"Mia?"
"Ya?" suara Am yang datang dari sisi, menarik perhatian aku padanya. Kami berdiri bersandar dikereta yang dimiliki Am sambil menunggu abang Amier turun dari tingkat atas bangunan pasaraya besar itu.
"Saya harap awak tak kisah kalau saya tanya benda ni." Nadanya mendatar dan kurasakan penuh berhati-hati membuatkan aku makin ingin tahu akan isi soalannya nanti.
"Hm.. tanyalah...saya akan jawab, kalau saya boleh jawab."
"Sebenarnya dari awal lagi saya nak tanya.. tapi, macam tak kena pula..."
"Dah kenapa pula awak ni? Tanya sajalah.."
"Macam ni... saya tengok; hubungan awak dengan keluarga awak tu... macam..."
"Pelik?" aku sengaja menyampuk apabila mendapati Amry kelihatan makin ragu-ragu dengan ayatnya sendiri.
"...ya...tapi, saya tak bermaksud lain... cuma..." dia mula panik; ternyata dia cuma tak ingin aku terasa hati dengan sifat ingin tahunya itu.
"Pfft.. tak apa, Am... saya faham... diorang memang lain sikit; lagi-lagi dengan saya... mungkin sebab saya ni perempuan... sebab itulah ada pepatah; jaga lembu sekandang lagi senang dari jaga seorang anak perempuan, kan?" aku melayang sebaris senyuman yang makin terasa kelat kepadanya; bagai cuba menahan perasaan yang mula terasa pedih dihati.
"...tapi, kenapa? Saya tak nampak pun apa-apa perbezaan antara awak dengan abang-abang awak tu..."
"Banyak... sebenarnya, Am... banyak kurangnya saya dari adik beradik saya yang lain." Aku kembali mengalihkan pandangan darinya dan melayangkan pandangan ke arah hadapanku; kelihatan beberapa kenderaan mula memenuhi ruangan keluar masuk laluan parkir pusat membeli belah itu.
"Maksud awak?" aku menarik nafas panjang sebelum mula mengulas lagi kepadanya.
"Ketiga-tiga abang saya dapat sambung belajar, tiga-tiga cemerlang... dua orang abang saya tu dah dapat kerja tetap, abang Amier, walaupun dia selalu tukar-tuka kerja, dia tetap ada kemahiran dan bakat dia sendiri... dan diorang selalu bantu mak dengan ayah secara kewangan... saya... nak sambung belajar pun tak layak, sebab tak pandai... kawan pun tak nak dekat sebab saya tak ada kerja... saya tak ada bakat dan keyakinan untuk bercakap dengan orang ...jadi, nak tolong keluarga pun macam tak layak saja." Aku mengakhiri ayatku sambil berpaling padanya semula; senyuman tadi sengaja kukekalkan walau hatiku makin sakit.
"Mia..."
"Kenapa pula awak buat muka macam tu? Hish, dia ni... tadi; dia yang tanya; sekarang, dia yang sedih..."
"Kenapa dulu awak tak sambung belajar?" aku terse ntak apabila dia mengemukakan soalan yang tampak ringkas itu.
"Er... kan saya dah cakap, saya tak layak... saya tak ada potensi pun untuk sambung belajar..macam membazir pula kalau saya tak dapat skor, kan?" bohongku; cepat-cepat aku mengalihkan pandangan darinya.
"..tapi, itu bukannya apa yang saya nampak."
"?!?!"
'Apa yang... dia merepek ni? Takkanlah dia nampak apa yang aku rasa?' aku mula cuak dengan pernyataan spontannya tadi.
"Awak...?!!?"
"Hah, sorry lama tunggu... banyak pula peminat minta tandatangan dan gambar; naik lenguh tangan aku..."
"...." Amry hanya terdiam sambil mengalihkan pandangannaya dari aku; ternyata dia masih tak puas hati dengan perbualan kami yang terganggu tadi.
"Abang kan dah jadi popular sekarang?"
'Nasib baiklah abang datang tepat pada waktunya... kalau tak, entah apa lagilah di Amry ni nak korek dari aku...' dalam diam aku berasa senang kerana dapat melarikan diri dari situasi tadi.
"Hmm.. itulah, penat juga jadi kau ni; kan? Dah, jom kita pergi makan... eh? Ni dah kenapa pula kau ni?"
"Am? Kenapa ni?"
"Tadi... kau kata... kau ambil gambar dan bagi tandatangan, kan?"
"Hmm... kenapa?"
"Tandatangan siapa kau bagi?"
