webnovel

Perang Tanding Suci

Editor: EndlessFantasy Translation

Rak senjata diletakkan di kiri dan kanan platform bagi memudahkan kedua-dua pihak.

Terdapat kebanyakan senjata biasa, termasuklah pisau, pedang dan cemeti. Untuk berlaku adil. Kedua-dua pihak tidak dibenarkan membawa senjata mereka sendiri. Lagipun, suku yang besar pasti berupaya untuk menempa bilah yang hebat, manakala pencabar yang miskin hanya mampu bergantung kepada peralatan kasar mereka. Perbezaan ini akan menyebabkan perang tanding itu kehilangan maksud sebenarnya.

Namun, Thuran sangat sedar yang terdapat pelbagai cara di sebalik peraturan tersebut. Bahkan, Cemeti Besi telah mengalahkan Osha sebelum ini dengan menukar cemeti yang disediakan dengan versi Air Hitam secara diam-diam. Walaupun penimbang tara menghukum ketua senjata selepas itu, keputusan telah dibuat dan tiada siapa mampu melawan suku besar hanya untuk membela suku yang telah kalah.

Namun, siapa disangka Osha akan bangkit dari ambang kematian. 

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com