webnovel

Konspirasi

Editor: EndlessFantasy Translation

"Apa…apa yang awak katakan ini?" Spear seakan tidak percaya. "Pesuruh Iblis? Ini merupakan satu penipuan!"

"Penipuan atau tidak, Yang Berhormat akan membuat keputusannya sendiri," Redwyne meninggikan suaranya dan berkata. "Hanya kerana awak berjaya menipu Paderi, tidak bermaksud yang awak boleh menipu semua orang! Tidak lama lagi, orang akan tahu siapa awak yang sebenarnya. Awak tergolong dalam golongan neraka!"

"Awak reka semua ini?" Nada Spear bertukar menjadi tegas. "Atau seseorang membuatkan awak melakukannya? Saya rasa mungkin ada yang menyuruh awak. Lagipun, paderi memilih saya kerana awak dan abang ketiga sangat tidak berguna."

"Diam!"

Nightingale terdengar bunyi bising dan Marquis mengerang kesakitan.

"Cukup, bawa dia ke Gereja Inggeris untuk disoal siasat," ujar seseorang, "Tetapi dia masih ahli golongan bangsawan sebelum dijatuhkan hukuman. Jadi, jaga perlakuan."

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com