Bunyi bising tiba-tiba menyelubungi kereta kuda itu semasa ia mula-mula masuk Bandar Bara.
Yorko menyelak langsir pintu untuk menjengah ke luar. Jalan yang mereka sedang lalui dibarisi kedai-kedai di kiri dan kanan. Ada yang memasang khemah di hadapan kedai mereka dan meletakkan meja dan kerusi untuk dijadikan tempat berehat para pengunjung. Ada juga kedai yang membentangkan kain atas jalan dan mempamerkan barang-barang jualan mereka. Para pekedai dan penjual berlawan tempik untuk memikat pembeli datang. Jalan yang panjang itu tidak ubah seperti sebuah pasar basah.
Buat seketika, Yorko terasa seolah-olah dia berada di Bandar Helang yang memang merupakan sebuah pasar basah pada mulanya sebelum berkembang menjadi sebuah kota.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com