Malam semakin tua dan lambat-laun, cahaya lembut mengintai melalui celah langsir.
Fajar baru telah muncul.
Agatha hanya tidur-tidur ayam sahaja. Kepalanya masih dipenuhi kata-kata Nightingale.
"Manusia biasa di benua ini adalah yang paling berkuasa."
"Sudah 400 tahun berlalu. Ada banyak perkara yang sudah berubah dalam masa yang begitu panjang. Tetapi kenapa awak masih berdegil dengan pandangan-pandangan kolot seperti itu?"
"Kita masih ada banyak masa lagi. Apa kata awak buka hati dan buka mata dan cuba lihat sendiri nanti?"
Support your favorite authors and translators in webnovel.com