Setelah habis makan malam, kesemua ahli sihir berkumpul di bilik Lucia White.
Terharu dengan sokongan dan kata-kata mereka, Lucia dapat merasakan yang air matanya mula bergenang. Dia mengambil nafas dalam dengan matanya tertutup rapat sambil memujuk dirinya agar tidak menangis.
"Jangan menangis. Memalukan sungguh untuk menangis di hadapan Nightingale, apatah lagi di hadapan adik saya. saya perlu menjadi contoh yang baik baginya," Lucia menegur dirinya.
Dia hanya mendengar tentang organisasi ahli sihir terletak di sini sebelum dia menaiki kapal menuju ke arah pekan. Dia tidak berharap menjalani kehidupan yang baik di sini. Sebaliknya, dia hanya mahu mencari ubat untuk wabak iblis adiknya dan juga sebuah tempat perlindungan.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com