38 Jualan Panas Perisai Tanah Bulat

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Sejak Zhang Yang memulakan cabaran 'Sahabat Doktor', dia belum lagi kembali ke bandar!

Apabila dia akhirnya kembali, perkara pertama yang dia lakukan ialah menyimpan semua barangan yang tidak digunakan ke dalam tempat simpanan miliknya sebelum dia memeriksa peti suratnya. Pembantu yang menguruskan kiriman telah memaklumkan beberapa hari lepas yang dia ada menerima beberapa kiriman, tetapi disebabkan dia jauh dari situ, dia masih belum mendapatkannya. 

Kiriman itu dihantar oleh rumah lelong yang memaklumkannya jualan [Perisai Tanah Bulat]nya telah berjaya dijalankan dan hasilnya adalah 870 kepingan emas. Dia menerima bayaran itu selepas cukai sebanyak 87 kepingan emas telah ditolak. 

Zhang Yang meneliti inventorinya dan menyedari dia kini mempunyai 15,300 kepingan emas. Jika permainan video ini mempunyai Papan Kedudukan Kemewahan Peribadi, dia pasti termasuk di dalam senarai itu!

Zhang Yang berniat untuk mempelajari kemahiran <Alkimia >, jadi dia mengambil keputusan untuk melupakan <Perlombongan > dan terus ke Kedai Alkimia. Untuk mengumpulkan harta melalui <Perlombongan >, ia akan mengambil tempoh yang panjang yang tidak Zhang Yang perolehi. Satu-satunya sebab dia mempelajari <Perlombongan > sebelum ini untuk menyelesaikan cabaran kelas di Kampung Pemula. 

Sejurus selepas itu, dia mengeluarkan resepi [Posyen Anti Bayangan Pemula] dan menepuknya ke dada. Satu cahaya keemasan menyala dan senarai <Alkimia >nya kini mempunyai penambahan. 

Zhang Yang pergi ke rumah lelong, membuka tetingkap pembelian, dan mencari kata kunci [Rumpai Brassica] dan [Bunga Gingko]. Sebaik sahaja dia memastikan carian itu, berbaris-baris barangan itu tersenarai. Kebiasaannya, satu timbun bernilai 20 kepingan perak. Namun, ada penjual yang cuba menipu dengan meletakkan hanya satu herba dan menjualnya pada harga yang sama dalam percubaan memperdaya pemain cuai yang ingin membelinya untuk mendapatkan sesuatu yang lain. 

Zhang Yang memilih dan membeli semua [Rumpai Brassica] dan [Bunga Gingko] yang berharga tidak melebihi 30 kepingan perak. Apa yang begitu banyak di rumah lelong sebelum ini kini telah dibeli habis dan hanya tinggal beberapa unit herba yang ditawarkan dan dijual pemain lain. 

Sementara yang lain sedang dalam proses membeli bahan yang sama, mereka tidak menyedari sebahagian besar bekalan barangan itu telah lenyap dan selepas menyedarinya, mereka naik berang. 

"Apa?! Mana semua [Bunga Gingko]? Aku baru nampak 100 timbun beberapa minit lepas, sekarang hanya tinggal 7 unit saja?! Bedebah! Manusia durjana mana yang nak jual 1 unit untuk 20 perak! Dua kali aku tekan periksa!"

"[Rumpai Brassica] pun dah habis. Apa ni? Macam mana aku nak tingkatkan tahap <Alkimia > aku kalau macam ni?!"

"Manusia bedebah mana yang kaya sangat dan beli semua herba ni sekaligus?!"

[Rumpai Brassica] ialah salah satu bahan yang digunakan untuk menghasilkan [Posyen Penyembuhan Pemula] sementara [Bunga Gingko] digunakan untuk membuat [Posyen Mana Pemula]. Kadar pengguguran kedua-dua bahan resepi ini agak tinggi dan pemain selalunya mengharapkan bahan ini untuk meningkatkan tahap <Alkimia > mereka. Kekecewaan yang pemain tunjukkan apabila Zhang Yang membeli habis semua bahan itu dapat dijangka.

