"Ini merupakan…keupayaan awak?" Wendy mengambil masa yang agak lama sebelum pulih dari perasaan terkejut.
Annie menjawab, "Dia tidak dapat mendengar. Setelah Broken Sword menjadi senjata, dia akan terputus daripada dunia luar. Hanya apabila awak memegangnya sahaja baru dia akan kembali mendapat derianya melalui awak."
'Saya tidak tahu pula begitu caranya,' Fikir Wendy. Dia memegang pemegang dengan lembut setelah berfikir seketika. Dalam masa sesaat, dia dapat merasakan fikiran yang lain di dalam kepalanya. Bilah itu bergerak seiring dengannya bagaikan telah menjadi sebahagian daripada badannya. Sementara itu, Wendy juga merasakan penglihatan dan pendengarannya menjadi lebih baik. Dia penuh dengan tenaga dan kekuatan.
"Wau, ini adalah…"
Support your favorite authors and translators in webnovel.com