"APA..?"(Tanya lelaki itu dengan wajah tidak bersalah)
"Aku tanya ni apa!.."(Kata aku dengan sedikit tegas sambil jari ku menunjuk ke arah skrin yang memaparkan CCTV di rumah aku..)
"Rumah kau lah.."(Kata lelaki itu dengan selamber)
"AKU TAHU LAH NI RUMAH AKU!!!MAKSUD AKU KENAPA KAU PASANG CCTV KAT RUMAH AKU!!!!.."(Marah aku pada lelaki tersebut)
"Chill lah...Takkan Uncle John tak cerita kat kau sapa aku..."(Kata lelaki itu sambil menarik kerusi disebelahnya dan duduk)
Aku cuba mengingatkan kembali cerita Uncle John semasa di hotel..
(FLASHBACK CERITA UNCLE JOHN)*BAB 4*
"Jadi bayi ni akan dinamakan VEE CLARISSA.."(Kata Jep)
John hanya menganguk..
"Mike.."(Panggil Jep pada anak lelaki pertamanya itu)
"Yes.."(Balas Mike sambil memandang ke arah Daddynya itu)
"Daddy amanahkan kamu untuk menjaga dan mengawasi VEE ...(Kata Encik Jep)
****
"Daddy nak kamu awasi mereka secara diam diam...Untuk Mike kamu akan awasi Vee secara diam diam sehingga dia berusia 18tahun lepastu Daddy nak kamu jumpa Vee dan tolong dia mencari adeknya nanti bila sudah tiba masanya...(Kata Encik Jep)
(END OF FLASHBACK UNCLE JOHN BAB 4)
Aku terus memandang ke arah lelaki tersebut..
"Ja..jadi kau Mike..anak Tuan J..??"(Kata aku dengan wajah sedikit kaget)
"Ingat pon..takyah susah payah aku nak kena cerita panjang lebar...Ye..aku Mike yang ditugaskan untuk menjaga dan mengawasi kau dari kecik lagi dan aku jugak anak Tuan J.."(Kata lelaki itu dengan santai)
"Owh.."(Balas aku singkat)
"Duduk lah.."(Kata Mike)
Aku menarik kerusi di belakang aku dan duduk berhadapan dengan Mike..
"Jadi kita nak kena buat apa sekarang ni.."(Tanya aku)
"Eh...kau bukan ke dulu ketua FBI muda...Takkan benda ni pon nak tanya aku..lagi pon aku tahu kau ada rancangan lebih baik dari aku..Lagi pon kau kan dah pernah menyelesaikan pelbagai masalah masalah yang terjadi masa bertugas sebagai FBI.."(Perli Mike sambil mengeluarkan handphone di poket seluar dan terus bermain game)
"Macam mana lah Tuan J boleh arahkan dia untuk jaga aku.."(Marah aku dalam hati sambil menjeling ke arah Mike)
Lepas beberapa lama aku berfikir akhirnya aku mendapatkan idea..
Aku terus memandang Mike..
"Mike.."(Panggil aku pada Mike yang masih focus bermain game di fonnya)
"Mike.."(Aku memanggil kali kedua selepas panggilan pertama tidak di sahut)
"Mike!.."(Suara aku sedikit ditinggikan)
Mike tetap tak dengar kerana terlalu focus pada game
"MIKE!!!!!!!!!...."(Tengking aku sambil mencampakkan topi yang aku pakai tadi pada dia)
Mike terus mencampakkan phone nya ke atas akibat terkejut..lalu memandang wajah aku dengan kaget..
"KALAU AKU DAH SUMBAT TELEFON TU DALAM MULUT KAU BARU TAU!!!"(Marah aku pada Mike)
"Apa kau nak!.."(Tanya Mike dengan wajah bengang)
"Kau ni orang tengah ada masalah!!sempat lagi main game!!..Aku nak cakap!esok kita kena gerak ke Malaysia dan cari adek aku!..."(Kata aku dengan marah)
"Yelah..yelah..takpayah lah jerit jerit...lagi satu aku ni tua daripada kau tau..kau tu 18 aku dah 30 lebih..cakap lah elok elok.."(Kata Mike sambil menjeling ke arah aku)
"Masa aku jadi FBI dulu.. orang tua pon aku bunuh..tua tak tua kalau cari pasal dengan aku memang aku bunuh terus.."(Kata aku sambil menatap Mike dengan wajah dingin)
Mike hanya diam dan menjeling tajam ke arah aku sambil mengambil semula telefonnya dan sambung kembali bermain game..
"Game..game..game..makan teruslah game tu.."(Perli aku sambil membuat wajah tidak puas hati)
"Tido lah!..esok aku pergi beli tiket penerbangan ke Malaysia esok!.."(Kata Mike dengan suara sedikit meninggi)
"Tido mana!!.."(Tanya aku sambil meninggikan suara jugak)
Mike menarik nafas dalam dalam dan meletakkan telefonnya di atas meja lalu menarik tangan aku..
"Eh!..nak pergi mana!"(Tanya aku dengan wajah cuak)
Mike menarik nafas dalam dalam lalu memandang ke arah aku..
"Adik Vee Clarissa.....tadi ADIK tanya nak tido manakan..jadi ABANG MIKE nak tunjuk bilik untuk ADIK VEE tido..takkan ABANG MIKE nak pergi jual ADIK VEE PULAK...."(Perli Mike sambil mengukirkan senyuman terpaksa)
Aku hanya diam padahal tengah menahan diri daripada gelak bila melihat wajah Mike yang seakan akan tidak puas hati...
Mike terus menarik aku dan membawak aku ke sebuah bilik..
"Ni bilik tido aku..kau tido sini..aku tido luar..lagi pon aku ada keje nak buat.."(Kata Mike)
"Owh ok..tq.."(Balas aku bersahaja)
Aku terus menutup pintu bilik bila melihat Mike sudah pergi..
Aku meletakkan beg sandang belakang aku ke atas meja kecil Mike...lalu merebahkan badan aku ke atas tilam..
"Leganya dapat baring~~"
Sedang aku baring di atas tilam aku terus teringat akan Uncle John..
Entah apa yang dah terjadi padanya..Hidup atau pon mati..
Aku terus memegang dan melihat rantai separuh hati yang berada dileher aku..
"Walau apa pon terjadi aku kena cari adek kembar aku sampai jumpa dan aku kena lindungi dia..walau terpaksa mengorbankan diri aku..janji adek aku selamat dan harta tu jugak..aku tak boleh biarkan harta tu jadi milik Benjamin..kerana ini amanah Papa dan Tengku Radhika..walaupun aku tak pernah jumpa papa..aku tahu yang dia betul betul sayangkan aku dan adek sebab dia sanggup korbankan diri dia untuk lindungi aku dan adek kembar aku..Jadi aku tak boleh sia siakan apa yang telah papa amanahkan pada aku..Aku janji aku akan balas dendam lepas apa yang telah Benjamin lakukan..aku buat semua ni untuk Papa,mama,Uncle John,adik dan jugak Harta Tengku Radhika Syah Iskandar.."(Kata aku sambil menggenggam kuat rantai yang berbentuk separuh hati..)
"Lagi satu aku kena lindungi buku merah itu dan rantai ni.."(kata aku dalam hati)
Aku memejamkan mata untuk tidur kerana esok aku akan mulakan misi mencari adek dan harta tu di Malaysia..
Selepas beberapa minit akhirnya aku terlelap..
*****
BERSAMBUNG..