webnovel

NAGA PUSAR

Empayar bangun dan jatuh di Benua Yulan. Saint, makhluk abadi dengan kuasa yang tidak boleh dibayangkan, pertempuran menggunakan jampi dan pedang dan jampi, meninggalkan api kehancuran. Binatang buas berkuasa ajaib memerintah gunung, di mana yang berani - atau yang bodoh - pergi menguji kekuatan mereka. Bahkan yang berkuasa juga kalah, dibaham oleh mereka yang lebih kuat. Yang kuat hidup seperti raja; yang lemah berusaha untuk hidup untuk satu hari lagi. Ini ialah dunia di mana Linley dilahirkan. Dibesarkan dalam pekan kecil Wushan, Linley ialah keturuan puak Baruch, puak yang satu ketika dulu legenda Pahlawan Berdarah Naga. Kemasyhuran mereka pernah menggoncang dunia, tetapi puak itu telah menjadi lemah bahkan barang pusaka puak itu telah dijual. Ditugaskan untuk menuntut kembali kemuliaan puak yang hilang itu, Linley perlu melalui ujian dan kesengsaraan yang tidak terkira banyaknya, mendapat sahabat yang berkuasa dan juga musuh yang membunuh. Mari saksikan legenda baru yang sedang ditempa. Legenda Linley Baruch. This is the world which Linley is born into. Raised in the small town of Wushan, Linley is a scion of the Baruch clan, the clan of the once-legendary Dragonblood Warriors. Their fame once shook the world, but the clan is now so decrepit that even the heirlooms of the clan have been sold off. Tasked with reclaiming the lost glory of his clan, Linley will go through countless trials and tribulations, making powerful friends but also deadly enemies. Come witness a new legend in the making. The legend of Linley Baruch.

I Eat Tomatoes · Fantasy
Not enough ratings
806 Chs

Bunuh Sesiapa Sahaja yang Datang!

Editor: EndlessFantasy Translation

Di dalam istana.

Singa Salju Glasier yang dijinakkan oleh Clayde dijaga oleh sepuluh atau lebih pekerja. Setelah menjaganya sekian lama, penjaga Singa Salju Glasier sudah dapat meneka apa yang dimaksudkan oleh Singa Salju Glasier ngauman makhluk itu.

"Di mana Singa Salju?" tempik seorang pengiring istana lelaki berjubah putih.

"Tuan, Singa Salju sedang tidur," jawab salah seorang penjaga Singa Salju Glasier dengan hormat.

"Mm." Pengiring istana itu mengangguk dengan angkuh.

"Aum! Aum!" Tiba-tiba, ngauman bengis kedengaran. Ngauman itu kedengaran tidak keruan dan kebimbangan.

Wajah pengiring yang bertanggung jawab menjaga Singa Salju Glasier serta-merta berubah apabila mendengar ngauman tersebut. Pengiring istana berjubah putih itu lebih risau. Dia bertanya, "Apakah yang berlaku? Apa yang tak kena dengan Singa Salju?"

Sambil mengaum ganas, Singa Salju meluru ke arah mereka.