Sekembalinya Anna ke bilik, dia melempar satu api hijau ke dalam kolah kayu berisi air. Ia akan memanaskan air mandian dia.
Anna menanggalkan baju dan mula memasukkan kaki ke dalam kolah kayu itu.
Apabila ahli sihir lain mahu membersihkan diri, mereka meminta bantuan Anna untuk memanaskan air mandian mereka. Itu lebih mudah daripada menjerang air di dapur. Roland agak terkejut apabila mendapat tahu tentang ini. Dia sukar menerima ahli-ahli sihir itu sanggup berkongsi air mandian.
Anna pula mendapati ia bukan masalah besar. Orang biasa jarang mandi walau sebulan sekali pun. Jadi setakat berkongsi air mandian bukan perkara luar biasa.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com