64 Bos yang Tidak Menurunkan Peralatan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Aku… telah diracun sehingga mati…" air mata mengalir di pipi Han Gemuk.

"Aku bantah semua ini! Ini tidak masuk akal! Bagaimana katak beracun boleh berada di situ!" marah Drizzler.

Zhang Yang ketawa. "Ah bertenang! Barang-barang seperti susu, atau... atau… telur pun beracun! Apa yang pelik tentang katak yang menyemburkan racun?!"

Han Gemuk terus meratap seorang diri.

"Woo… aku kena sembur pada muka…"

"Ew…" Gadis-gadis itu menjauhkan diri daripada Han Gemuk kerana berasa jijik.

Zhang Yang dan Ratusan Tembakan ketawa terbahak-bahak setelah mereka dapat menangkap apa yang dimaksudkan oleh Han Gemuk.

"T-Tidak mengapa, Gemuk. Haha… Kau tidak akan disenyawakan oleh air man- maksud aku, racun Katak!" Zhang Yang berlari pantas ke arah badannya.

"Tank noob! Sejak bila kau belajar perkara yang tidak senonoh daripada Han Gemuk?!" Drizzler berpaling dan memberikan pandangan hina kepada Han Gemuk.

"Hei! Apa maksud kau? Zhang Yang yang bawa pengaruh buruk! Bukan aku! Aku masih muda dan suci semasa lelaki ini datang dan tarik aku ke dalam kancah kegelapan! Gadis! Tolong betulkan fakta anda!"

Ketika mereka berbual, setiap orang kembali kepada badan masing-masing dan hidup semula.

"Sekarang kamu semua telah nampak apa yang katak itu boleh lakukan, kamu kena tahu apa yang perlu dibuat! Tetapi perlu dipastikan, jangan berdiri bersama! Jangan biarkan racun berjangkit kepada orang lain. Kita tidak dapat bertahan dengan kerosakan sebegitu!"

"Okey!"

Zhang Yang berjalan menuju bos dan mencetuskan aggro makhluk tersebut. Perlawanan bermula setelah raksasa itu melompat ke arahnya.

'-359!'

'-381!'

Zhang Yang menghayunkan senjata sebelah tangan dan dia masih mampu menahan kerosakan yang kuat berbanding Drizzler yang menggunakan senjata di kedua-dua belah tangan. Namun, ia disebabkan oleh pedang yang dihayunkan Zhang Yang. Pedang Perak Kelabu Tahap 20 ialah pedang terkuat setakat ini. Dengan gabungan kemahiran pasif <Mata Helang> dan 5 tindanan <Pelumpuh Pertahanan>, Zhang Yang secara praktikalnya menentang bos dengan 0 pertahanan! Serangan sebegitu akan menjadi sangat dahsyat! Han Gemuk dan yang lain hanya boleh merenung ke arah Zhang Yang dengan rasa cemburu.

'Ding! Raja Katak Beracun telah menggunakan <Semburan Racun>!'

Cecair merah gelap tersembur di merata-rata tempat, mengenai setiap orang. Akibat terkena cecair itu, badan mereka bercahaya warna merah gelap. Di bawah kaki mereka, terdapat kabus bulat berwarna merah berdiameter 1 meter. Ikon kelemahan muncul di atas kepala setiap orang dan mereka telah mula menerima kerosakan daripada racun itu.

Walau bagaimanapun, mereka pernah mati akibat terkena kemahiran ini, jadi setiap orang menjadi aktif bergerak dan berpecah di sekitar medan pertarungan bagi mengelak jangkitan. Si Salji segera melakukan tugasnya tanpa perlu diingatkan oleh Zhang Yang.

Serangan ajaibnya kini melebihi 300 dan <Pertumbuhan Semula> menyembuhkan lebih 120 HP sekali tanda dan menandingi kerosakan DoT bos. <Pertumbuhan Semula> miliknya telah membatalkan kesan racun bos sepenuhnya! Jika kumpulan itu tidak melakukan perkara bodoh seperti membiarkan racun menjangkiti satu sama lain, ini yang berlaku.

80%, 70%... HP bos sudah mula menurun pada kadar yang tetap.

"Haha! Katak berbau! Mari lihat berapa lama lagi kau boleh bertahan!" Drizzler ketawa menggila sambil menghayunkan senjatanya tidak tentu arah seperti seorang yang tidak siuman.