Dia kembali ke peti suratnya sejurus selepas itu untuk mendapatkan semua [Rumpai Brassica] dan [Bunga Gingko] yang telah dibeli. Namun, dia kekurangan ruang dalam inventorinya untuk menyimpan semua bahan itu dan terpaksa menyimpan kebanyakan herba itu di dalam bank. Apabila satu-satu watak itu dicipta, sistem akan memberi mereka satu ruang bank percuma yang mempunyai 100 slot. Pemain kemudian perlu membuat bayaran sekiranya mereka memerlukan lebih ruang. Tambahan pula, lebih banyak slot yang dibeli, lebih tinggi harganya yang meningkat 10 kali ganda untuk setiap pembelian seterusnya. 

Zhang Yang telah membeli 3 ruang bank yang memberinya lebih ruang daripada yang diperlukan untuk menyimpan apa yang dibelinya daripada peti surat tadi. Namun, dia berasa terbeban semasa membelanjakan 1,100 kepingan emas untuk membeli ruang itu.

Setelah selesai semua, dia kembali ke Kedai Alkimia untuk membeli banyak [Botol Kosong] bagi menghasilkan [Posyen Anti Bayangan Pemula] dengan <Alkimia > yang baru dia pelajari.

'Ding! Anda telah menghasilkan [Posyen Anti Bayangan Pemula] x1. Penguasaan <Alkimia > anda telah meningkat 1 mata.'

'Ding! Anda telah menghasilkan [Posyen Anti Bayangan Pemula] x1. Penguasaan <Alkimia > anda telah meningkat 1 mata.'

'Ding! Anda telah menghasilkan [Posyen Anti Bayangan Pemula] x2. Penguasaan <Alkimia > anda telah meningkat 1 mata.'

Wah. 2 botol? Zhang Yang tersenyum dan berasa yang ini kelebihan yang diperolehi daripada attribut Tuahnya! Atribut Tuah memberikan peluang tertentu untuk mendapatkan 2 produk apabila pemain menghasilkan sesuatu. Semkin tinggi attribut Tuah, semakin tinggi peluangnya! Namun, peluang itu sebenarnya agak tipis walaupun pemain mempunyai 100 Tuah.

Selepas Zhang Yang menghabiskan semua bahan dalam inventorinya, dia terus menuju ke bank untuk menukarkan posyen yang dia hasilkan untuk mendapatkan lebih banyak bahan dan mula menghasilkan lebih banyak posyen. Dengan tetapan sistem yang menakjubkan ini, dia hanya mengambil masa 2 saat untuk menghasilkan sebotol posyen. Zhang Yang membeli 370 timbun bahan yang kemudian dapat menghasilkan 7,400 botol posyen…

Dia mengambil masa 4 jam untuk menghasilkan posyen dan menggunakan semua bahan yang dia perolehi, dan ini sekaligus meningkatkan kemahiran <Alkimia >nya hingga melebihi tahap amatur dan mengubah ikon [Posyen Anti Bayangan Pemula] ke warna kelabu. Ini bermaksud yang dia tidak dapat mengumpul nilai pengalaman lagi melalui penghasilan posyen untuk meningkatkan penguasaan <Alkimia >nya. Zhang Yang berasa bangga dan puas dengan pencapaiannya apabila dia melihat posyen yang tersusun rapi dalam banknya itu. 

Buat masa ini, sebotol [Posyen Anti Bayangan Pemula] berharga 5 kepingan perak, tetapi, apabila pemain memasuki dungeon seterusnya, Sarang Marzerway, posyen itu boleh mencecah 1 kepingan emas setiap sebotol. Itu jualan yang menguntungkan! Harga [Rumpai Brassica] dan [Bunga Gingko] juga sudah pasti akan meningkat dan seterusnya mengurangkan nilai keuntungan.

Zhang Yang membuka Senarai Kenalannya dan mendapati Han Hemuk baru sahaja log masuk! Dia menghantar satu pesanan peribadi kepadanya, "Hei Gemuk, cepat beli stok [Rumpai Brassica] dan [Bunga Gingko] yang kau jumpa! Harganya akan meningkat dalam masa beberapa hari ni! Kalau harganya tidak melebihi 2 kepingan emas, beli saja semua!"

"Jahanam, betul ke ni, Yang Kecil?" Han Gemuk cepat-cepat membalas.

"Gemuk, ini peluang keemasan di depan kau! Ikut kau kalau kau nak ambil peluang ni atau tak!"

"Yang Kecil, aku hanya ada 16 kepingan emas, tak banyak yang aku boleh beli!"

"Baik, aku akan hantar 1,000 kepingan emas kepada kau sekejap lagi! Jangan lupa kau hutang dengan aku!"

"Haha! Baik, saudaraku!"

