webnovel

Ahli Sihir yang Pulang

Editor: EndlessFantasy Translation

Dua hari kemudian, Kyle Sichi masuk menghadap Putera Roland untuk mengucapkan selamat tinggal.

"Awak tak mahu duduk lama lagi di Bandar Diraja?" tanya Roland separuh mengusik. "Ini pusat Kerajaan Graycastle. Banyak benda boleh dibuat di sini untuk berseronok. Kalau awak tak ambil kesempatan sekarang, entah bila awak dapat datang lagi ke sini."

"Tak mahulah, Tuanku. Patik bukan macam Tuanku, patik tidak mahu berfoya-foya di sini sehingga tidak ingat isteri di rumah." Nampaknya Kyle masih belum belajar lagi cara bercakap dengan seorang putera diraja tetapi mujurlah Roland sudah tidak terasa hati lagi. "Lagipun patik masih ada banyak kerja lagi di makmal patik dan di kilang asid juga. Lebih baik patik balik secepat mungkin ke Kota Jagat Mentari, itupun jika Tuanku mahu penghasilan serbuk api berjalan lancar tanpa masalah."

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com