Sebaik sahaja Maggie membawa Nightingale untuk kembali menyertai pertarungan tadi, situasinya berbalik serta-merta.
Iblis yang masih tinggal tadi meraung berang dan terpaksa meninggalkan Lightning yang sedang dikejar tadi. Ia kini meluru ke arah Maggie. Lengannya nampak masih kering tetapi ia tetap cuba mengangkat sebatang lembing. Otot-ototnya membengkak sekali lagi, tetapi kali ini kulitnya mula terkoyak dan darah mula terpancut keluar.
Balingannya masih kuat tetapi tidak selaju tadi. Otak Nightingale laju menghitung arah dan halaju lembing itu.
"Maggie!" Dia menepuk belakang burung gergasi itu, melebarkan Kabus, dan melangkah ke dalamya.
"Shrikkk…. Kurr!" Tubuh Maggie cepat-cepat mengecil menjadi seekor burung merpati sekali lagi.
Sasaran gergasi tadi hilang sekelip mata dan lembing itu meluncur laju antara mereka. Ia hanya berdesing kuat lalu jatuh ke dalam air laut.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com