Nombor 76 telah mengambil alih tempat Denise selepas menjadi pembantu Yorko.
Ini tidak bermaksud yang Yorko telah melupakan kekasih lamanya. Apa yang berlaku adalah dia perlu menghabiskan sedikit masa untuk menjaga penjaganya itu. Sebenarnya, Yorko sangat terkejut apabila nombor 76 telah dihantar pulang dengan SIlvermask, penguasanya tempoh hari. Hukuman yang diterima sangat berat seperti apa yang dinyatakan oleh "Wang Hitam". Terdapat kesan sebatan dan lebam di seluruh badannya dan dia kelihatan berbeza daripada gadis yang dijumpainya sehari sebelum itu.
Yorko berasa gembira yang dia berjaya meminta untuk mengekalkan nombor 76 sebagai pembantunya dalam masa yang tepat. Jikalau tidak, gadis itu pasti sudah teruk dipukul. Ini adalah sebab kenapa Silvermask mengatakan yang dia tidak lagi menjadi penjaga, bagi pelanggan mereka pastilah tidak mahu seorang gadis kurang upaya untuk melayan mereka.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com