webnovel

Tidak Dapat Dikalahkan?

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Tanah rata yang terpinggir itu masih diselubungi kabus tebal. Langit gelap dan zombi berkeliaran di merata tempat. Keadaan di tempat itu sangat menyeramkan. Sebelum ini, Zhang Yang telah datang beberapa kali di kawasan ini, jadi peta kawasan itu hanya menunjukkan sebahagian kawasan sahaja. Masih banyak kawasan dalam peta yang masih tersembunyi di sebalik bayang hitam.

Dalam permainan video ini, pemain akan menjelajah beberapa kawasan yang tidak diketahui di sebuah wilayah yang masih tidak diketahui supaya sistem mendedahkan nama wilayah tersebut. Anda juga boleh mendedahkan maklumat ini melalui pembelian [Peta] daripada seorang NPC di sebuah kawasan tertentu.

"Tempat ini menakutkan aku!" kata Si Salji. Dia berjalan ketakutan di belakang Drizzler selama ini sambil memegang erat lengan bajunya.

"Um, sepupu. Kau sudah agak berumur sekarang. Kau tak malu ke menjadi penakut seperti ini?" kata Drizzler selepas berjalan agak jauh. Dia tidak dapat bertahan lagi.

Si Salji menyiku pipinya dan berkata, "Ish. Kau seorang gadis berani yang nakal!"

"Teehee!" Drizzler tidak berasa marah dengan komen sepupunya itu malah tersenyum. "Hei! Aku ada satu idea. Patut tak kita berpakaian seperti hantu dan menakutkan penduduk di pangsapuri kita?" Tiga orang lelaki itu mengerutkan dahi apabila mendengar idea spontan itu. Apa sebenarnya yang budak kecil ini fikirkan?

Semakin jauh mereka mengembara di tanah rata itu, tahap raksasa perlahan-lahan naik daripada Tahap 21 ke 24. Nasib baik pasukan itu terdiri daripada pemain kuat yang mampu membunuh raksasa di sepanjang perjalanan mereka di tanah rata tersebut.

"'Kau boleh mencari Necromancer Zac yang jahat di dalam Gua Tulang di barat Tanah Rata Berhantu Terpinggir jahanam! Tempat ini terlalu besar! Di mana kita hendak mengesan Gua Tulang itu?" Han Gemuk mula berasa marah. Sudah lama dia berjalan, tetapi dia hanya mampu mendedahkan suku sahaja daripada keseluruhan wilayah.

"Hm… patutkah kita berpecah?" cadang Ratusan Tembakan.

Zhang Yang berfikir sebentar dan mengangguk. "Idea yang bagus. Mari berpecah!"

Kelima-lima mereka berpecah kepada empat. Si Salji berkeras tidak mahu meninggalkan sepupunya berseorangan. Mereka berlima menuju ke empat arah yang berbeza. Apabila berpecah, kelajuan membunuh menurun mendadak, tetapi bergerak ke semua arah mempercepatkan lagi penjelajahan mereka dan selepas sepuluh minit sahaja, Si Salji menghantar sesuatu di dalam saluran pasukan, "Di sini! Aku sudah jumpa! Datang ke sini!"

Disebabkan Zhang Yang terpisah agak jauh daripada kumpulan gadis itu, mereka telah hilang daripada peta mininya. Zhang Yang segera membuka peta dunia dan terus menuju ke arah umum. Sambil membunuh raksasa di sepanjang perjalanan menuju ke tempat Si Salji, dia terserempak dengan bangkai raksasa yang telah dibunuhnya tidak lama sebelum itu. Seseorang telah berlawan dengan raksasa tersebut. Dia cepat-cepat memeriksa peta mini dan menemui Han Gemuk.

Selepas seketika, Zhang Yang dan dua lagi lelaki telah bertemu dengan gadis berdua itu. Mereka sekarang berada di atas sebuah bukit kecil. Di kaki bukit itu terletaknya pintu masuk sebuah gua setinggi tiga orang lelaki dewasa. Berdekatan pintu masuk, kelihatan 7 ke 8 ekor raksasa Tengkorak sedang berkawal. Zhang Yang membuka peta dunia dan memeriksa kawasan di mana mereka berada ketika itu. Kawasan itu tidak lagi gelap, jadi dia dapat melihat tekstur bukit itu berukir "Gua Tulang" di atasnya.

