webnovel

Pembinaan Kawasan Baru

Editor: EndlessFantasy Translation

Hari Penganugerahan Pingat dan Jasa Kehormat pertama berlangsung sehingga waktu tengah hari. Roland selaku penganjur, penyampai, dan pemberi ucapan berasa sangat letih sebaik sahaja ia berakhir. Setelah berjam-jam lamanya, Roland menghembuskan nafas lega apabila dentuman meriam dan tembakan senjata bergema menandakan tamatnya majlis itu. Dia berjalan pulang ke istana sambil bermandi peluh dan apabila dia sampai naik ke tingkat tiga, dia melihat Anna sedang bersandar ke pintu kamar bacaannya sambil tersenyum.

"Kenapa ini?"

"Masuklah dahulu," jawab Anna sambil melemparkan senyuman manis.

'Muslihat apa pula ini?' Roland menolak pintu dan masuk ke bilik itu. Matanya terkebil-kebil. Dua belas ahli sihir sedang berdiri dalam dua barisan dengan Wendy dan Scroll berdiri di hadapan sekali. Apabila mereka melihat kemasukan Roland, mereka semua mencapai kain skirt mereka dan menunduk hormat kepada putera yang sedang tercengang itu.

"Apa… semua ini…"

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com