webnovel

MISI VEE

VEE CLARISSA yang lebih dikenali sebagai Vee.Seorang gadis comel yang lahir di Malaysia tapi di besarkan di America.Walaupun mempunyai wajah comel tapi siapa sangka dia telah lalui pelbagai cabaran sehingga dirinya hampir terkorban akibat satu peristiwa hitam yang telah terjadi sehingga dirinya menjadi seorang yang berjiwa dingin,berani,bijak dalam melakukan sesuatu perkara tidak seperti wanita lain.. **** Setelah masuk umurnya yang ke18tahun telah terjadi satu peristiwa sehingga dia terpaksa pergi ke Malaysia untuk mencari adek kembarnya yang terpisah ketika mereka baru dilahirkan..Tapi dalam misi mencari adek kembarnya dia telah lalui masalah kedua yang mengganggu hidupnya setelah muncul seorang lelaki bernama Kris yang dingin,panas baran,berlagak,kasar dan digilai oleh semua gadis gadis..Akibat satu peristiwa yang terjadi antara Vee dan Kris membuatkan mereka sentiasa bertengkar,bila berjumpa seperti anjing dan kucing,ada saja yang tidak kena bila berjumpa atau terserempak.. ***** Mungkin ramai tertanya tanya.. -Siapakah Vee sebenarnya dan apa peristiwa buruk yang telah terjadi pada dirinya??? -Kenapa Vee berusaha mencari adek kembarnya dan kenapa baru sekarang dia berusaha mencari kembarnya itu sedangkan mereka sudah berpisah bertahun tahun?? -Punca mereka dipisahkan sejak lahir lagi???? -Dapatkah dia menemukan kembarnya itu??? -Kenapa Vee tinggal di America sedangkan kembarnya di Malaysia??? -Bagaimanakah Vee boleh kenal Kris dan punca mereka selalu bergaduh bila berjumpa??? -Apakah dalam pentengkaran antara Vee dan Kris akan muncul perasaan CINTA?? Macam orang tua tua pernah pesan (Jangan selalu bergaduh nanti lama lama berjodoh) TANPA DIA SEDAR ADA ORANG YANG MENGAWASINYA -SIAPA ORANG ITU???APA YANG ORANG ITU PERLUKAN??? BANYAK TEKA TEKI YANG YANG TERJADI DALAM HIDUP VEE...BOLEHKAN DIA MEMECAHKAN TEKA TEKI TERSEBUT..DARI SITU..SATU PERSATU RAHSIA MENGENAI DIRINYA AKAN TERUNGKAP... (KALAU KORANG NAK TAHU APA YANG TERJADI,TERUSKAN MEMBACA..) (BERKISAHKAN TENTANG) -CINTA -KELUARGA -PENGORBANAN -PERSAHABATAN

ppena4642 · Teen
Not enough ratings
14 Chs

BAB 10

"Eri..Eri Clarissa.."(Balas perempuan tu dengan takut takut)

"ERI CLARISSA!!??.."(Kata aku dengan suara sedikit tinggi kerana terkejut)

Tiba tiba sahaja air mataku mengalir,tubuhku menjadi kaku,mataku masih menatap wajahnya penuh dengan perasaan rindu,sayang dan takut..

"Ja..jadi dia Eri..Eri adek aku.."(Kata aku dalam hati sambil air mataku tidak henti henti mengalir)

Aku melihat ke arah rantai yang dipakai..terlihat bentuk separuh hati pada rantai yang dipakainya sama seperti aku..

"A..awak..ok.."(Tegur Eri)

"Ha!.."( Aku tersedar dari lamunan bila Eri bersuara)

"Ke..kenapa awak nangis..??"(Tanya Eri)

Entah kenapa mulut ku seakan akan terkunci,fikiranku menjadi celaru..taktahu untuk berkata apa..

Aku buntu untuk mengaku padanya yang aku kakak kembarnya atau tidak..

Rindu,sayang dan takut bermain main diperasaan aku..

Aku takut untuk mengaku yang aku kakak dia.. ,apakah akan membahayakannya..Jika aku sembunyikan siapa aku darinya,Sampai bila harus aku sembunyikan rahsiani..Tapi nyawanya lagi penting...Benjamin tak boleh tahu siapa kembar aku..biarlah hanya aku yang Benjamin kenal dan biar aku sahaja dibunuh janji bukan adek aku..

"Mungkin sekarang belum masanya untuk aku berterus terang..Aku kena hapuskan Benjamin dulu..kalau tak nyawa aku dan adek aku akan melayang..melihatnya sekarang seakan akan seorang perempuan yang pemalu dan penakut membuatkan aku menjadi takut dan risau akan keselamatannya..melihatnya membuatkan aku ingin selalu ada bersamanya untuk lindunginya..sebagai seorang kakak walaupun usia kami sebaya membuatkan aku menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab atas dirinya..Aku kena cari masa yang sesuai..buat masani biar lah dia menganggap aku sebagai teman.."(Kata aku dalam hati sambil air mata aku masih mengalir membuatkan mataku menjadi merah)

Aku lantas melepaskan genggaman tanganku pada pergelangan tangannya..lalu mengelap air mata yang membasahi kedua dua belah pipiku dan mengukir senyuman padanya..