"Maju ke hadapan! Ke arah gua!" Zhang Yang memanggil ahli pasukan yang lain.

[Tengkorak Baru Dikumpulkan]

Tahap: 25

HP: 2,500

Setelah Han Gemuk membaca nama raksasa itu, dia berasa jijik. "Siapa yang ada hobi pelik bermain dengan tengkorak manusia?!"

Dia mengalihkan pandangan kepada Drizzler dan timbul bayangan nakal di dalam kepalanya. "Hei Drizzler, bila bandingkan kau dengan tengkorak tersebut, kau agak beruntung rupanya."

"Pergi mati, punggung gemuk!" Han Gemuk telah menimbulkan kemarahan pasukan itu. Kedua-dua gadis itu mula memukulnya. Namun, seteruk mana pun dia dipukul, dia masih mampu tersengih seperti kerang busuk. Setiap kali kedua gadis itu memukulnya, dia membuat bunyi pelik "Ohh Ohh Ahh Ahh". Mereka berhenti serta-merta apabila merasakan perbuatan tesebut sangat pelik dan menakutkan.

Pasukan itu menyambung membunuh orang suruhan dan masuk ke dalam gua. Nasib baik, pereka kawasan ini tidak mahu menyusahkan pemain jadi terdapat banyak obor api di merata-rata tempat menerangi gua tersebut. Walaupun cahaya daripada obor tersebut tidak begitu terang, Zhang Yang dan pasukannya tidak berhadapan dengan sebarang masalah untuk melihat keadaan di dalam gua itu. Sama seperti keadaan di luar gua, terdapat banyak raksasa tengkorak sedang berkeliaran. Walau bagaimanapun, mereka hanya makhluk suruhan biasa dan tidak menjadi ancaman kepada pasukan.

Pasukan itu mengganas dan membunuh raksasa di sepanjang perjalanan mereka dan tidak ada satu pun raksasa yang mampu bertahan lebih daripada lima saat. Secara teknikalnya, Si Salji berehat sebentar daripada tugasnya sebagai penyembuh, jadi dia hanya mengikut pasukan daripada belakang dan mengutip harta rampasan yang dijatuhkan oleh raksasa.

Setelah beberapa lama bertarung, Zhang Yang tiba-tiba teringat akan sesuatu. "Ah! Aku sudah ingat sekarang! Gua ini ada lima tingkat! Bos terakhir berada di tingkat paling dalam!"

Dia tidak pernah memasuki gua ini walaupun di dalam kehidupan yang lepas, dia teringat dia pernah terbaca artikel pengenalan yang disiarkan di forum rasmi. Gua ini ada lima tingkat dan terdapat bos mini di setiap tingkat. Selain daripada peralatan Tembaga Hijau yang dijangkakan, bos akan menggugurkan sedikit item selain untuk pertarungan yang sangat bernilai! Apabila permainan video mencecah fasa matang pertengahan, setiap Gua Tulang di seluruh bandar akan dikuasai banyak persatuan besar. Gua itu dipenuhi oleh pemain normal yang tidak tahu bagaimana rupa bentuk bos, malah pada mulanya, mereka tidak dapat berjalan masuk ke dalam gua langsung!

"Jahanam! Lima tingkat!?" Han Gemuk menyumpah kerana dia tidak dapat lagi menahan rasa kecewa berjalan dan menyelesaikan seluruh tingkat pertama! Zhang Yang ketawa. "Ya! Sangat menyusahkan! Tapi ingat, terdapat bos mini di setiap tingkat! Ganjaran mereka sangat berharga!"

Han Gemuk kembali bersemangat dan segera membalas, "Okey! Ayuh, ayuh, ayuh! Mari belasah bos dan dapatkan peralatan!"

Raksasa di sini dibunuh dengan pantas akibat serangan ganas pasukan tersebut. Selepas 10 minit, akhirnya mereka sampai di penghujung dungeon. Kelihatan seekor raksasa Tengkorak seperti gergasi setinggi 2 meter yang sedang menghalang jalan keluar. 

[Kapten Tengkorak, Gawain] (Tembaga Hijau)

Tahap: 25

HP: 250,000

"Celaka! Raksasa ini lebih kuat berbanding yang lain!" Han Gemuk mengelipkan matanya.

