webnovel

Penjara Hati

Editor: EndlessFantasy Translation

Cahaya bulan menyinari masuk dari jendela koridor dan menerangi sebahagian wajah gadis itu. Matanya memancar cahaya kebiru-biruan ibarat dua butir bintang bersinar dalam kegelapan. Anna menyandarkan tubuhnya ke pintu sambil diselubungi bayang-bayang tetapi susuk tubuhnya masih dapat dilihat. Pemakanan berkhasiat sudah menukarkan tubuhnya yang kurus keding dahulu menjadi sihat dan segar-bugar. Dia juga baru sahaja mengalami Hari Kematangan jadi tubuhnya yang sedang menginjak dewasa kelihatan cukup terbentuk tetapi masih mengekalkan kegebuan gadis remaja.

Roland cuba menenangkan diri dan berjalan perlahan-lahan mendekati Anna sehingga gadis itu tersedar kedatangannya. Anna terus meluruskan badan dan kini mereka bertentang mata.

"Dia tak sengaja sebenarnya, beta pun tidak sangka dia akan…" Roland memulakan bicara.

"Patik faham."

"Lagipun dia masih budak lagi, jadi beta tidak anggap dia…"

"Ya, patik faham juga."

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com