"Croak croak!" Katak itu "menjawab".

60%, 50%, 40%!

Kerosakan bos tidak dinafikan sangat kuat, tetapi keupayaan mengelak Zhang Yang lebih kuat. Kekuatan penyembuhan Si Salji juga berada di tahap mengagumkan. Apabila mereka berdua berkerjasama, bos yang lebih gagah pun tidak akan berpeluang untuk menentang mereka.

5%, 4%, 3%, 2%, 1%, 0%!

Bunyi debap yang kuat kedengaran apabila badan bos yang besar itu jatuh ke tanah.

'Ding! Anda dan ahli pasukan telah membunuh Raja Katak Beracun. Memperolehi 30,050 mata Nilai Pengalaman (50 mata bonus pasukan)'

"Bos jahanam! Nah! Ambil ini!" Drizzler memijak bangkai yang tidak bernyawa itu.

"Aku tertanya-tanya berapa banyak [Darah Raja Katak] yang boleh didapati daripada bos ini…" Zhang Yang menghulurkan tangannya dan membuka bangkai itu.

[Darah Raja Katak]: Item cabaran

Syukur benda ini ada 5.

"Aku rasa ia bergantung kepada bilangan pemain yang menerima cabaran itu!" kata Ratusan Tembakan.

"Siapa kisah tentang itu! Asalkan cukup untuk setiap orang yang melengkapkan cabaran ini!" kata Han Gemuk setelah dia mengambil salah satu [Darah Raja Katak] dan menyimpannya di dalam inventori.

"Semua orang sudah ambil satu?"

"Okey, okey! Sila ke tepi! Aku mahu ambil hadiah kita sekarang!" kata Drizzler sambil menolak Zhang Yang ke tepi.

Zhang Yang ketawa dan bercakap dengan Si Salji.

"Bukankah kau berdua sudah biasa bersaing untuk membuka bangkai? Apa yang terjadi kepada pertengkaran remeh-temeh kau? Kau sudah berdamai sekarang?"

"Apa yang kau cakap? Membiarkan yang muda berdikari ialah suatu perkara yang patut dilakukan sebagai seorang kakak yang lebih tua!" Si Salji mengenyit mata.

"Ish! Apa yang kau tipu kali ini! Kau pernah menipu aku tentang minyak wangi edisi terhad kepunyaan aku! Kedua-duanya!" Drizzler cepat-cepat memotong kata-kata manis Si Salji.

Si Salji menunjukkan gaya menyampah dan berkata, "Kau masih muda untuk memakai minyak wangi! Dan aku tidak menipu. Aku mengambilnya dari kau untuk kebaikan kau juga!"

"Hmph!" Drizzler mengejek kerana tidak yakin.

[Esen Racun] (Tembaga Hijau, Item istimewa)

Kegunaan: Menyebabkan semua sasaran (termasuk pengguna) diracun dalam lingkungan 30 meter, menerima 150 Kerosakan Alam setiap 3 saat untuk 15 saat. Kesan tidak boleh bertindan.

Serangan yang tinggal: 50/50

"Eh? Apa benda ini? Aku tidak pernah melihat item sebegitu sebelum ini!" kata Han Gemuk.

"Kelas Item Istimewa. Ia seakan item barang mainan. Kau tidak boleh menggunakan mereka selalu kerana mereka ada menghadkan penggunaan. Jika ia digunakan tanpa had, ia sama seperti memiliki satu lagi kemahiran serangan AoE!" Zhang Yang memberi penjelasan.

"Bagi aku! Bagi aku! Aku cakap dulu!" Drizzler meminta. Dia mahu alat kecil tambahan ini untuk meningkatkan kerosakannya disebabkan dia sering kalah kepada kuasa kerosakan Zhang Yang. Drizzler agak mendesak semasa mengutarakan kemahuannya, jadi semua orang menyerahkan item tersebut kepadanya.

[Kepak Raja Katak] (Tembaga Hijau, Kain Baju Perisai)

Pertahanan: +1

Kegunaan: Memberikan kebolehan untuk melompat lebih tinggi, berterusan selama 10 saat. Tempoh bertenang: 1 minit..

