..
"Apa?"
Calvin Kant, pemerintah di Kota Malam Panjang merangkap Duke Rantau Utara menjerit penuh terkejut. Dia bingkas bangun dan merenung utusan di hadapannya dengan mata terbeliak seolah-olah mahu menelannya. Tanpa disedari, dia terlepas pegangan cawannya lalu ia jatuh dan pecah berderai.
"Tuan, saya tengok dengan mata kepala saya sendiri!" kata utusan itu lagi sambil menundukkan kepalanya lebih rendah. "Si raja pemberontak itu menceroboh tembok kota Bandar Diraja dalam masa satu hari saja! Malah Raja Timothy sendiri gagal melarikan diri. Saya rasa Baginda sudah mangkat di tangan Putera Roland."
"Tapi... Tapi bagaimana ini boleh terjadi?" Suara Calvin masih kedengaran tidak percaya. "Itu Bandar Diraja!"
Support your favorite authors and translators in webnovel.com