webnovel

Pada Malam Sebelumnya

Editor: EndlessFantasy Translation

Satu minggu berlalu dengan sangat pantas dan akhirnya hari pelepasan pasukan peninjau itu tiba.

Roland menitahkan Barov, Carter, dan Kapak Besi datang ke istana agar dia boleh memaklumkan pemergian dia terlebih dahulu. Dia memerintahkan mereka untuk menjalankan pentadbiran dan mengurus hal ehwal Pekan Sempadan dengan lancar sepanjang ketiadaannya.

Seperti yang dijangka, mereka bertiga terus membantah kata-kata putera raja itu. Carter ingin mengikut Roland untuk melindunginya sepanjang masa, Kapak Besi mahu membawa 100 askar untuk mengiringi putera itu sementara Barov pula sibuk memujuk Roland untuk tinggal sahaja di Pekan Sempadan kerana masih ada banyak arahan yang memerlukan penilaian dan pengesahan putera raja itu. Selepas masing-masing sudah meninggikan suara, Roland terpaksa menegaskan kuasanya sebagai putera raja dan semua orang mesti mematuhi titahnya.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com