Walaupun dengan matanya yang terpejam, Kapak Besi masih dapat menghidu bau pasir kuning yang unik yang berada di sekelilingnya.
Hari ini merupakan hari keempat semenjak dia tiba di padang pasir dan minggu ketiga semenjak tenteranya meninggalkan Jagat Mentari. Selepas hujung minggu ini, dua pertiga musim sejuk telah berlalu dan musim paling sejuk, iaitu pertengahan musim sejuk, akan bermula. Namun, tidak seperti salji Rantau Barat, Bulan Kunjungan Iblis kurang memberi kesan di kawasan ini, menyebabkan kawasan ini hampir tidak disentuh. Walaupun langit masih kekal berwarna kelabu yang membuatkan orang tertekan, sekurang-kurangnya tiada angin utara yang mencucuk sejuk dan salju berais yang dapat membekukan seluruh padang pasir.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com