webnovel

Sarah…..Sarah….

"Apa yang kita nak buat dengan dia ni?" tanya salah seorang daripada orang suruhan Shahril.

"Kita bawa dia ke tempat biasa. Lepas tu kita tunggu hingga dia sedar. Tapi ingat, kalau boleh biarlah dia bangun sebelum pukul 9.00 malam."

"Kenapa bos?"

"Ada aksi menarik yang ingin aku tunjukkan kepada kamu semua" Shahril bermain teka-teki. Dia tidak mahu memberitahu apa yang ingin dilakukannya kepada Doktor Sarah. Dia lebih suka memberi kejutan.

"Aksi apa bos? Lain macam je bunyinya...….."

"Kau tunggu sahaja." Shahril memandang kea rah Doktor Sarah. "Sarah…..Sarah…." kata Shahril lagi. Dia mengusap-usap rambut wanita itu.