"Akulah! Siapa lagi? Eh?" terbeliak mata Amier apabila teringat akan apa yang baru saja terjadi tadi.
"Pfft...Abang!" Mia cuba menahan senyumnya dengan menakup kedua tangannya ke mulut.
"Seriously..." Amry memegang kepalanya sambil menggelengkan kepalanya.
Pada masa yang sama;
"Wei, aku nak tengok tandangan yang kau dapat dari Amry tadi, boleh? Tak sangka dapat jumpa dia! Handsome gila kot!" di dalam pasaraya besar tadi, kelihatan ada dua orang gadis sedang minum di salah satu cafe disitu dengan reaksi teruja.
"Boleh, kejap... hah, ni... itulah, nasib baik aku tak pengsan tadi." Salah seorang gadi itu mengambil buku note kecil dari dalam begnya sebelum menghulurkannya kepada rakannya tadi.
"Apa ni?" nada tak puas hati di lontarkan oleh rakannya itu apabila melihatkan muka surat yang dibukanya itu tidak seperti yang di jangkakan sebelum ini.
"Apa? Nilah tanda...tangan?eh? kenapa... ni nama siapa pula ni? Tapi, serious;aku minta tandangan Amry lah tadi! Ni kenapa ada conteng ni?" giliran gadis itu pula bersuara dengan nada berang.
"Mungkin kau tersalah letak, kot? Ataupun ada orang tukar?" rakannya cuba menenangkan gadis itu selari menghulurkan kembali buku nota tadi kepadanya.
"Hish! Sakit pula hati! Buat penat saja aku berpusu tadi... nasib baik dapat gambar dia."
"Sabar sajalah. Jina... mungkin lainkali kita akan dapat peluang lagi..."
"Hmm.. yalah..." walaupun dia menjawab dengan nada pasrah; gadis itu tetap melepaskan keluhan dengan perasaan hiba.
Sementara itu;
"Uhuk! Uhuk! Uhuk!"
"Abang, perlahanlah sikit! Hish... macam dari semalam tak makan..." tegurku sambil menghulurkan air dan tisu kepadanya.
"Aku tersedaklah... bukan sengaja pun."
"Hmm... yalah..."
"..."
"Am, kenapa awak tak makan?" aku tertarik pada Amry yang maish tak menjamah makanan yang berada didepannya itu sejak tadi lagi; seperti ada yang mengganggunya.
"Tak apalah... saya tak lapar pun."
"Eh? Mana boleh tak lapar? Pagi tadi pun awak makan sikit saja, kan?"
"Saya dah kenyang."
"!?!"
'Dah kenapa pula dia macam tak puas hati ni?' aku terdiam apabila nadanya sedikit tegas dari tadi.
"Alah... kau marahkan aku lagikah? Aku bukannya sengaja... lagipun aku tengah penat... baru lepas buat event kau, kan? Manalah aku perasan..." selamba nada abang sambil menyuapkan nasi berlauk kari ayam kedalam mulutnya.
"Lepas ni, kau kena berlatih buat tandatangan aku sampai dapat... supaya lain kali kau takkan tandatangan sebagai Amier Qushairi... tapi sebagai Amry Syah, faham!"
"No problem..."
"...."
"Abang!"
"Ya, aku tahulah... aku akan buat apa yang kau suruh tu, okay?" setelah didesak, dan dijeling Amry dari tadi, baru abang mengalihkan pandangannya kepada aku dan Amry yang duduk berhadapan dengannya.
"...." walaupun dia masih kelihatan tak puas hati, kelihatan Am lebih tenang dari sebelumnya.
"Hah, abang kan dah cakap macam tu.. awak janganlah risau lagi, okay? Nanti abang akan biasa juga dengan tandatangan awak tu... dah, makan dulu... kejap lagi kita kena balik."
"Fine..."
"But, still.... bayangkan muka peminat kau bila nampak tandatangan aku? Hahahah!!"
"...." sekali lagi wajahnya berubah sambil menjeling ke arah abang.
"Abang!"
"What? It's really funny, duh!"
"Abaikan dia, Am.. awak makan saja..."
"Mia."
"Apa?" Nada abang yang kedengaran agak kontra dari sebelumnya menarik perhatian aku padanya semula.
"Mak macam mana?"
"...."
"?!?!" aku terdiam sambil memerhatikan reaksi abang kini; ternyata dia rindukan mak. Aku tak nafikan memang selama ini pun abang memang sayangkan mak lebih dari ayah dan mak pula selalu lebihkan abang Amier dari anak yang lain. Jadi, tak pelik kalau abang teringatkan mak kini.