webnovel

Si Pemburu

Editor: EndlessFantasy Translation

Sementara Danny menunggu, seorang lelaki sedikit pendek berlari ke arah dia sepanjang parit berlindung itu.

"Kapten, awak sudah menunggu rupanya." Dengan termengah-mengah, lelaki itu menurunkan sebuah karung dari bahunya dan meletakkannya di kaki Danny. "Ini pelurunya."

"Kalau saya pergi memburu di pergunungan, saya sudah lama balik," kata Danny sedikit parau. "Ada berapa peluru untuk saya?"

"30 butir."

"Sikit betul..." Danny menggumam. "Tak guna punya penembak mesingan."

Lelaki pendek itu askar termuda dalam angkatan tentera mereka, berusia hanya 16 tahun. Namanya Malt dan dia datang untuk "melindungi" Danny.

Setiap penembak tepat dipasangkan dengan seorang pemerhati agar boleh mengesan kedudukan musuh dengan pantas, membantu menumbangkan musuh, dan memberi masa untuk penembak tepat itu sekiranya perlu bertukar kepada bayonet.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com