"Err...takda apa apa..cuma nama awak nak sama dengan adek saya.."(Tipu aku)

"Owh...hmm..boleh saya tahu nama awak.."(Tanya Eri)

"Nama saya Vee.."(Balas aku)

"Nama panjang??"(Tanya Eri lagi)

Tersentak aku bila mendengar pertanyaan Eri..

"Er..Vee..Vee je..nama saya pendek je..hehe.."(Tipu aku sambil mengaru kepala aku yang tidak gatal)

"Owh..awak kata nama adek awak sama nama dengan saya kan.."(Kata Eri)

Aku hanya menganggukkan kepala..

"Jadi..mana adek awak??"(Tanya Eri)

Aku menjadi kaku,tidak tahu untuk berkata apa apa...Eri masih memandang kearah aku sambil menantikan jawaban aku..

"Err...hmm.."(Aku menjadi gugup tidak tahu untuk berkata apa)

"Vee..??"(Panggil Eri sambil melambai tangan dekat dengan wajah aku)

"Ha?.."(Aku terkejut bila Eri memanggil nama aku)

"Saya tanya..mana adek awak?..kenapa awak nangis bila sebut nama adek awak?"(Tanya Eri lagi)

"Err...Ha!..Eri sa..saya gerak dulu lah...se..sebab saya nak pergi daftar nama de..dekat pendaftaran Asrama..na..nanti kita borak lagi ye.."(Kata aku tergagap gagap lalu bergerak pergi dengan tergesa gesa tanpa memandang kearah Eri yang masih berdiri dengan wajah pelik)

Aku tidak tahu untuk berkata apa apa jadi aku membuat pilihan untuk pergi..

*****

Aku berjalan menuju ke meja pendaftaran untuk mendaftar masuk ke asrama..

Aku melihat sekeliling semua students datang dengan keluarga mereka..Dari gaya pemakaian dorang menampakkan dorang adalah anak orang kaya..mempunyai pembantu pembantu peribadi untuk mengangkat beg beg mereka..

"Manja.."(Kata aku dalam hati sambil tersenyum sinis)

Nasib aku baik kerana barisan tidak terlalu panjang..

Sedang aku beratur tiba tiba ada seseorang menepuk bahu aku..

Aku lantas menoleh kebelakang..

"E..Eri!.."(Kata aku dengan terkejut bila melihat Eri sedang beratur dibelakang aku sambil tersenyum kearah aku)

"Awak pon duduk asrama?."(Tanya Eri sambil senyum ke arah aku)

"Err..Ha a.."(Jawab aku dengan gugup)

"Owh.."(Balas Eri singkat sambil masih tersenyum ke arah aku)

"Bukan tadi dia macam takut takut ke dengan aku"(Kata aku dalam hati bila melihat Eri tidak habis habis tersenyum pada aku)

Aku hanya senyum padanya lalu memusing kembali memandang ke hadapan..

*****

Aku melihat no pada kad yang digantung pada kunci bilik aku..

"105"(Aku membaca no bilik pada kad yang diberi oleh senior tahun 2 yang menjaga kaunter asrama)

Aku berjalan sehingga hujung akhirnya jumpa jugak bilik aku yang berada paling hujung..

Aku memasukkan kunci pada lubang tombol pintu lalu memulas tombol pintu itu perlahan lahan..

Baru sahaja aku ingin menolak pintu bilik aku tiba tiba aku lihat Eri dari jauh berjalan ke arah aku sambil menarik beg roda..

"Awak duduk bilik ni ke.."(Tanya Eri)

Aku hanya mengangguk..

"Maksudnya bilik kita bersebelahan lah..sebab saya 104.."(Kata Eri)

"Owh.."(Balas aku singkat)

"Saya masuk dulu ye.."(Kata aku)

Eri hanya tersenyum dan menganggukkan kepala..

Aku lantas membukak pintu lalu masuk ke dalam..

****

Aku meletakkan beg di sebelah katil lalu merebahkan badan aku ke atas tilam..

"Leganya.."

"Kenapa adik tiba tiba banyak cakap..tadi bukan main takut dengan aku.."(Kata aku seorang diri)

Aku bangun dari tilam dan bergerak masuk ke dalam tandas untuk mandi..

Selesai sahaja aku mandi,aku merebahkan badan aku ke atas tilam untuk tidur kerana besok akan mula orientasi bagi pelajar tahun 1..

Baru sahaja aku ingin melelapkan mata tiba tiba telefon aku berbunyi lantas aku mencapai telefon di atas meja kecik..

"Mike?.."(Kata aku dalam hati bila melihat nama Mike berada pada skrin telefon aku)

Aku terus menekan tombol hijau pada skrin telefon..

(DI TALIAN)

Mike:Oi!Adik aku macam mana sekolah!..

Vee:Adik????Sapa adik kau!

