webnovel

MMORPG: Kelahiran Semula Pelindung Legenda

Pheonix ialah makhluk legenda, satu keajaiban dunia, gambaran kehidupan dan kemusnahan. Makhluk kisah dongeng ini menandakan kebangkitan seorang hero dalam dunia maya di mana pertempuran berlaku demi kehormatan dan kemuliaan! Zhang Yang ialah seorang pemain dalam permainan yang pertama dan terbaik merevolusikan dunia: Keajaiban Tuhan. Permainan di mana pengetahuan tradisional tentang RPG tidak penting lagi, pemain perlu mensasarkan dan mengelak serangan secara manual. Menimbulkan jurang yang ketara dalam kemahiran antara pemain profesional dan amatur. Kejatuhan Zhang Yang datang terlalu cepat. Teman wanitanya dirampas, kesatuannya diganggu dan dibubarkan, dan juga didorong untuk membunuh diri! Terjun turun dari tingkat atas hotel, Zhang Yang berasakan dia sedang terbang seperti phoenix. Apa yang dia tidak tahu, pengakhiran hidupnya menandakan kebangkitan dia dari abu! Zhang Yang was a professional gamer in the first and most fantastic game that revolutionized the world: God’s Miracle. A game where traditional knowledge in RPGs did not matter anymore, players would have to manually target and evade attacks, giving rise to a significant gap in skill between a professional and an amateur gamer. Zhang Yang’s downfall came a little too soon. His girlfriend was snatched, his guild was harassed and disbanded, and he was even driven to commit suicide! Jumping off the top floor of a hotel, Zhang Yang seemed as though he was soaring like a phoenix. Little did he know that the end of his life also signified his rise from the ashes!

Flying Alone · Games
Not enough ratings
856 Chs

Pengekstrakan Pergigian Zombi

Editor: EndlessFantasy Translation

[Zombi-zombi Tidak Berotak] (Elit, Yang Abadi)

Tahap: 86

HP: 86, 000

Pertahanan: 450

Walaupun Zombi-zombi Tidak Berotak ini dinamakan 'Tidak Berotak', otak zombi-zombi ini masih dalam keadaan baik. Hanya daging dan tulang mereka sahaja yang mereput dengan teruk, dengan cacing-cacing yang boleh dilihat merangkak di seluruh dagingnya. Ia sangat menjijikkan!

Muka Han Ying Xue dan Wei Yan Er menggerenyet dan mereka kelihatan seperti perut mereka senak ditendang bola sejurus sahaja mereka melihat zombi-zombi itu. 

"Kenapa aku merasakan seperti kita sedang melihat cerita zombi?" Rungut Wei Yan Er.

Zhang Yang mengangkat perisai dan pedangnya, kemudian dia melontarkan <Lembing Penghapusan> ke arah salah seorang Zombi Tidak Berotak kerana ia sudah menjadi rutin harian untuk melontar <Lembing Penghapusan> untuk menarik perhatian raksasa dari jauh untuk mengawal keadaan supaya raksasa-raksasa itu tidak mengerumuninya. 

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com