Zhang Yang segera memberi penjelasan. "Kau perlu faham yang bos dungeon amat terhad bagi sesetengah orang. Bos yang kita telah lawan, Sarang Marzerway hanya untuk 5 lelaki bagi setiap dungeon. Ini bos gelanggang. Tiada had pemain, jadi sesiapa sahaja boleh turut serta. Ia tidak dipanggil bos jika ia boleh dibunuh dengan senang, bukan begitu?"

"Ahh… aku tertanya-tanya kemahiran apa yang dimiliki raksasa ini. Mari berharap ia tidak sekuat Raja Katak!" Han Gemuk tidak berani untuk menjadi terlalu tenang selepas dia mendapat " tembakan di muka".

"Jangan bazirkan masa lagi. Tiga pemain serangkai, berdiri di belakang dan berpecah! Budak tak guna, kami akan serang kau!" Zhang Yang mengeluarkan pedang dan berjalan. Dia segera mengaktifkan <Serang > setelah berada di dalam lingkungan efektif.

'-334!'

Sebelum <Serangan > dikenakan, gergasi itu merengus dan membaling tulang lengan ke arah Zhang Yang apabila dia masuk ke dalam lingkungan aggronya. Kesan pegun hanya berkesan selama setengah saat sahaja, tetapi ia cukup untuk menganggu pergerakan bos separuh jalan.

'<Pelumpuh Pertahanan>!'

'-160!'

Bagi memaksimakan kuasa serangan pasukan, Zhang Yang menggunakan <Pelumpuh Pertahanan> terhadap bos semasa dia mempunyai aggro yang cukup.

"Penceroboh yang berani! Berani kau masuk ke dalam jajahan Tuan Zac! Aku akan makan roh kau! Kamu semua akan menjadi hamba abdi aku!" kata Gawain, Kapten Tulang, sebaik sahaja pulih dari pegunan dan ia mendengus dengan kuat kepada pasukan itu.

"Pffft! Sudah tiba masa untuk kau memberus gigi! Bos busuk, berbau!" Drizzler menghayunkan lembingnya dan menusuk raksasa itu, lantas memberikan kerosakan sedikit tinggi daripada sebelumnya. Selepas serangan dungeon waktu pagi, dia menukar beberapa peralatan lama kepada peralatan yang baru dan lebih kuat, lalu meningkatkan kerosakan dalam jumlah yang ketara.

"Manusia lemah! Aku mahu darah kau!" raksasa itu berteriak dan tidak menghiraukan Zhang Yang dengan serta merta. Dia bergerak sepantas kilat ke arah Drizzler dan mencengkam erat menggunakan kedua-dua belah tangan tulangnya. Kemudian, dia membuka rahangnya berwarna putih pucat itu dan menggigit leher Drizzler yang putih melepak.

'Ding! Pemain Drizzler telah menerima kesan <Gigitan Puntianak>. Kehilangan 200 HP setiap saat dan jampi penyembuh sebanyak 2000HP. Bertahan selama 10 saat!"

"Aiyeeee! Bos celaka, lepaskan aku!" Drizzler berusaha sedaya upaya melepaskan diri dari cengkaman raksasa itu, tetapi dia tidak dapat melepaskan diri daripada kawalan kemahiran bos itu. Walau dia berusaha keras macam mana sekalipun, dia masih tidak dapat keluar daripada situasi itu. Dia berasa ditekan dengan kuat seperti Sun Wu Kong yang terperangkap di bawah Gunung 5 Elemen.

Zhang Yang mula ketawa, "Haha! Budak kecil, mati-mati aku ingat kau dilahirkan dengan muka yang menjengkelkan. Kenapa bos terkam kau berbanding yang lain?"

"Diam dan bantu aku!" kata Drizzler.

"Dia tak boleh. Tiada siapa yang boleh! Kemahiran ini begitu kebal!" Ratusan Tembakan dan Han Gemuk menembak beberapa <Tembakan Membisukan> dan gagal untuk mengganggu bos. Nasib baik, Si Salji begitu pantas memulihkan HP yang hilang. Dia berterusan menyembuhkan Drizzler, lantas memastikan HP Drizzler sentiasa keluar daripada zon merah bahaya.

