Roland berjalan lagi masuk ke dalam tengah kebun itu dan terus terpaku terkejut.
Di hujung laluan itu, sebuah rumah kecil yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan tiba-tiba muncul. Batang pokok dan tangkai daun membentuk dindingnya manakala akar menjalar menjadi bumbung rumah itu, malah gugusan anggur bergantungan dari sesetengah ranting menjalar itu. Roland masuk ke dalam rumah itu dan mendapati sebuah unggun api kecil terbakar marak di tengah lantainya dan perabot-perabot kayu disusun rapi di seluruh rumah. Apabila diteliti lagi, perabot itu bukannya sekadar dibuat daripada kayu, tetapi daripada pokok yang tumbuh terus dari tanah yang diliuk-lentuk menjadi bentuk kerusi atau meja. Buat seketika, Roland terasa seolah-olah memasuki sebuah dunia kisah dongeng. Jika bukan kerana dia melihat wajah-wajah yang dia kenali mengelilingi unggun api itu, dia tentu sudah menyangka dia bermimpi.
"Apa ini?"
Support your favorite authors and translators in webnovel.com