Han bukan jenis yang meluahkan penghargaannya melalui kata-kata. Persahabatan mereka tidak memerlukan adab dan budi bahasa kerana apa yang penting pada mereka ialah perbuatan dan niat!

Selepas Zhang Yang menghantar 1,000 kepingan emas kepada Han Gemuk, dia mengeluarkan 6 unit [Plat Tembaga Biasa] dan 30 timbun [Plat Besi] untuk menghasilkan 6 [Perisai Tanah Bulat] di tukang besi. Dia sangat terkejut melihat hasil lelongan pertama perisainya. Orang kaya ada di mana-mana!

Dia meletakkan 1 [Perisai Tanah Bulat] untuk lelongan dengan bidaan minimum 400 kepingan emas dan harga pembelian maksimum 1,000 kepingan emas untuk 24 jam tanpa menyatakan namanya. Inilah cara terbaik bagi mendapatkan harga terbaik untuk barang yang unik iaitu dengan menjualnya satu persatu. Semakin tinggi bekalan, semakin rendah harganya, dan peningkatan stok hanya akan membuatkan barangan itu tiada nilainya. 

Zhang Yang kemudian terus mencari apa-apa resipi istimewa dalam penghasilan apa-apa alat yang sedang dilelongkan. Dalam masa beberapa hari, rumah lelong yang sebelum ini sunyi sepi tiba-tiba menjadi meriah dan jumlah barangan yang ada untuk dijual memang meningkat! Ada ratusan resepi untuk dijual dalam ruangan Resepi Penghasilan alat. Kebanyakannya ialah resepi [Batu Asah Pemula] dan beberapa resepi peralatan rawak lain. 

Berdasarkan 'ulasan 5 tahun permainan video' yang rasmi, jumlah pemain yang menyertai permainan video ini meningkat daripada 4 juta ke 10 juta dalam masa 10 hari selepas pelancaran pelayannya. 3 bulan selepas itu, pemaju permainan video ini telah mengumumkan sasaran populasi pemain 'Keajaiban Tuhan' yang menakjubkan iaitu 1 bilion dan jumlah itu akan terus meningkat dengan stabil dengan peredaran masa. 2 tahun kemudiannya, permainan video ini telah mencapai sasaran 1 bilion orang pemain. Semakin ramai pemain berpenarafan tinggi, semakin banyak alat yang dilelongkan. 

[Batu Asah Pemula] ialah produk paling jimat yang boleh digunakan untuk meningkatkan penguasaan <Pertukangan >. Satu-satunya bahan yang diperlukan untuk menghasilkannya ialah sekeping [Plat Besi]. [Batu Asah Pemula] dianggap sebagai barangan yang boleh digunapakai dan selalunya digunakan untuk mengasah senjata dan meningkatkan nilai kerosakan serangan sebanyak 10 nilai selama sejam. 

Zhang Yang tidak boleh bergantung kepada [Perisai Tanah Bulat] sahaja untuk meningkatkan penguasaannya memandangkan dia telah menguasai kemahiran <Pertukangan > pada tahap Amatur. Dia dengan pantas membeli resepi [Batu Asah Pemula] dari rumah lelong, mengeluarkannya dari peti suratnya, dan membuka Senarai Kenalannya untuk menghantar pesanan kepada Pakar Perlombongan. 

"Helo, kawan lama. Berapa banyak unit [Plat Besi] yang kau masih ada?"

Tidak lama selepas itu, dia menerima jawapan balas, "Hei! Dah lama aku tak dengar berita dari kau, aku ingatkan kau dah tak perlukan ini semua lagi! Aku ada banyak lagi [Plat Besi] ni. Berapa yang kau nak?"

"Baik. Aku nak 100 timbun!"

Bagi meningkatkan kemahiran <Pertukangan > ke tahap Amatur, Zhang Yang perlu menggunakan 50 timbun [Plat Besi], tetapi dia hanya mempunyai 7 [Plat Tembaga Biasa] yang boleh digunakan untuk hanya 35 [Plat Besi].

"Wah!" pakar perlombongan itu terkejut melihat jawapan balas itu, "Macam ni, 'Tolong jangan takutkan aku setiap kali kau hubungi aku!' Banyak sangat 100 timbun tu. Aku cuma ada 50 timbun termasuk apa yang aku ada dalam bank."

"Kalau macam tu, 50 timbunlah. Janji. Hantar kepada aku bila kau dah sediakan semua! Jual beli melalui kiriman seperti biasa ya!"