Mike:Eh!..Aku lagi tua dari kau tau..memang patut aku panggil kau adik..kau tu je tak hormat aku..

Vee:Tolong lah..harap umur je lagi tua dari aku..tapi perangai macam budak budak..aku lagi matang dari kau..

Mike:Hek Eleh!..takkan nak 24jam je serius..hidupni mestilah kena happy happy..

Vee:Suka hati kau lah..sekarang ni kau nak apa?

Mike:Saja je tanya khabar...semua ok tak..ada apa apa info tak pasal adek kau???

Vee:Hmmm..ada..aku baru je terserempak dengan dia tadi..

Mike:APA!!!SRS LAH!!!????CEPAT GILA KAU BUAT KERJA!!!!

Vee:Biasalah FBI VEE katakan..Setakat cari cari orang ni mudah je bagi aku hehe..

Mike:Poyo je...habistu cita lah macam mana boleh jumpa..

Vee:Boleh...tapi esok..

Mike:Alah...ok lah ok lah..aku pon ada kejutan nak bagi kat kau..

Vee:Kejutan???

Mike:Adalah..kau tunggu lah esok..

Vee:Kau jangan buat masalah Mike..

Mike:Ish kau ni..takda lah..aku takkan buat masalah..

Vee:Hmm..ok lah..aku tido dulu jumpa esok pukul 1:00 tengah hari..sebab pagi aku ada orientasi..

Mike:Owh..Orite..jumpa esok..

(Talian Ditutup)

****

Aku meletakkan telefon di atas meja kecik lalu meletakkan kepala di atas bantal untuk tidur..

Selepas beberapa minit akhirnya aku terlelap..

*****

(8:00pagi)

Aku bangun dari tilam dan bergerak ke tandas untuk mandi..

Selepas mandi aku memakai baju kemeja ketat lengan pendek dan skirt pendek berwarna hitam..

Selesai sahaja aku memakai kasut berwarna hitam aku terus berjalan keluar dari bilik..

******

Sesampai didepan dewan aku lihat ramai students tahun 1 yang sudah datang,lantas aku masuk kedalam dewan..

"Perhatian semua students tahun 1 sila duduk dihadapan saya"(Jerit seorang perempuan senior tahun 2)

Aku dan semua students duduk di atas lantai sambil memerhatikan 10 orang senior tahun 2 yang berbaris di hadapan kami..

"Ok semua nama saya Lisa,saya senior tahun 2..kalau ada apa apa masalah korang boleh jumpa saya atau pon senior senior yang lain.."(Kata Lisa)

"Jadi boleh tak saya nak kenal dengan awak awak semua.."(Kata Lisa sambil tersenyum)

"BOLEH!"(Jerit semua students tahun1)

"Kalau macam tu kita mula dari barisan paling kanan"(Kata Lisa sambil matanya melihat ke barisan paling kanan)

Selepas beberapa minit menunggu.. giliran aku untuk memperkenalkan diri akhirnya sudab tiba.

Baru sahaja aku hendak berdiri untuk memperkenalkan diri tiba tiba pintu dewan dibukak dengan kasar lalu aku kembali duduk ditempat aku bila melihat 7 orang lelaki berwajah dingin yang memakai kemeja berwarna merah tua lengan pendek tanpa membutangkan baju mereka dan baju t shirt hitam didalamnya..

Aku lihat senior tahun 2 bergerak pantas ke tepi..Wajah wajah senior tahun 2 seakan akan takut pada mereka...

7orang lelaki terbabit berbaris di atas pentas dengan wajah dingin tiada senyuman yang terukir pada wajah mereka..

Aku lihat ada seorang lelaki yang berada di tengah tengah..Lihat pada gayanya bagaikan seorang ketua..

Dalam beberapa minit mereka hanya diam dan memerhatikan kami satu persatu dengan wajah serius..

Selepas itu lelaki yang berada di tengah melangkahkan kaki kedepan manakala yang lain hanya berdiri tegak di belakangnya..

"APA KHABAR SEMUA PELAJAR TAHUN PERTAMA!!!.NAMA AKU KRIS!..STUDENTS TAHUN KETIGA DAN SENIOR KORANG DI ENGINEER COLLAGE!!.TUGAS AKU UNTUK MEMANTAU KORANG SEMUA SEPANJANG TAHUN DEPAN!!. MEMASTIKAN BAHAWA KORANG SEMUA TETAP BERDISIPLIN DAN MENGAWASI KORANG DENGAN KETAT SUPAYA KORANG MENGIKUT SEMUA PERATURAN!!.

AKU BERHARAP DAPAT MENERIMA KERJASAMA KORANG SEMUA!!"(Kata Kris dengan dingin)

Semua pelajar diam tiada seorang pon yang berani bersuara..

"AKU NAK UCAPKAN SELAMAT UNTUK KORANG YANG DITERIMA MASUK KE ENGINEER COLLAGE !!"(Kata seorang lelaki yang berbadan besar yang berdiri di barisan belakang Kris dengan wajah serius)

"TAPI!!!...

BERSAMBUNG...