Keperluan tahap: 20

"Fuh! Item yang bagus!" mata Zhang Yang terus bercahaya. "Aku punya!"

"Tank noob, ini adalah Kain Baju Perisai! Hukuman mati untuk kau kerana mengambilnya tanpa pertimbangan!" Drizzler merungut dengan pipinya yang gebu.

"Kau betul-betul bodoh? Item ini direka sebagai Kain Baju Perisai jadi semua 6 kelas utama dapat memilikinya!"

"Apa keistimewaannya?" Han Gemuk sudah mula menunjukkan minat.

"Dengan item ini, kau boleh tiba di tempat yang biasanya tidak dapat dicapai!" Zhang Yang tidak berniat untuk merahsiakannya. Dalam permainan video, terdapat tempat yang hanya boleh dicapai dengan menggunakan peralatan seperti [Kepak Raja Katak]. Kebanyakan tempat tersembunyi mungkin mengandungi peti harta karun dan NPC juga boleh memberi cabaran istimewa!

Muka Han Gemuk berubah menjadi miang.

"Tempat yang tidak boleh dicapai… seperti tingkap bilik mandi wanita…"

"Pergi jahanam!"

Sebelum ini, Zhang Yang jarang menyatakan kemahuannya, jadi semua orang dengan rela hati memberikan item yang dia mahu.

[Berudu Kecil yang Belum Menetas] (Tembaga Hijau, Haiwan Peliharaan Raksasa)

Kegunaan: Bela Berudu kecil sehingga menetas. Siapa tahu, satu hari nanti ia akan menjadi seorang putera raja yang tampan!

"Apa maksud Haiwan Peliharaan Raksasa?" Han Gemuk menoleh dan memandang Zhang Yang, menunggu sebuah penjelasan. Mereka semua tahu Zhang Yang seorang "pemain beta".

Zhang Yang berjalan dan berdiri di hadapan mereka. Dia membuang habuk di bajunya dan membetulkan baju.

"Ahem!"

Setiap orang melangkah ke hadapan kerana mengharapkan penjelasan yang epik.

"Haiwan Peliharaan Raksasa ialah… seekor haiwan peliharaan raksasa!"

"Whaa…"

"Ahaha, aku bergurau sahaja. Seekor Haiwan Peliharaan Raksasa seperti anjing atau kucing peliharaan. Peneman yang kau boleh bawa ke mana-mana sahaja kau pergi. Namun, haiwan peliharaan raksasa ini dan haiwan peliharaan Pemburu langsung tak sama! Haiwan peliharaan tidak boleh menyerang ataupun mempunyai keupaayan untuk menyerang!"

"Oh!"

"Merepek!" Han Gemuk melepaskan nafas kemarahan melalui hidungnya.

"Bos ini hanya menurunkan 3 mainan bodoh dan tidak ada peralatan langsung! Semua ini tidak munasabah!"

Zhang Yang menggeleng kepalanya. "Ish Ish Ish! 3 "mainan" lebih bernilai daripada sebahagian peralatan! Kau mesti simpan dalam kepala. Dengan tahap kelajuan kita, kau ingat berapa lama satu peralatan boleh bertahan? Peralatan Tahap 20 hanya boleh bertahan sehingga kau mencapai Tahap 30! Kadar perolehan bagi peralatan di tahap rendah seperti kita sangat laju! Walau bagaimanapun, item bukan untuk pertempuran sangat berlainan! Mereka boleh digunakan selama mana yang kau mahu! Terutamanya Haiwan Peliharaan Raksasa! Kadar penurunan Haiwan Peliharaan Raksasa amat rendah! Setelah setengah tahun, berkemungkinan kau boleh menjual Haiwan Peliharaan Raksasa ini sekurang-kurangnya untuk 10,000 keping emas di rumah lelong!"

Zhang Yang tidak mengada-adakan cerita. Dalam kehidupan sebelumnya, haiwan peliharaan raksasa boleh dijual dengan harga yang sangat tinggi, terutama haiwan peliharaan yang jarang ditemui. Haiwan peliharaan yang unik ini boleh dijual dengan harga sekurang-kurangnya beberapa ratus ribu! Segala apa yang dia beritahu mereka bukanlah rekaan semata-mata.

