Roland tidak percaya Tilly bakal menjerat dirinya dengan buku tulisannya sendiri.
Kebanyakan orang yang membaca buku teks tulisan Roland itu akan sukar memahami maklumat baru yang sangat rumit itu, apatah lagi mahu menyedari kelemahannya. Tilly rasa mustahil Roland tidak menyebut langsung tentang kuasa sihir dalam sebuah kitab ilmu pengetahuan hayat yang mengkaji segala fenomena alam semula jadi di dunia ini.
Roland juga sudah memadamkan memori Putera Keempat itu dari mindanya sepenuhnya. Dia hanya memerlukan memori itu untuk cuba membiasakan diri pada bulan-bulan awal selepas dia dibangkitkan semula menjadi Putera Roland dahulu dan selepas itu dia menyangka dia tidak perlu menggunakannya lagi. Lagipun semua menterinya tidak berani mempersoalkan dia dan dia tidak perlu menyembunyikan dirinya dengan golongan ahli sihir. Oleh itu dia sudah menjadi terlebih yakin dan cuai.
Namun Tilly bukan calang-calang ahli sihir.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com