"Mestilah, bos! Terima kasih di atas pembelian anda!"

Zhang Yang menepuk resepi itu dan mempelajari cara penghasilan [Batu Asah Pemula]. Kiriman itu akan mengambil masa 30 minit untuk tiba dan hanya menunggu ketibaannya ialah satu pembaziran, tetapi dia telah melakukan grind seperti orang gila beberapa hari lepas dan dia tidak ada keinginan untuk membunuh apa-apa raksasa dalam masa yang singkat ini. 

'Ding!'

Satu notifikasi datang daripada pembantu pengurusan kiriman. Zhang Yang telah menerima satu kiriman baru. Dia terkejut seketika. Dia fikirkan yang sistem kiriman berubah selepas dia 'dilahirkan semula'. Cepatnya kiriman itu sampai?

Dia memeriksa peti suratnya dan mendapati ia bukan daripada Pakar Perlombongan, tetapi satu notis daripada rumah lelong. [Perisai Tanah Bulat]nya telah terjual dengan harga pembelian maksimum oleh seorang pemain dengan nama yang pelik, Kencing Tiga Kaki Menyongsong Angin. 

Aku kaya!

Tanpa melengahkan masa lagi, Zhang Yang meluru ke bank, mengeluarkan perisai kedua, dan melelongnya dengan cara yang sama.

'Ding!'

Kurang dari 2 minit kemudian, Zhang Yang sekali lagi menerima makluman. Perisai itu sekali lagi dijual kepada Kencing Tiga Kaki Menyongsong Angin.

Zhang Yang sekali lagi meletakkan satu lagi perisai untuk dilelong dan pembeli yang sama membeli sekali lagi. 

Disenaraikan. Dijual! Disenaraikan. Dijual!

Selepas 10 minit, 5 perisai Zhang Yang telah terjual dan Kencing Tiga Kaki Menyongsong Angin telah membeli kesemuanya. Dia terfikir untuk menaikkan harga untuk beberapa unit terakhir, tetapi 1,000 kepingan emas sendiri cukup banyak, jadi dia mengambil keputusan untuk tidak menaikkannya.

Pada tempoh permulaan pelancaran permainan video ini, nilai kepingan emas merosot dengan mendadak. Berdasarkan ratio 1:9 pasaran terkini, 1,000 kepingan emas menyamai nilai wang 10,000! Wang memang benar-benar membawa perbezaan!

Namun itu semua tidak penting. Pada tahap permainan video waktu ini, [Perisai Tanah Bulat] ialah perisai terbaik yang ada di pasaran. Selain Syurga yang Hilang, tiada persatuan lain yang telah menewaskan Dadarerda. [Bijih Tambaga Biasa] juga salah satu faktor yang mempengaruhi keunikan perisai itu!

Kencing Tiga Kaki Menyongsong Angin mungkin seseorang daripada satu persatuan besar kerana dia mampu membeli keenam-enam perisai daripada Zhang Yang.

Perisai bergred Perak Kelabu hanya boleh didapati di dungeon Tahap 20 Mod Paling Sukar. Menurut pemaju permainan video, setiap persatuan besar memerlukan sekurang-kurangnya 4 hingga 5 hari untuk meneroka dan menyelesaikan Sarang Marzerway selepas pemain berjaya mencapai tahap yang sesuai.

Sarang Marzerway lebih sukar berbanding Makam Bangar. Semasa dalam tempoh penerokaan dalam tahap permulaan, pemain akan menghabiskan masa selama sehari dalam Mod Normal kerana salah faham dengan kemahiran bos itu. Mereka kemudian akan menghabiskan masa selama 2 hingga 3 hari dalam Mod Sukar dan lebih lama lagi dalam Mod Paling Sukar. Mereka akan mengambil masa hingga 10 hari untuk mendapatkan perisai Perak Kelabu.

Lagipun, akan ada beberapa pasukan daripada persatuan besar yang dapat menyelesaikan Mod Paling Sukar dengan tahap mereka sendiri. Pemain biasa pula hanya akan kembali apabila mereka telah mencapai tahap yang lebih tinggi! Dengan pemahaman sebegini, permintaan untuk [Perisai Tanah Bulat] akan bertahan lama, tetapi harga jualannya akan jatuh dengan peredaran masa. 

Nampaknya Mod Paling Sukar Makam Bangar masih berbaloi untuk diserang!

avataravatar
Next chapter