"S-sepuluh ribu?" Sepasang mata milik kedua-dua Drizzler dan Salji Kecil bersinar dengan simbol duit! Mereka berdua membuat balingan dadu untuk item itu pada masa yang sama.

Zhang Yang menyerahkan item tersebut kerana dia tidak memerlukan wang. Han Gemuk dan Ratusan Tembakan juga mengalah kerana mereka tidak berminat.

Si Salji memperolehi item tersebut dengan 76 mata, manakala Drizzler hanya mendapat 43 mata.

"Baiklah, masa untuk menghantar item dan melengkapkan cabaran! Setelah kita melengkapkan cabaran, kita akan menerima ganjaran. Dan ganjaran ialah sesuatu yang patut ditunggu-tunggu!" kata Zhang Yang walaupun dia tidak pernah melengkapkan cabaran cerita utama berseorangan di dalam kehidupannya yang lepas!

Pasukan itu menuju kembali ke Kampung Antelop dan membunuh diri untuk bercakap dengan Emmy.

"Sungguh hebat! Kamu semua telah mengumpulkan bahan-bahan untuk membuat antidot!" Emmy tersenyum gembira.

"Abang besar! Kakak yang lebih tua! Sila pergi ke Sarang Necromancer yang jahat itu dan selamatkan kesemua roh penduduk kampung!"

'Ding! Emmy memberi cabaran untuk anda: Menyelamatkan Roh Penduduk Kampung. Adakah kamu menerimanya? Cabaran ini ialah cabaran cerita utama. Lengkapkan cabaran dan terima ganjaran yang lumayan!"

Telah tiba waktunya!

Pasukan itu segera menerima cabaran.

'Ding! Anda telah memperolehi item [Antidot Sempurna]!"

[Menyelamatkan Roh Penduduk Kampung] (Tahap kesukaran: S)

Keterangan cabaran: Emmy merayu kepada anda untuk menyelamatkan roh penduduk Kampung Antelop. Anda perlu menewaskan Necromancer Zac yang jahat untuk melepaskan roh yang telah dipenjarakan! Anda boleh mencari Necromancer Zac di Gua Tulang, arah barat Tanah Rata Berhantu Terpinggir.

Sila berwaspada! Zac terlalu kuat dan berkuasa. Pastikan anda memiliki pemain yang cukup untuk menentangnya bersama!

Perkembangan: Melepaskan Roh Penduduk Kampung 0/1

[Antidot Sempurna] (Item Cabaran)

Kegunaan: Memberikan anda imuniti untuk racun maut! Bertahan selama 10 minit.

Serangan yang tinggal: 3/3

"Akhirnya kita dapat cabaran cerita utama!" kata Drizzler dengan teruja.

"Haha! Tambahan pula, Emmy bukan lagi NPC yang kita perlu jumpa untuk melengkapkan cabaran! Dalam kata lain, kita tidak perlu membunuh diri sendiri lagi!" kata Zhang Yang dengan senyuman di wajahnya.

Setiap orang cepat-cepat mengalihkan pandangan mereka ke arah kepala gadis itu dan tiada tanda seru berwarna putih di atas kepalanya! NPC bagi melengkapkan cabaran telah bertukar orang!

Ratusan Tembakan tiba-tiba berkata, "Kita telah melakukan cabaran tahap kesukaran A dan menentang bos Tembaga Hijau. Sekarang, cabaran kita ialah tahap kesukaran S; bermakna bos yang kita akan lawan nanti adalah bos Perak Kelabu?"

"Ah! Betul!" Suara Si Salji membuatkan Ratusan Tembakan berasa terharu. "Ingat bos Perak Kelabu Andoin Atau Andola… aku lupa nama dia. Adakah dia telah muncul semula?

Zhang Yang menggaru kepala dan berfikir sejenak.

"Hm… bos Perak Kelabu itu akan muncul semula selepas 3 hari. Maksudnya… hari ini!"

"Sungguh hebat! Kita mesti berlawan dengannya nanti!" Si Salji menjilat bibirnya. "Banyaknya duit…"

"Sudah pasti! Namun begitu, kita perlu membunuh bos cabaran sekarang terlebih dahulu!" Zhang Yang melambai tangannya ke hadapan. "Mari pergi wira sekalian! Kita ada seorang lelaki jahat yang perlu dibunuh!"

avataravatar
Next chapter