Allahuakbar sedih mengenangkan perangai para wanita akhir zaman yang sanggup menggadaikan maruahnya hanya kerana ingin mendapat perhatian ramai perhatian lelaki di luar sana tanpa memikirkan baik buruk atas apa yang mereka lalukan.
Tak terbayang betapa sedihnya perasaan nabi apabila melihat wanita akhir zaman yang sanggup menggadaikan maruah diri hanya untuk kepentingan sendiri.
Wahai wanita jagalah auratmu, jagalah nama baik keluargamu, jaga lah maruahmu.
Baginda Nabi yang bermati matian berperang hanya untuk mengangkat martabat para wanita pada zaman dahulu tapi lihatlah kini mereka sendiri yang menjual maruah hanya untuk perhatian orang ramai.
Wahai para wanita,
dimanakah rasa malu dalam diri kamu.
Mahalkanlah harga diri kamu.
Sentiasalah menjaga hatimu, auratmu, pandanganmu dan akhlakmu.
Ya?
Ingat wanita ni senang sahaja nak masuk ke syurga.
Jika dia menjaga auratnya, solatnya, ibadah puasanya dan menjadi isteri yang solehah maka masuklah ia ke dalam syurga. Insyaallah.