webnovel

MMORPG: Kelahiran Semula Pelindung Legenda

Pheonix ialah makhluk legenda, satu keajaiban dunia, gambaran kehidupan dan kemusnahan. Makhluk kisah dongeng ini menandakan kebangkitan seorang hero dalam dunia maya di mana pertempuran berlaku demi kehormatan dan kemuliaan! Zhang Yang ialah seorang pemain dalam permainan yang pertama dan terbaik merevolusikan dunia: Keajaiban Tuhan. Permainan di mana pengetahuan tradisional tentang RPG tidak penting lagi, pemain perlu mensasarkan dan mengelak serangan secara manual. Menimbulkan jurang yang ketara dalam kemahiran antara pemain profesional dan amatur. Kejatuhan Zhang Yang datang terlalu cepat. Teman wanitanya dirampas, kesatuannya diganggu dan dibubarkan, dan juga didorong untuk membunuh diri! Terjun turun dari tingkat atas hotel, Zhang Yang berasakan dia sedang terbang seperti phoenix. Apa yang dia tidak tahu, pengakhiran hidupnya menandakan kebangkitan dia dari abu! Zhang Yang was a professional gamer in the first and most fantastic game that revolutionized the world: God’s Miracle. A game where traditional knowledge in RPGs did not matter anymore, players would have to manually target and evade attacks, giving rise to a significant gap in skill between a professional and an amateur gamer. Zhang Yang’s downfall came a little too soon. His girlfriend was snatched, his guild was harassed and disbanded, and he was even driven to commit suicide! Jumping off the top floor of a hotel, Zhang Yang seemed as though he was soaring like a phoenix. Little did he know that the end of his life also signified his rise from the ashes!

Flying Alone · Games
Not enough ratings
856 Chs

Menghapuskan Necromancer!

Editor: EndlessFantasy Translation

Wei Yan Er meletakkan kesemua [Gigi Zombi] di atas lantai seolah-olah mereka menghadiahkan harta karun itu kepada Zhang Yang. "Wahai orang tua yang dihormati, tengok ini. Bagus tak kami? Berjaya melengkapkan cabaran itu dalam masa yang sangat singkat! Janganlah kamu bersikap kedekut, tolong beri kami lebih ganjaran!"

Oh tuhan, budak perempuan ini hanya memikirkan duit dan emas sahaja, dengan NPC sekalipun dia cuba untuk berunding!

Kyle Dylan tersenyum kekok, "Budak perempuan, kamu berlawan dengan nama keadilan, jadi ia agak biadab untuk menilai keberanian kamu dengan kepingan emas!"

"Jangan risau tentangnya!" Kedua-dua matanya bersinar sambil dia berkata, "Kamu boleh baling berpuluh-puluh ribu emas kepada aku. 

Kyle Dylan ketawa berdekah-dekah, kemudian menyambung, "Budak kecil, kamu sangat lucu! Baiklah, berhenti bergurau. Wahai pengembara-pengambara, kamu telah berjaya lakukannya sekali lagi, melengkapkan cabaran itu dengan sempurna!"

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com