung terbenam lebih dalam. Pada masa yang sama, Shi Feng melakukan tetakan, menggunakan Bilah Neraka, pedang bertukar kepada sinaran hitam yang menusuk ke leher Raja Kobold.

Pada ketika ini, mereka akhirnya menyebabkan kemusnahan kepada Raja Kobold, dengan kemusnahan sebanyak 193 mata terpapar di atas kepalanya.

Sebelum Shi Feng menarik pedangnya, Raja Kobold melepaskan genggamanya ke atas pedang agungnya, melepaskan tumbukan ke arah Shi Feng.

"Tukar!" Shi Feng menjerit.

Tetakan Hantu telah lama menunggu di tepi. Dengan segera dia menghantar satu libasan ke lengan Raja Kobold. Sebagai kesan dari serangan itu, dia berundur dua langkah ke belakang disebabkan oleh tumbukan Raja Kobold bersama dengan kemusnahan sebanyak 200 mata muncul di atas kepalanya. Walau bagaimanapun, Raja Kobold juga terpaksa ke belakang, badannya hampir hilang keseimbangan.

Salji Lembut jadi kelam-kabut pada ketika ini, Pedang Agung Api Semangat miliknya bertukar menjadi pedang api tatkala dia menggunakan Libasan Api pada pembukaan antara perisai Raja Kobold, menyebabkan 132 kemusnahan padanya.

Tidak lama selepas itu, Raja Kobold akhirnya berjaya untuk menstabilkan badannya. Dia menghunus pedang agungnya dengan penuh kemarahan, mengeluarkan Libasan Mendatar.

Walau bagaimanapun, Cola sudah pun selangkah di hadapannya dan memaksanya untuk menerima Libasan Mendatar ini. Kesannya, tiada sesiapa lagi yang menerima sebarang kemusnahan daripada serangan Raja Kobold. Cola sendiri telah menerima 560 kemusnahan. Nasib baik, masih terdapat 3 penyembuh merawatnya pada waktu yang sama, meningkatkan HPnya dari keadaan kritikal kepada lebih dari separuh.

Selepas itu, Shi Feng dan Salji Lembut berterusan saling menyerang, sementara Cola dan Tetakan Hantu berterusan menerima kemusnahan, dan para penyembuh menyembuh mereka tanpa henti. Dengan cara itu, pasukan akan perlahan-lahan menurunkan HP Raja Kobold.

Selepas bekerjasama untuk beberapa pusingan, Salji Lembut sangat terkejut. Dia tidak terfikir ada cara untuk menentang Bos. Dia benar-benar tidak tahu bagaimana Shi Feng boleh terfikir akan teknik tersebut.

Walau bagaimanapun, apa yang lebih memeranjatkan semua orang ialah kemusnahan yang disebab oleh Shi Feng. Kemusnahan yang dihasilkan olehnya membuatkan semua orang tergamam.

Panahan Kilat tunggal mampu menghasilkan sehingga 700 jumlah kemusnahan. Pemisah Bumi menghasilkan lebih 400 kemusnahan, manakala serangan biasanya menghasilkan lebih 100 kemusnahan. Pada masa yang sama, Salji Lembut, yang dilengkapi dengan pakaian Set Kelengkapan Besi Misteri dan pedang agung Rahsia-Perak, hanya mampu untuk memberikan 240 kemusnahan, walaupun selepas menggunakan kemahiran terkuatnya. Melihat kepada perkara itu, semua orang mula berfikir, di antara Shi Feng dan Salji Lembut, siapa sebenarnya Berserker di sini?

Walau bagaimanapun, tiada sesiapa yang tahu Shi Feng mengguna pakai Senjata Magis di tangannya. Tambahan kepada Set Kelengkapan Bulan Perak dan kemahiran kemusnahannya, yang mana kini berada di Tahap 4 ke Tahap 5, kemusnahan yang dia mampu cetuskan akan meningkat dengan mendadak secara semula jadi.

"Pemain jarak jauh boleh mula menyerang sekarang," Shi Feng menjerit di dalam perbualan pasukan selepas merasakan yang Kebencian Bos telah stabil sepenuhnya.

Pada ketika ini, yang lain baru memulakan pertarungan. Para bomoh telah mula membacakan jampinya, menghantar Bola Api dan Panahan Gelap. Sementara itu, para pemain jarak jauh berterusan memanah menggunakan busur mereka, menyebabkan beberapa siri kemusnahan kepada Raja Kobold. Di dalam semua serangan ini, Zhao Yueru orang yang memberikan kemusnahan tertinggi dalam satu serangan, di mana lebih dari 100 kemusnahan. Mengikutinya, Si Hitam yang juga memperoleh lebih 80 kemusnahan dengan setiap Panahan Gelapnya, sementara yang lain hanya memperolehi 40 ke 50 kemusnahan.

Di bawah arahan Shi Feng dan kombinasi serangan yang berterusan, Raja Kobold menjadi tidak terdaya. Raja Kobold dipaksa berundur, selangkah demi selangkah, sehingga HPnya berterusan menurun tanpa henti. Dari mula hingga ke akhir, ia berterusan dipaksa sehingga dia menjadi pasif, tidak berupaya untuk untuk menunjukkan potensinya yang sebenar.

Selepas diasak bertalu-talu lebih dari 10 minit, HP Raja Kobold telah menurun ke bawah 30%. Menghampiri sempadan memasuki keadaan Berserk, badan Raja Kobold mula membesar, dan ototnya mengembang.

"Selepas dia ke keadaan Berserk, kita tidak akan lagi dapat bertahan lama. Pemain jarak jauh hentikan semua serangan, dan MT bersedia untuk mengaktifkan kemahiran menyelamatkan nyawa untuk melepaskan diri. Jangan lupa untuk menarik perhatian Bos sebelum berlari. Yang lain patut menjarakkan diri kalian daripada Bos. Pahlawan-pahlawan lain, tunggu arahan saya untuk menggunakan rempuhan. Para bomoh yang mempunyai kemahiran yang terhad patut bersiap sedia," selepas melihat Raja Kobold mula memasuki keadaan Berserk, Shi Feng mengingatkan mereka semua dengan jelas. Dengan segera, dia juga menjarakkan dirinya dengan Raja Kobold.

Berserk Bos Pangkat Ketua bukan lah sesuatu yang boleh dipandang rendah. Jika tidak diuruskan dengan betul, kesannya ialah penyingkiran seluruh pasukan. Sekarang, peluang mereka untuk berjaya membunuh Raja Kobold bergantung sama ada 2 MT berjaya untuk menyelamatkan diri atau tidak.