Selepas 10 saat, bos menjatuhkan Drizzler dan mula menyerang Zhang Yang dengan ganas. Serangan pasukan itu sangat kuat, tetapi pemulihan puntianak bos lebih kuat. Bos itu telah pulih hampir 20,000 HP dalam 10 saat sahaja, dan ia hampir pulih sepenuhnya!

97%, 94%, 90%!

"Pemburu tak guna! Aku akan sedut darah kau sampai kering!" Kali ini, boss memilih Han Gemuk sebagai makanannya.

'Ding! Pemain Han Gemuk telah menerima kesan <Gigitan Puntianak>. Kehilangan 200 HP setiap saat dan jampi penyembuh sebanyak 2000 HP. Berterusan selama 10 saat!"

"Argh! Tidak! Jangan ambil darah aku! Darah aku kotor! Darah aku tak sedap!" Han Gemuk mengetap giginya semasa berhadapan dengan bos dalam jarak yang begitu dekat, penuh rasa jijik.

1 saat, 2 saat, 3 saat…

+2000, +2000, +2000…

Teks hijau muncul berterusan di atas kepala bos dan selepas 10 saat, dia sembuh kembali kepada 95%! "Celaka! Kita telah serang dia dengan teruk dan dia sembuh sekelip mata!" kata Han Gemuk yang tidak puas hati apabila melihat palang kesihatan bos yang penuh. 

Zhang Yang mula berkerut. Ini tidak menjadi seperti apa yang dirancang. Dia membuat kesimpulan yang kuasa tembakan pasukannya tidak cukup kuat. Jika mereka mempunyai 10 ahli pasukan membuat serangan pada masa yang sama, bos itu tidak akan mampu untuk menyembuhkan diri dengan kerosakan yang diterima!

"Tank noob! Kau ada strategi lain yang tersembunyi? Jika keadaan ini berterusan, sepupu aku akan kehabisan MP tidak lama lagi!"

"Betul itu. Bos hanya hilang 5% HP sahaja dan aku sudah menggunakan 15% MP. Jika kita memanjangkan pertarungan ini lagi, sudah tentu kita akan mati sebelum raksasa itu!" Si Salji menekankan ini dengan tenang.

Zhang Yang berfikir sebentar dan menjerit, "Semua orang berhenti!" Ahli pasukan saling memandang antara satu sama lain dengan pandangan tidak pasti. Namun, mereka telah meletakkan kepercayaan kepada Zhang Yang dan menghentikan serangan mereka.

"Hei, bukan kau! Teruskan menyembuh!" Zhang Yang cepat-cepat menukar posisinya bagi mengelak serangan bos. Tidak lama kemudian, bos menjadi semakin kuat dan serangannya semakin pantas, dan itu membuatkan Zhang Yang semakin susah untuk mengelak. Akhirnya, Zhang Yang terpaksa terkena kerosakan.

Si Salji mencemuh. "Kau suruh kami semua berhenti! Kau sendiri yang cakap!" Walaupun sambil berdebat, dia masih menjampi jampi penyembuh dan memulihkan Zhang Yang.

94%...93%...92%...

Apabila tinggal Zhang Yang seorang sahaja yang melakukan serangan, bos telah menerima sedikit kerosakan sahaja dan semakin lambat untuk kehilangan HP. Ia hanya mencecah 90% setelah beberapa lama.

"Penjaga bedebah! Tak kira keras macam mana pun kulit kau, gigi aku masih boleh menembusinya!" Bos menyerang Zhang Yang dan menggunakan <Gigitan Puntianak> terhadapnya.

"Kemahiran curian nyawa bos bergantung kepada kadar kehilangan HPnya! Jika kau menyerang dengan pantas, kadar pengaktifannya juga menjadi lebih kerap! Jika kau menyerang dengan perlahan, ia juga akan menjadi kurang kerap!" Zhang Yang membuat andaian kasar tentang mekanik bos.

"Jahanam! Maksudnya jika DPS pasukan tidak melebihi 2000, kita tidak akan dapat membunuhnya!?"

Semua orang dalam kebingungan dan kekeliruan. Walaupun mereka lebih kuat daripada pemain lain yang sama tahap, kecuali Si Salji, jumlah DPS mereka apabila digabungkan hanya 600 ke atas sahaja!

Bagaimana mereka mahu meneruskan perlawanan itu?

Next chapter